Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 30 January 2013

KENAPA UMNO SIBUK KEHILANGAN NASHARUDDIN MAT ISA DARI MAJLIS SYURA PAS?

BUAT APA ALTANTUYA TULIS NOTA2 INI? ANEH!

Muhyiddin kata pemecatan Nasharuddin dari Majlis Syura PAS "Aneh." Najib kata "bermotif politik."

Yong setuju dengan kedua mereka.

Yong setuju penguguran Nasharuddin Mat Isa "aneh" kerana patut dari dulu lagi dia dah kena pecat. Bukan selepas berkali-kali mulut jeghabei - pantang disua mikrofon oleh media pencacai, berita Hairan, Utusex dan TV3. "Aneh" sungguh Majlis Syura sanggup simpan dia begitu lama walaupun tiada komitmen pada jemaah dan penduduk kawasan yang diwakilinya, Bachok

Yong setuju pengguguran Nasharuddin Mat Isa "bermotif politik" kerana pemecatannya tiada motif dendam kesumat. Ia bukan seperti pembunuhan Altantuya oleh dua orang bekas polis malaun kambing hitam yang tidak tahu apa motifnya. Tindakan memecat Nasharuddin Mat Isa is politically long overdue!

Tindak tanduk Nasaruddin Mat Isa juga aneh. Sehingga kenduri kahwin anak pun aneh. Tiada pemimpin utama PAS di meja VVIP. Yang ada adalah individu berikut (sumber: Pencacai):
  • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin
  • Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ,
  • Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin,
  • Bekas Naib Conselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah,
  • Pengarah Urusan Syabas, Tan Sri Rozali Ismail,
  • Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali.
  • Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik 
Umum mengetahui siapa dan apa inclination tetamu kehormat Nasharuddin Mat Isa. Umum juga mengetahui tak lama lepas itu Ibrahim Abu Shah mencari Tuan Guru Nik Aziz. Untuk apa cari Tuan guru? Aneh?

Takkan Ibrahim Abu Shah saja-saja nak jumpa Tuan Guru Nik Aziz tanpa motif politik.

Kata orang tua2. Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Bagi kes Nasharuddin Mat Isa, dia sendiri yang terjun ke dalam kubang kerbau!

Kenapa ameno meratapi terpecatnya Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura? 
Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan ameno, bukan sepatutnya begitu? 
Tentu ameno sedih kerana sudah kehilangan kuda trojan yang hebat!
Kuda tojan yang diparking dengan selesa di dalam nadi PAS.

Nasihat Yong kepada mereka yang masih berada dalam Majlis Syura PAS dan Pas Pusat. Demi menjaga kestabilan dan kekuatan jemaah, lupakan Nasharuddin Mat Isa.

Bukan Yong cadang supaya kita memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam, tetapi ini yang terbaik. Buat sementara, sehingga PRU13, simpan saja "kasih sayang" komer (baca: ahli Majlis Syura dan PAS Pusat) kepada Nasharuddin Mat Isa di dalam hati. Tak perlu visualize. Tak perlu sebut. Ini kerana setiap gerak geri pemimpin PAS dan Nasharuddin Mat Isa sentiasa diintip oleh SB2 ameno! 

Jika ameno nampak atau dengar ada pemimpin PAS yang menunjukkan empathy kepada Nasharuddin Mat Isa, ia akan dijadikan modal ameno untuk memecahbelahkan PAS.

Nasharuddin Mat Isa boleh masuk UMNO (dan memeluk segala kebobrokannya) yang dia dah suka kawan.

Ini pandangan 1 sen Yong dari akar umbi.

JOM TOLAK KERAJAAN PERPADUAN 

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha... Yong belum baca lagi gua punya rumusan... hahaha... gua pon kejap lagi baru mau tulis... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Dear kak yong... salam.

    My "2 cents" lak.. Dia apa pun boleh kalau ada kesempatan, peluang, lubang untuk better himself. For 'good' reasons..ofc!

    Semalam dia dah jd "the Conan the barbarian" ..hari ni leh jd chameleon like, lak. Don't we plotz! Hes good at this!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.