Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 5 February 2013

HEBAT! MUHYIDDIN CAKAP APA YANG ULAMA MUDA AMENO TAK BERANI CAKAP

Tolak fahaman terpesong dari landasan Islam, kata Muhyiddin. Satu kenyataan yang menyentuh hati kalau benar. 

Yong juga amat setuju menolak fahaman yang terpesong dari landasan Islam.

Sebenarnya untuk siapa kenyataan itu?

KOMER BACA SENDIRI (SUMBER)

Hebat TPM 1Malaysia. Dia cakap apa yang ulama muda tak berani cakap!

YANG INI IKUT AJARAN AL-QURAN DAN SUNNAH?

Tapi cakap tak serupa bikin!

Muhyiddin macam ayam jantan. Berkokok berdegar2, ekor penuh tahi. Itulah akibat duduk dalam tong najis.

Ameno dah jadi macam kapal yang ada dua nakhoda. Satu suka k-pop, gangnam, majlis makan malam yang glamour dan apa2 je yang berkait dengan hiburan yang mengkhayalkan. Yang satu lagi nak tunjuk gaya Islamik, merayu supaya jangan terpesong.

 YAMSENG NI BOLEH TAK?, IKUT MAQASID SYARIAH

Pasti demer kata toast piem 1Malaysia tu ayor sarsi atau ayor teh. Cumer tokeh2 tu minum ayor kencing setan. Gasak demer le nak minum ayor apa pun. Bukan demer Islam. Tetapi sebagai piem 1Malaysia, tak payoh le ikut buat yamseng. Entahle kot Muhyiddin kata ia masih dikira mengikut al-Quran dan sunnah.

Memang payoh kerja PM ni. Tapi komer kan ada kuasa. Komer boleh bagi tahu penganjur supaya buat aturcara yang tidak menimbulkan fitnah!

Lagi mau cakap guru pendidkan Islam perlu memainkan peranan "menyampaikan mesej dakwah berteraskan ajaran Al-Quran dan sunnah serta memimpin masyarakat ke arah kebenaran." Alahai... 

Macam mana nak memainkan peranan itu weh?
Berapa banyak budget bagi sekolah agama untuk dakwah umat Islam Malaysia?
Berapa banyak budget bagi program Himpunan Sejuta Belia yang mengundang K-Pop itu? 

TAK MAHU JADI ANAK KETAM YANG IKUT IBU JALAN SENGET?

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

9 comments:

  1. Pemimpin2 Umno dari Mahathir, Najib,sampailah ketua2 Cawangan. Kalau dengar deme bercakap bab agama ulama'2 hebat pun kalah.Tapi di belakang sebutlah apa jenis maksiat yang mereka tak lakukan, hinggakan bapak syaitan pun mengaku kalah. Yang menghairankan tu orang2 Melayu kampung termasuk pak2 lebai mengangguk2 setuju dengan pemimpin2 Umno begini walaupun mereka nampak dengan jelas kejelikan yang dilakukan oleh pemimpin2 Umno tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Kekadang Yong pun heran bila dengor orang ameno bercakap. Demer ni macam sedang dalam delusi. Balik2 Malaysia akan dijajah Singapura. Adui....sapa yang jual land and property pada Singapura tu? Bukanke UMNO?

      Delete
  2. Assalamualaikum Yong.

    Alhamdulillah. Jutaan terima kasih, tankiu, syukran...apalagi nak cakap.... kerana sudi menerima komen saya.

    Mudah2an blog YSK ni bertambah ramai pengunjungnya dan terus maju demi menyebarkan kebenaran.

    Allah bersama Yong.

    ReplyDelete
  3. Waalakum salam aidono

    Aminnnn! Ya rabbulalamin!

    ReplyDelete
  4. Melayu dapat sehelai kain pelikat terus layu & sokong UMNOOOOO

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEGITULAH HINANYA MELAYU. PENGHINAAN INI BUKAN DARI SIAPA, PENGHINAAN INI DILAKUKAN OLEH MELAYU UMNO YANG HIDUP ATAS LIMPAHAN WANG RAKYAT. BERAS SEKAMPIT, ITU PUN 5 KG SAJE, DUIT BR1M, KAIN PELEKAT, ROTI CANAI SEKEPING DENGAN TEH TARIK SECAWAN DENGAN MUDAH DAPAT MENKABURI MATA DAN HATI MELAYU MELAYU YANG RATA RATANYA LEMAH MATEMATIK

      Delete
  5. yong tapis komen..pengecut yong ni..pas pun sama...nk tnjuk kata islamik sangat konon..padahal depan dap lidah terkulu dirantai dap..jadi anjing dap..

    ReplyDelete
  6. Noris syera

    Sebelum cakap kamu buka mata, buka hati tengok sapa jadi anjing sapa.

    Yong tapis komen yang mencarut, rasis atau menggunakan perkataan (cth. anjing, babi dll) untuk memaki hamun macam kamu ni.

    Ada juga penyokong PR yang menggunakan perkataan memaki hamun diblog Yong. Itupun Yong tapis juga.

    Perhatikan juga - Yong tiada link pada blog yang banyak mencarut dan maki hamun. Sebab tu takde blog pro BN di sini. Dasar ini termasuk untuk blog pro PR. Kalau bahasa demer tak lulus, maka tiada link di sini.

    Yong terbitkan komen kamu kali ini untuk menunjukkan "manis"nya bahasa yang kamu gunakan untuk menuduh PAS.

    Kamu pun tahu sudah banyak kali utusan malaysia kalah kes saman memfitnah PR. Adakh kamu masih percaya berita yang disiarkan media itu tentang PR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak yong.

      Betul tu kak yong.. ayat mesti beradab nampaknya sebab tu term & condition kak yong as 'tuan rumah' blog ni... so be it! Apology kot ada saya silap ayat, swearing any explicit words in the past.

      Noris syera .. Think b4 u write.. U tak pikir ker Umno-BN sah sah lagi pengecut all this while pasal pernah bagi peluang sama adil, sama byk masa, ruang kat opposition kat media perdana, be it tele, papers, radio, untuk penerangan mesej, manifesto parti. Dewan orang ramai pun U-BN nak 'ragut' buat kem/ markas/ bilik gerakan macam la dia saja la ada hak guna semua kemudahan awam?

      U mungkin masih 'budak kecil main api' kot? no wonder ..lah!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.