Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 23 February 2013

DR FADZILAH KAMSAH PUN GENTLEMAN JUGAK

Dr Fadzilah Kamsah sudah minta maaf. Dia pun tak nak cabar sesiapa atau nak saman sesiapa. Kenyataan itu disiarkan oleh banyak blog. Yong kata dia gentleman.

Yong sendiri bependirian tak patut selak langsir jendela rumah orang sebab nak tengok perkara-perkara yang mengaibkan di dalam rumah orang. Rest assured, gambor anak-anak dia takde dalam blog Yong. Tapi Yong dapat tahu gambor anak-anak dia tu dah lama dalam Internet.

Budak-budak suka letak gambor yang memalukan keluarga dalam internet. Demer bukan sengaja. Cuma cetek akal. Kalau demer tak letak, kawan-kawan demer akan letak. Atau kawan kepada kawan anak demerpun boleh letak. Ini keburukan dunia maya. 

Ibu bapa kena selalu tengok anak-anak. Ini kerana sekarang anak-anak tak perlu lagi keluar rumah untuk melakukan kesalahan, termasuk jenayah. 

Tapi, ada seorang pakar motivasi tu macam-macam dia mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat dan menghina ulama, termasuk Tuan Guru Nik Aziz. Sikit pun dia tak minta maaf. Malah semakin galak berceramah di sana sini memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat. Tentu komer kenal sangat siapa pakar motivasi itu. Apa dia kata boleh baca di sini, di sini dan di sini.

Adakah kerana dia ahli politik dia tak perlu minta maaf?

Kalau begitu piawaiannya, ahli politik boleh cakap apa sahaja dan tak perlu minta maaf? Boleh berharamjadahkan rakyat?

CONTOH GAMBAR YANG BOLEH MEMALUKAN MAK BAPAK 

CONTOH  PENYAKIT AMENO YANG BERJANGKIT DAN BELUM MINTA MAAF

Macam mana sekarang? Dr Fadzilah Kamsah masih mahu bertanding dalam piliharaya dan mengharungi dunia politik Malaysia yang kotor?

TOLAK UMNO. TOLAK BN

9 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Bini gua cikgu... betul... sebagai cikgu.. kita mau anak murid kiter bagoosh... tapi tak tentu anak kita jugak bagoosh... susah ooo...

    Sebab tue la gua tak layan citer Fadhilah Kamsah dan anak-anak dier tue... sebab gua tau....

    Tapi... bab Fadhilah Kamsah kutuk isu doa tue... gua rasa yang itu memang dier bukan professional motivator... sebab kalu orang professional... dier akan jawab "no comment" atau "bukan bidang saya" bila ditanya soklan camtue..

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Anak murid ada yang bagus, ada yang tak bagus.Takpe kalau tak bagus tu tahap tak masuk IPT. Tapi kalau masuk IPT tapi kelaku masih macam hantu...Sedih!

      Fadzilah Kamsah businessman. Jadi dia kena jaga PR ler...

      Delete
  2. Salam Yong,
    Berpolitik bukan lesen halaikan kita selak kain tingkap rumah orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Long

      Tapi itule kerojer yang dibuat demer. Lebih2 lagi puak sebelah sana.

      Delete
  3. Replies
    1. Salam opisboi

      Gentleman sebab sanggup minta maaf. Tak gentleman dan tak professional sebab buat komen tanpa selidik dulu...

      Delete
  4. Kebetulan kot... dia ni selama ni pun cool head tapi spontaneously dia kena interbiu pasal doa "pi jahanam BN" tu... dia pun bagi pendapat dia... patutnya dia kena berlapik sikit bagi nampak views dia neutral...dia leh makan keliling i.e. Dr. Maza selau komen.

    So be it.. dia terasa dia dah ter'overboard' hingga orang selak dia punya 'silap' pulak (anak dia pun masih 'heppi-go-jahanam-style'...so dia mintak maap.. cool. Better that way!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Apa pun, tindakan ini tidak mengikis persepsi asal Yong tentang ceramah/kursus motivasinyer.

      Yong heran camne orang suker dengor.

      Delete
  5. Yong DFK duduk kat Bandar Baru Bangi, rumah Banglo besar, selama ini tak de sapa usik dia pun, kami tak kisah tapi kami tak amik pot pun tentang motivasi nya, biarlah terpecah sendiri, ambil dia untuk sekolah untuk memotivasikan murid, ya Ampuun..mahal sangat lebih lebih lagi sudah terkenal.. Sekali dia usik dan komen pasal PAS, ha..itu jam tau lah tinggi rendah langit, Allah bayar CASH kat dia sebenarnya.. PAS nak mengagungkan ISLAM, dia pulak nampak sangat PRO UMNO BN..sekarang baru lah tau dia SIAPA? JELAS dan TERANG...No wonder dia selalu bersama kepimpinan UMNO di pentas nya... Waullahualam..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.