Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 16 January 2013

PENCACAI 1MALAYSIA SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENYERLAH KEBANGANGAN KERANA TIADA TAWADDUK

PEMIMPIN MENDENGAR ATAU RAKYAT KENA DENGAR SAHAJA?

Mulanya Yong taknak ambik pot bab Sharifah Zohra vs. Cik Bawani. Bukan apa. Yong lihat dah banyak orang tulis mengenainya. Masing-masing tak puashati dengan Sharifah Zohra. Ketua Pemuda UMNO, KIMMA, pemimpin PR, mahasiswa - semuanya mengecam Sharifah Zohra.

Sebenarnya baru ini Yong dengar ada pertubuhan namanya "Suara Wanita 1Malaysia" (SW1M). Ada facebook. Gasak demer nak buat kumpulan apapun.

Dengar cerita Presiden SW1M ini dah menyorok.

Cuma 1 benda Yong pelik. Semakin lama pencacai 1Malaysia semakin terserlah kebangangan demer. Kenapa agaknya?

Di mana puncanya?

Tak salah Yong ada juga 1 badan yang namanya Yayasan 1Malaysia. Trustee badan ini semua orang "hebat" belaka; seperti Dr Chandra Muzaffar yang nak jaga keadilan sedunia, tapi tak kisah keadilan rakyat Malaysia. Juga Dr Ismail Ibrahim, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan pernah jaga kerusi apanama kat Institiut Islam Hadhari, UKM.

Hellooo! Apa jadi dengan Islam Hadhari?

Cuba tengok apa yang dikatakan nilai konsep 1Malaysia ni:
  • Budaya kecemerlangan
  • Ketabahan
  • Rendah hati
  • Penerimaan
  • Kesetiaan
  • Meritokrasi
  • Pendidikan
  • Integriti
Melihat dari senarai ciri-ciri nilai yang ingin diserapkan, konsep 1Malaysia ini macam best saja. Hahaha. Best untuk pemimpin kerana ciri-ciri itu untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia! Bukan Pemimpin!

Di sini Yong buat sintesis apa yang disebut nilai konsep 1Malaysia. Komer fikirlah:
  • Budaya kecemerlangan - Rakyat kena bekerja kuat dengan cemerlang supaya GDP naik dan pemimpin boleh hidup senang lenang menggunakan fasiliti kerajaan dan duit pinjaman bank dan cukai.
  • Ketabahan - Rakyat kena tabah apabila dihempap bencana alam, kerana ia bukan salah pemimpin. Belanja pun kena jimat-cermat.
  • Rendah hati - Rakyat kena cium tangan pemimpin demi tanda hormat dan terima kasih. Kena berikrar untuk pemimpin. Nyanyi untuk pemimpin bla.bla.bla...
  • Penerimaan - Terimalah saman AES, rumah PPRT yang buruk dan maki haramjadah dari pemimpin dengan sabar. Terimakah kedatangan isteri pemimpin dengan hamparan permaidani merah!
  • Kesetiaan - Biar hilang tanah kubur, jangan hilang BN. Jangan kritik BN kerana jika mengkritik BN maknanya sudah jadi pengkhianat negara.
  • Meritokrasi - Anak-anak pemimpin ameno dan kroni itu tinggi meritnya. Sebab itu layak dapat projek penswastaan bernilai ratusan juta RM, walaupun masih budak berhingus.
  • Pendidikan - Walaupun pendidikan tidak percuma, kerajaan beri pinjaman PTPTN. Komer lulus atau gagal, bekerja atau menganggur, hutang PTPTN mesti bayar. Masa belajar listen! listen! listen! ... jer. Tak boleh bersoal-jawab.
  • Integriti - Pegawai rendah perlu elak dari rasuah kalau tak ingin kena tangkap. Walau bagaimanapun beli kondo dengan duit lembu tak salah.
Rendah hati telah diberi makna "tawadduk" oleh perintis konsep 1Malaysia. Bahasa Arab yang hebat! Entah apa yang dimaksudkan dengan tawadduk 1Malaysia ini Yong tak pasti. Ini kerana Yong langsung tak nampak di mana tawadduk ameno ni.

Najib-Rosmah bermewah hanya untuk mengadakan majlis pertunangan anaknya. Berdasarkan bil pembayaran, kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang berjumlah RM18,792,  kos jamuan tetamu  berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000 (Keadilandaily).

Ketua Menteri Melaka menjamu 130,000 tetamu semasa majlis perkahwinan anaknya. Berapa kosnya? Rakyat masih menunggu jawapan.

Beg birkin dan kalung mutiara serta cincin berlian menjadi kegemaran isteri PM 1Malaysia. Di mana letaknya tawadduk itu?

Rendah hati atau tawadduk dalam konsep 1Malaysia itu cuma retorik sahaja. Sebab itu tidak hairan jika pencacai 1Malaysia seperti Presiden Suara Wanita 1Malaysia tidak memiliki tawadduk.

Konsep 1Malaysia tinggal isyarat tangan sahaja dan pencacai 1Malaysia semakin lama semakin bangang!

Rasulullah (SAW). Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
(Riwayat Muslim)

JANGAN MIMPI PEMIMPIN BN AKAN TAWADDUK. JANGAN BERI NYAWA LAGI.

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

6 comments:

  1. Salam Yong...
    PRU ni nama dia masuk calon kot...? Maklumlah, dah berbudi, takkan Piem Najib tak reti nak berbahasa...keh keh keh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam baretta

      Biar dia bertanding. Tengok nak jadi calon UMNO atau KIMMA. Biar dia bertanding di Selambau, Jelutong etc.

      Delete
  2. A'kum Yong

    Tahniah Yong
    Satu bidikan yang tepat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountweller

      Harap pencacai faham! Tiada ertinya 1Malaysia kalau tiada hati!

      Delete
  3. Hujah yang matang, bernas dan berdasarkan fakta dpd Kak Yong ajenye ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azmi

      Ameeen! Yong cakap yang benar jer. Ajenye iye. Berdoalah kita supaya kekal tawadduk walaupun diselubungi kemenangan dan kekayaan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.