Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 14 January 2013

METOS KEGANASAN. SAKSIKAN GAMBAR PESERTA HIMPUNAN KEBANGKITAN 1JUTA RAKYAT YANG BELUM KOMER LIHAT!

Ingat lagi propaganda "Bersih 3.0 yang kotor" tajaan UBN di TV milik rakyat yang dibuat macam demer punya?

Sekarang siapa yang kantoi?

Siapa sebenarnya pencetus keganasan? 

Saksikan suasana bila ada permit berkumpul. Bukti gambar gelagat peserta dan penguasa awam dalam perjalanan dan di sekitar kawasan di luar stadium. Mana ada keganasan bila tiada agen provocateurs dan mangkuk berpakaian polis yang ganas?

BERJALAN DI PEJALAN KAKI DAN TIDAK MENGGANGGU LALU-LINTAS

PESERTA SABAR MENUNGGU ARAHAN UNIT AMAL DAN POLIS TRAFIK SEBELUM MELINTAS

SYABAS! POLIS BUAT KERJA HAKIKI, BUKAN UNTUK AMENO

Unit amal pun tak perlu bergelut untuk jadi perisai orang awam. Walau bagaimana pun mereka tetap segak dan siapsiaga dengan uniform merah!

UNIT AMAL PUN BOLEH RELAX JAP

POLIS DAN UNIT AMAL PUN SAMA-SAMA BOLEH JADI HERO 

Lihat sendiri suasana yang aman. Beberapa orang medik menyapa abang (yang berpenyakit osteoarthritis tapi degil taknak guna tongkat) sama ada perlu bantuan untuk dihantar balik ke penginapan. Abang Yong kata dia okay, walaupun Yong tahu kaki dia macam tak larat dah.

SEKUMPULAN MEDIK YANG SIAPSIAGA DAN PRIHATIN

POLIS DOK SEMBANG JER SEBAB TIADA ARAHAN SURUH BELASAH

Ramai yang datang singgah di gerai untuk makan sebelum masuk stadium. Tokeh kedai pun sibuk memanggil "Jom makan dulu!" Seorang tokeh kedai berkata, "Rugi betui, kalau tak buka gerai. Kalau tahu ramai gini, kami tentu bawa bahan dan masakan lebih!"

Agak komer siapa yang nyesal tak sudah?

BUSINESS AS USUAL.  PADAN MUKA JAMAL SEKINCHAN & GENG YANG BANGANG TAKUT NIAGA TIME NI

RUGI TUTUP GERAI! PELANGGAN TAK PUTUS-PUTUS TERMASUK POLIS

Apa demer kata 45,000? Demer kata gitu sebab takut berita ramainya peserta KL112 ini didengar orang kampung. Itulah kata seorang warga emas yang datang dari kampung. Dah dua kali pakcik ini ikut demo. Dulu dia kena simbah air asid dan gas. Tapi tak serik. "Masalahnya orang kampung tak tahu" Katanya. 

Selepas zohor, kumpulan dari Masjid Negara pun tiba. Dari jauh kedengaran laungan reformasi dan takbir "Allahuakbar." Yong dengor juga laungan "Terima kasih polis!"

KUMPULAN DARI MASJID NEGARA TIBA

ADA YANG IKUT JALAN ATAS, ADA YANG IKUT JALAN BAWAH

LAUTAN MANUSIA

JURUGAMBAR PUN KENA TANGKAP! SORRY YOB.

Jelas sekali, apa yang diwar-warkan sebagai ganas dan kotor oleh media ameno dan media rakyat yang disalahguna oleh ameno/BN adalah metos semata-mata. Ameno/BN dan penyokong hidup dalam delusi! Alahai..!

Yong abadikan sekeping gambar dari koleksi Kartun Zunar sebagai tanda terima kasih kerana bawa kami sampai ke stadium dengan selamat!


Hanya 45,000? Kalau begitu, bubarkanlah Parlimen dan buat pilihanraya yang bersih!

RAKYAT YANG BERANI MAHU PEMIMPIN YANG BERANI!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

6 comments:

  1. SALAM YONG... YG JELAS 112 POLIS MENJAGA TRAFIK YG TAK BERINJEN HE HE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS

      Kali ni demer buat kerojer hakiki. Kita kena hargai juga.

      Delete
  2. mana braninya si najib tu! tengok kartun udah tau takdak...tuuuutttttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Tok moh demer pun tak berani tolong! Huhuhu!

      Delete
  3. Yong, teman teringat setiap kali acara Thaipusam di Batu Caves surat khabor dengan TV selalu sebut juta-juta yang hadir..

    Tak caya kita tengok minggu depan perayaan Thaipusam.. Najib mesti tak lepas peluang punya menyertai perhimpunan yang berjuta-juta tu..

    Besor benor kawasan Batu Caves tu ye Yong... Lebih besor daripada Stadium Merdeka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Orang India ni bagi ameno cuma spare tyre jer. Kesian betui! Pemimpin demer kaya. Kuil demer kaya. Tapi, apa jadi dengan kaum India biasa?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.