Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 16 February 2013

C4 (1) AN ENTRÉE

C4 ini bukan bom yang digunakan untuk meletupkan Altantuya. Tapi digunakan untuk meletupkan ikatan Pakatan Rakyat supaya terbarai dan hancur berkecai. 

Satu set C4 kini diikat di kaki Nasharuddin Mat Isa, yang mengaku masih ahli PAS. Ulama PAS seperti Ustaz Haron Taib, Dr Haron Din, Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Azizan, MB Kedah mungkin juga telah dilontarkan bom ini, tapi dapat ditangkis.

Bab UMNO akan guna kaedah ini telah Yong sebut dalam N3 pada 17 Januari 2013 dahulu. Masa itu Majlis Syura PAS telah membuat keputusan menggugurkan Nasharuddin Mat Isa tapi berita ini tidak dihebohkan. Antaranya Yong menyebut:

Yong bukan cakap merapu macam Chedet. Tahu kenapa? Kerana Yong bukan ahli politik yang ingin mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun. Yong tiada kepentingan yang akan hilang jika PR berkuasa. 

Jadi, siapa yang akan kehilangan kepentingan?

Umum tahu, setelah pencen pegawai kanan kerajaan akan dapat habuan yang lumayan. Ada yang jadi BOD syarikat judi, arak dan juga GLC (Government-Link Companies). Inilah "hadiah" kesetiaan. Dan kesetiaan adalah salah satu nilai dalam konsep 1Malaysia.

Sekarang, masa depan sungguh kelam! Orang-orang yang tiada merit tidak akan lagi diletakkan untuk mengemudi GLC jika PR memerintah. 

Apa yang akan dilakukan pegawai dan bekas pegawai kanan kerajaan kaki ampu? 

Demer akan berusaha memastikan UMNO menang. 

Bagi yang terlepas pandang, N3 itu boleh dibaca di sini

Ramai pencacai yang marah Yong, konon Yong bersangka buruk dan membangkang jer kerjanya. 

Tolong sikit! Yong bukan buat spekulasi. Bukan buat tuduhan melulu. 

Sebagai contoh ini berita yang disebut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa katanya:

Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabah. 

Apa Yong sebut terdahulu ternyata benar. KSN sudah bertindak.

Walau bagaimanapun, seperti SBPA yang hampeh itu, komer bersedialah dengan "surprise" ini.

Semua Ketua Cawangan, termasuk Jati, Just dan Perkasa diwar-warkan dengan cerita musuh utama ialah Singapura. Jika PR menang Malaysia akan tergadai kepada Singapura kerana DAP itu splinter PAP. Sama macam kebanyakan parti di Sabah dan Sarawak yang jadi splinter parti entah apa namanya. Parti-parti ini duduk dalam BN. Takde masalah pun.

Bila DAP dan PKR bersama-sama dengan PAS tiba-tiba sudah jadi masalah?

Apa yang mereka tidak beritahu ialah Gerakan itu splinter MCA yang mulanya bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman. Ia ditubuhkan atas dasar Multi-culturalism, anti-corruption dan Liberalism.

Apa jadi selepas Gerakan masuk BN? Huh...? 

Berbalik kepada ulama PAS, jika komer google "Haron Din keluar PAS" komer akan jumpa tulisan blogger pencacai rata-rata menyebut Dr Haron Din keluar PAS. Walau bagaimanapun, sebaliknya Dr Haron Din diberitakan akan bertanding di Perlis. Kenapa mereka sibuk bab Dr Haron Din ini? Sebab mereka mahu merosakkan kredibiliti Dr Haron Din. Itu saja. Demer benci Dr Haron Din. Tapi bila sakit demer cari Dr yang baik hati ini. 

Bab Dr Haron Din pun Yong sudah tulis di sini. Yong tulis berkias sahaja. Sebenarnya Yong tahu Ustaz Fathul Bari telah disenaraikan sebagai calon yang akan menentang Dr Haron Din. Tetapi demer berharap sangat Dr Haron Din menarik diri supaya Us Fathul Bari akan mendapat kemenangan mudah!

YONG SANGAT SUKA GAMBOR INI. NAMPAK DEMER YANG DEWASA DAN BUDAK, AMAT COMEL 

Siapa lagi pegawai kerajaan yang akan pakai seluar dalam UMNO semasa bertugas?

Adakah ulama dan pemimpin PAS mahu tertipu dengan tipu helah syaitan yang dikenali ini? Yong fikir tidak. 

Ulama boleh menjadi burung merbuk di sangkar emas UMNO. Bersuara merdu tetapi terpenjara. Atau menjadi burung merpati yang membawa teladan dan berita keamanan sejagat.

BUKAN PAKATAN RAKYAT YANG HILANGKAN PULAU BATU PUTIH DAN TANJUNG PAGAR!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN


5 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Font baru maaa.... hahaha... ader senang skit baca.... hahaha.. maklum la dah tua.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. A'kum Yong

    Pada firasat saya kedua-dua belah pihak ada C4. Kita tunggu ledakannya bila Parlimen bubar nanti. Tapi C4 mana yang 'most deadly' kita tengok nanti. Politik ada strategi masing-masing. Tianggal lagi yang mana lebih berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Dua-dua ada C4. Tapi kita kena tahu jugak C4 demer dipasang di mana?

      Delete
    2. Gua ader C++ jer... hahahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.