Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 11 February 2013

NAJIB GAGAL PSY-TRICK PEMINAT GANGNAM! (VIDEO)

Awal-awal lagi Yong dah kata. Orang Islam tak payahle pergi tengok concert psy gangnam. Lebih-lebih lagi orang Islam yang dah tua! Umur dah lebih setengah abad! Kan dah malu!?!

Tak tahu le pulok, kot Najib tak tahu malu.

Tapi Yong sebagai orang Melayu yang beragama Islam terasa amat malu kerana PM 1Malaysia dimalukan di hadapan warga asing! Lebih-lebih lagi warga asing itu dibayar untuk datang ke Malaysia...Alahai...

Menyebut tentang bayaran, kononnya psy gangnam ni ditaja oleh tokeh MCA. Lantok komer le nak perabih duit bayor projek tak guna ni. 

Tapi Yong nak tanya le... Perbelanjaan Najib (perjalanan, penginapan dan makan-minum) datang ke pesta Tahun Baru Cina berhibur bersama psy gangnam ini siapa pulak yang taja? BN taja atau dari dana awam?

Lantok komer le kalau MCA jugak yang taja.

Tapi kalau guna dana awam, maknanya guna duit pembayar cukai, termasuk duit Yong...haram jadinya. Sebab Yong tak halalkan.

Bagaimana pula dengan elaun perjalanan pegawai-pegawai pengiring, etc yang ikut sama dari KL? Siapa bayar elaun demer untuk pergi concert yang langsung takde faedah kepada umat Islam ini?


Video ini pulak tak tahu berapa lama dapat bertahan di youtube. Jadi, komer cepat download sebelum hilang!

Kih Kih Kih....!

Tak tahu sapa punya ide panggil psy gangnam ini. Impak projek ni dah terbalik! Najib patut pecat pengurus/penasihat kempennya yang memalukan!

Tapi kot masih nak simpan dia (pengurus/penasihat kempen) ini, takpe jugak. Boleh dia buat lagi projek kempen yang bangang tahap gaban dan tak masuk akal macam ini. 

Demer kata video tu kena edit. Kih Kih Kih!. Edit atau ori, video udah bertaburan di Internet! Kesian!!!

DULU, KINI DAN SELAMANYA TAK SIOR!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN 

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yong;

    Tumpang gelak guling2 kat sini boleh tak... hahahaha... Muhyiddin Yasin pun tengah dok gelak sakan tuuuu... hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isa

      Itule pasal. Degil sangat. Orang dah kabor jangan pergi. Nak gelak guling2 ke atau terkekeh ke, ikut suka le....Takde larangan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.