Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 25 January 2013

KENDERAAN JIN BERJAYA DIKESAN!

MUNGKIN ADA KUASA JET

Bagaimana rupa kenderaan jin? Entah. Yong tidak tahu. Tapi bagaimana pulak Yong boleh kata ada kenderaan jin?

Yong pernah melihat jin yang bergerak pantas. Kalau jalan kaki pun pantas, sudah tentu kenderaan demer lebih pantas.

Tetapi sepantas-pantas jin memandu, kamera AES tetap dapat menangkap kenderaan demer. Setakat ini ada dua buah kenderaan jin yang kena saman.


VAN DIPANDU 930 KM/J (SUMBER OMAK KAU)

KERETA DIPANDU 707 KM/J

Van dikesan di Perak Tengah, sementara kereta di Bagan Ajam. Melihat hadlaju yang dipamerkan, kedua kesalahan dilakukan oleh jin berkenaan bukan di Lebuhraya. 

KELAJUAN BOENG 747 ADALAH 885 KM/J (CRUISING SPEED)

Okey...seriously, Betulke Yong ada nampak jin? Mana buktinya?

KetikaYong masih bebudak U. Yong pergi mendaki gunung dengan beberapa orang rakan. Kami memulakan pendakian pada waktu lepas maghrib kerana ingin melihat matahari terbit! Kata orang, banyak lagi kerja boleh buat dari mendaki gunung! Tapi maklumle... budak!

Entah macam mana Yong terpisah dari rakan-rakan. Yong merasa diri berada di hadapan. Oleh kerana itu Yong berhenti untuk menunggu rakan-rakan di belakang. Ini kerana Yong mendengar seperti ada suara-suara dari arah bawah.

Rupanya suara-suara itu bukan milik rakan-rakan Yong. Demer juga bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Kumpulan itu bergerak pantas seperti video fast-forward. 

Setelah kumpulan yang bergerak laju ini hilang dari pandangan, barulah rakan-rakan Yong sampai dalam keadaan termengah-mengah! Apabila ditanya, demer kata tak nampak apa-apapun!

Sekarang, agak Yong, jin-jin ini bawa kenderaan nak cabar kamera AES!

Anyway, alamat jin tidak diketahui. Sebab itulah surat saman telah dihantar kepada dua orang rakyat Malaysia...!

Demikian, penjelasan yang mungkin. Kesian!

INGINKAN NEGARA BERKEBAJIKAN?

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

8 comments:

  1. A'kum Yong

    Gila, memang gila!
    Manusia gila atau kamera yang tak taulah...

    ReplyDelete
  2. A'kum Yong

    Kalau Yang tahu cerita saya tersempak/dikacau jin ni yong boleh baca kisah jin yang saya jadikan N3 di sidebar belah kanan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam montdweller

      Pernah Yong temankan kawan pergi jumpa bomoh yang direkomen seorang ustaz. Kawan Yong kena ubat guna-guna.

      Bomoh puluk sibuk nak ambik Yong jadi student dia. Yong kata sorry! Yong taknak jadi bomoh.

      Taktau apa yang dia nampak

      Delete
  3. This one sy setuju dgn yong, matlamat aes ni btol, cuma perlaksanaannye je...

    1. Org x marah aes dekat t.light, in fact i can see some looks very happy bila aes flashed! Mcm puas
    2. For highway pulak, reaksinya bercampur2 bt for me speed skang 110km/h dah x relevant lg dgn tech keta nowadays, 130km/h speed dah bentang kt parlimen, tp kenapa x lulus lg? Worse, bila dkt ngan aes semua slow sampai 70km/h padahal dia tangkap at 120km/h??
    3. Yg plg org marah bila kt jln kampung 40km/h pn nk pasang. Mmg btol la org kata tgn kanan bg, tgn kiri amik.

    Yg penting kita sebagai pengguna yg dilengkapi android/iphone apps patut dah warned earlier lokasi aes ni. In fact, 2km n 1km b4 pn dah ada signboard, sapa kena tu bodoh la jwbnye.

    Bab, 707km/h tu biasa la machine error, jpj pn gelak sambil void the summon.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Salam af

      Good luck. Rasanya jin taknak jual.

      Delete
  5. DeeDee Yong...

    Ini mesti kenderaan Jins Shamsudin atau Sofea Jean.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.