Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 23 February 2013

SAYA TIDAK KENAL DAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN PEREMPUAN CINA (FLORA ONG)


Sudah banyak keluar cerita penjual karpet ini. Heran jugak. Bagaimana penjual karpet ini boleh bebas ke sana sini. Kenapa dia tak keluarkan SD dan kemudian tukar SD macam si Bala?

Jadi, bab Deepak ni Yong musykil sangat. Kenapa dia heboh sekarang? Adakah dia hendak menekan Najib supaya meletakkan jawatan sebelum PRU13? 

Beberapa pemimpin ameno menyedari (walaupun tak secara terbuka) Najib dan keluarganya adalah liability kepada BN. Kalau Najib meletakkan jawatan sekarang mungkin rating BN akan meningkat. Halangan Muhyiddin untuk jadi PM sudah hilang satu.

Lalu, cerita Flora Ong pula didedahkan. Sebenarnya ini bukan cerita baru. Pada 16 Jun 2010, blogger pro BN yang memanggil dirinya Sanggah Tok Janggut pernah menyebut tentang Flora Ong yang dikatakan rapat dengan Najib atau Rosmah (tidak pasti). Tiada siapa peduli cerita itu sehinggalah nama yang sama keluar dari mulut Deepak.

Okay, di sini Yong terbitkan petikan tulisan blogger tersebut. Mungkin ia boleh merungkai sedikit misteri perempuan Cina bernama Flora Ong yang disebut Deepak mendapat projek secara rundingan terus, bernilai RM2 bilion itu:

ADAKAH FLORA ONG INI YANG DIMAKSUDKAN?

Mungkin ada ramai Flora Ong di Malaysia. Nak tengok salah satu Flora Ong yang glamour, cari dalam blog KeeHuaChee

Adakah nanti Najib akan bersumpah tidak kenal perempuan Cina ini?

Hampir kena C4? Kisah ini dah kalahkan drama Taiwan.

Tapi Yong telan cerita ini dengan secubit garam. Omputih kata: I take it with a pinch of salt. Walaubagaimanapun, kesannya  tetap menunjukkan Malaysia bukan negara yang selamat dan aman.

Kalau taknak dengor cerita-cerita yang menakutkan ini, kita tukor kerajaan jer. Kontrak pun boleh diberi secara jelas, telus dan accountable. 

Secara peribadi Yong suka kalau Najib dan UBN ditumbangkan dalam pilihanraya.

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN


6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Tidakkah semua pelik... punya banyak statement keluar dari mulut Deepak... langsung dier tak kena panggil oleh SB ker... Bukit Aman ker... senyap... takder saper usik dier... ader logik ker... Hahaha...

    Nampak sangat ader yang tak kena dengan ini cerita.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Sebab tu Yong heran. Macam ada pengarah somewhere yang control citer ni. memang tak logik.

      Hishamuddin tak nak tolong sepupu dia ke?

      Delete
  2. Salam Yong..
    Gambar tu pada 2 Feb 2012 ke? Bukan ke masa tu Permaisuri Agong dah balik dari Mekah dan dah bertudung? Teman ingat kekal tudung tu sampai bila2...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam baretta

      Masa itu belum pergi Mekah lagi. Sila lihat gambar selepas kembali dari Mekah di http://www.yastro.net/2012/11/gambar-permaisuri-agong-bertudung.html

      Delete
  3. Salam Yong;

    hahaha... si Mahadeath tepuk kaki gelak guling2... si pemegang tali belakang tabir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isa

      Cara "kreatif" nak selamatkan ameno? Kui Kui Kui

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.