Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 4 February 2013

JANGAN BURUK SANGKA! INI WASSATIYAH GANGNAM STYLE

Siapa yang buruk sangka?

Adakah setelah kita diperintah oleh satu sistem yang korap selama lebih setengah abad, kita masih dikata buruk sangka?

Tidakkah 55 tahun itu sudah mencukupi untuk mengenalpasti sama ada satu sistem pemerintahan itu bagus atau tidak bagus?

Buruk sangka walaupun hakikatnya 55 tahun diperintah, orang Melayu masih mundur?
Buruk sangka walaupun hakikatnya 55 tahun diperintah, Islam jadi cacamarba?
Buruk sangka walaupun hakikatnya 55 tahun disajikan dengan hiburan yang mengkhayalkan?

Takpe kan?

Bukan gomen bayorpun.
Ada tokeh Cina biaya Psy Gangnam.
Lantok komer ler.

Yong peduli apa CM Pulau Pinang cakap pelancong Siam ramai datang. Dia sokong atau tak sokong Psy Gangnam, Yong peduli apa?

Tapi bagi kaum Muslimin, Yong amat jelas. Aktiviti hiburan begini tak memenuhi piawaian Islam. Jadi, umat Islam tak payah le datang aktiviti hiburan yang awal-awal lagi dah kata untuk menyambut Tahun Baru Cina. Kalau nak ucap tahun barupun, buatle masa lain.



Lagipun, komer ingat lagi tak apa tema sambutan Maulidul Rasul baru-baru ini? 

"WASATIYYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH"

Bunyi hebat betul. Agaknya wasatiyyah untuk siapa? Ini termasuk program wasatiyyah ke?

Dengornya piem 1Malaysia akan hadir program hiburan dengan Psy Gangnam ini. 
Baguh sangatle tu....Dulupun dia datang beramah mesra dengan K-Pop.

Siapa sebenarnya yang merosakkan orang Melayu?
Siapa sebenarnya yang mencairkan Islam?
Masih nak kata Yong buruk sangka?

SELAMATKAN ISLAM!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

P.S: Yong dah tukor font. Walaupun Yong tak gemor font ini tapi demi permintaan pengunjung, Yong tukor. Sila beri pendapat. Okay tak font ini?


4 comments:

  1. Salam Yong

    Font yang ini bagus tapi font yang dulu bagi saya adalah terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam armal

      Yong pun suka font dulu. Tapi ada pengunjung kata susah nak baca. Jadi Yong respect pandangan pengunjung itu. Yong tunggu blogspot tambah font, baru tukor.

      Timasih atas pandangan miker.

      Delete
  2. lawa dah front tue yong...
    siap ada kerengga lagi...
    apa makna kerengga tu dok situ...
    takkan kerengga makan bunga kunin tu kot...
    apa-apa pun...
    tabik yong !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam burungmerbuk

      Kerengga tu menolong process pendebungaan dan melindungi bunga kuning dari dirosakkan oleh tangan2 gate dan jahat. Simbolik ler..Hehehe.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.