Mungkin mamat hensem yang berani mati ini tiada kaitan dengan Malaysia. Tapi anak muda Malaysia boleh mencontohi nilai perjuangannya. Edisi kali ini khas untuk anak muda.
Mahmud Sarsak ialah seorang pemain bola sepak yang ditahan oleh Israel tanpa tuduhan dan bicara pada tahun 2009. Undang-undang ini serupa macam ISA di Malaysia. Mahmud Sarsak telah mogok lapar selama 90 hari kerana menuntut kebebasannya.
Mahmud Sarsak ialah seorang pemain bola sepak yang ditahan oleh Israel tanpa tuduhan dan bicara pada tahun 2009. Undang-undang ini serupa macam ISA di Malaysia. Mahmud Sarsak telah mogok lapar selama 90 hari kerana menuntut kebebasannya.
Mahmud Sarsak, pemuda Gaza ini adalah aktivis pejuang jihad Islam Palestine yang amat ditakuti Zionist Israel. Ketika ditahan beliau baru berusia 25 tahun. Jika minat mengenali perjuangan pemuda ini baca di sini.
MAHMUD SARSAK DISERBU RIBUAN PENYOKONG SEMASA KEMBALI |
DIA KEHILANGAN SEPARUH DARI BERAT BADANNYA |
NAMUN DIA TIDAK HILANG SEMANGAT PERJUANGANNYA YANG DISOKONG HAMAS |
PEJUANG HAMAS BERKAWAL SEMASA KEPULANGANNYA, KERANA DIA BUKAN PEMAIN BOLA SEPAK BIASA |
Perjuangan Mahmud Sarsak tidak tamat setelah dia dibebaskan dan menjadi terkenal seluruh dunia. Sebagai ikon anak muda Palestine, beliau turut menuntut UEFA(Union of European Football Association) membatalkan mengadakan perlawanan bawah 21 tahun pada 2013 di Israel. Boleh baca berita di sini dan pandangannya tentang Bacelona di sini.
Apakah mesej yang dipelajari di sini?
Wira boleh datang dari pelbagai profesion. Ada ahli politik. Ada golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan seumpanya. Ada guru, pensyarah, mahasiswa dan golongan akademik. Ada pelukis, pelakon, penyanyi dan golongan artis. Ada juga ahli sukan seperti pemain bola sepak. Tak lupa - golongan bloggers. Usia tidak menghalang seseorang menjdi pejuang.
Wira sebenar tidak runtuh semangat perjuangannya dengan tawaran kekayaan. Mungkin kontrak akan ditamatkan (Macam Abby), atau dibuang kerja (macam Dr Aziz Bari). Mungkin ada lagi. Maaflah, Yong tak kenal. Semua itu tidak akan melunturkan semangat juang wira-wira ini.
Bagi Zulkifli Nordin, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, entah setinggi mana pejuanganm tanpa fulus?
Isa Samad, Khairy Jamaluddin, Rais Yatim, Hishamuddin Hussein, Raja Nong Chik, Nazri Aziz, Jamil Khir, entah apa matlamat perjuangan mu?
Pemain bolasepak Malaysia yang suka glamour dan artis kaki kelab malam - apa sumbangan kamu kepada negara?
Bandingkan nilai perjuangan individu-individu itu dengan liku-liku perjalanan perjuangan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Tepuk dada, tanyalah iman.
ANAK MUDA, TERUSKAN BERJUANG!
JOM UBAH
TOLAK UMNO. TOLAK BN
DeeDee Yong...
ReplyDeleteSori Yong.. gua bukan pejuang... gua cuma penghasut jer.... hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteHmmm, takpe le jadi penghasut. Asalkan hasil "hasutan" tu tumbang kerajaan yang zalim. Hahaha