Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 9 February 2013

APA YANG CUBA DILINDUNGI CHANDRA MUZAFFAR?

Mulanya Yong tidak mahu komen tentang Chandra Muzaffar. Kami dalam bidang yang sama. Yong menyokong kebebasan akademik. Oleh kerana itu Yong berpendapat dia bebas mengeluarkan pandangannya. 

Tetapi Chandra Muzaffar sudah melampau! Dia melampaui sempadan objectivity dalam mengutarakan pandangannya.

Apakah premis pemikiran Chandra Muzaffar?

Islam?
Keadilan?
Keamanan?

Benar. Chandra Muzaffar seorang beragama Islam. Macam Najib, macam Sharizat, macam Raja Nong Chik - semua beragama Islam. Di sini wujud persamaan. 

Semasa Chandra Muzaffar mengetuai Aliran, dia mendapat kebebasan untuk mengkritik kerajaan pimpinan Dr Mahathir. Ketika itu Anwar Ibrahim masih berada di dalam tong najis yang sama. Bukan hanya dia bebas mengkritik, dia juga dapat pengiktifan dilantik sebagai Pengarah Pusat Dialog Peradaban, di Universiti Malaya. 

Apabila Anwar Ibrahim ditendang keluar dari tong najis itu, Chandra Muzaffar memilih untuk menyertai keADILan. Malangnya pencaturan Chandra Muzaffar silap. Barisan Alternatif kalah. Pemimpin tertinggi KeADILan pula tak sebulu dengannya. Masa depan Chandra Muzaffar jadi gelap gelita. 

Gelap gelita kerana tiada kedudukan lagi! Tak mungkin dia boleh kembali ke Pusat Dialog setelah kena tendang. 

Hanya satu jalan baginya. Jadi balaci ameno. 

Chandra Muzaffar harus terus menerus menyerang Pakatan Rakyat dengan memburuk-burukkan Anwar Ibrahim, demi mengekalkan kedudukannya. 

Segala-gala yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat tiada yang betul baginya, termasuk Himpunan Aman Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sungguh paradox! Chandra Muzaffar yang menjadi Presiden JUST, yang kononnya menyokong kebebasan al-Quds amat takut dengan Arab Spring! 

Bukankah Arab Spring telah menyebabkan Israel laknatullah kehilangan sahabat Arabnya, Presiden Mesir, Hosni Mubarak? 

Kita seharusnya membuat sintesis tentang Arab Spring dari pelbagai sudut yang lebih luas, bukan menakut-nakutkan rakyat Malaysia mengenainya. 

Chandra Muzaffar dan tuannya ameno sebenarnya takut dengan Malay Spring. 

Semua orang tahu Chandra Muzaffar Pengerusi Yayasan 1 Malaysia yang ditaja oleh dana Awam. Siapakah yang akan menjaga periok emas kedudukannya kalau BN lingkup? 

Pakatan Rakyat bukan lahir dari kepala otak Anwar Ibrahim sahaja! Pakatan Rakyat memiliki team pemikir yang jauh lebih hebat dari mereka yang duduk dalam Majlis Professor Negara! Pemikir yang setiap hari bergelumang dengan kesengsaraan rakyat, bukan duduk di bilik hawa dingin dan berseminar di hotel 5 bintang! 

Tulisan Chandra Muzaffar memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat mengubah kerajaan yang korap ini menghina rakyat!

Memang amat jelek politik Chandra Muzaffar. Tindak-tanduknya sudah cukup untuk kita membuat kesimpulan Chandra Muzaffar bukan pejuang Islam, bukan pejuang keadilan rakyat, dan bukan juga pencinta keamanan.

Apakah yang sedang dilindungi oleh Chandra Muzaffar selain periok nasinya?

Yang sudah terlepas pandang rencana menarik tentang Chandra Muzaffar baca di sarawakreport.

 AYUH LONJAKAN MELAYU!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN




13 comments:

  1. Owhh..!! Terkesima Pak Long ngan hang ni Yong oii...

    http://paklongonline.blogspot.com/2013/02/terkesima-dengan-kehebatan-ezam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Long

      Terima kasih kerana menjenguk Yong. Alhamdulillah Yong masih boleh berfikir dengan jelas.

      Cuba Pak Long tanya apa si kangkung ni kata tentang aurat wanita Islam. Pasti terperanjat!

      Delete
  2. There is nothing special or intellectual abut this Chandra. Dari dulu kita sudah kenal dia sebagai opportunis, mengambil kesempatan atas populariti pemimpin2 terutama Anwar Ibrahim.Setuju benar dengan kenyataan Yong yang melebelkannya sebagai 'jaga periuk nasi".Would like to see how this parasite survive when Umno/BN is no longer in power very soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Sebab itu Yong heran apa yang ameno pandang tentang kangkung ni. Tanya orang kat USM dan UM, demer tahu sapa mamat ni sebenornya.

      Anwar Ibrahim seperti biasa, selalu bersangka baik kat orang. Sampai ular pun dia sangka orang. Akhirnya kena gigit oleh ular. Tapi masih tak kenal mana orang mana ular...Alahai...

      Delete
  3. dia pun India mari...jumpa ulaq , jumpa Pillay ni, mana SATU NAK KENA KETOK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mohamad adel

      Itule pasal...
      Payah nak kene mana satu orang, mana satu ulaq.

      Delete
  4. Salam Yong..
    Bagi teman pulak, mana2 bijak pandai yg menampakkan sokongan kepada BN, diorang ni semua spessis tangan panjang yang bergayut bawah ketiak BN untuk soru... Bagi teman, diorang ni tak boleh dijadikan idola dalam apa bidang sekalipun... Jauh sekali nak dapat penghormatan dan doa dari teman.... Diorang ni tak ada jatidiri dan semangat serta kemahuan yang diimpikan oleh majoriti rakyat... Yang diorang tahu, sorru tak miss, poket penuh, akaun bank penuh. Itu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam baretta

      Ater kot bebenor bijak pandai, tau le demer mana satu betul, mana satu fitnah. Kot dah banyak kali kalah saman fitnah tu, maknanya tak betul le. Itupun takkan tak fahan2 lagi?

      Jadi... Yong setuju dengan miker. Tak payah doakan malaun2 ni. Buat penat jer.

      Delete
  5. A'kum Yong

    Begitulah jadinya bila meletakkan periuk nasi di tempat yang paling tinggi.

    Disangkakan api, rupanya Kelip-Kelip
    Disangkakan Intan, rupanya kaca
    Disangkakan cerdik, rupanya bodoh
    Disangkakan baik, rupanya Malaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Moundweller

      Boleh tak kita kata Chandra Muzaffar menghasut?

      Delete
  6. Inilah yang dinamakan politik "perut dan bawah perut". Sama jugalah dengan mereka (ada orang kdg tulis atau cakap mereka-mereka, yong perasan tak?) yang tak mau campur urusan politik. Sedar tak sedar itulah sebenarnya politik. Politik diri sendiri tanpan mempedulikan massa. Yang penting aku dapat makan pakai dan anak bini aku selesa.

    Macam ayam itik, celik mata cari makan, beranak bercucu, tidor. Aku tak kacau orang, ko jangan kacau kacau aku.

    Nabi tak ngaku ummatnya orang sebagini. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Saya dr dulu lg mengata kn Chandra Muzaffar ni bkn sekadar "physically retarded" malah dia jg "mentally retarded".Bkn nk menghina tp fakta.Dlm satu keadaan,dia ada dua jawapan.Brgantung di pihak mana dia berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sazaleehya, CM ini sama bangsa dgn TDM...sebab itu perangai pun sama, Betulkan?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.