Hatta maka tersebutkah kisah seorang raja yang hendak menggadai sebuah kampung Melayu di tengah kota kepada petualang yang menyamar sebagai pelabur luar negara. Raja ini terlupa bahawa pada suatu masa dahulu seorang raja telah menggadai Singapura yang pernah dilanggar todak kepada penjajah British.
Arakian, apabila diambil British akan Singapura itu, maka penuhlah ia dengan warga yang datang dari Benua China. Mereka pun berniaga di negara berkenaan dan menjadikan negara itu kaya raya sebagai sebuah republik dan pusat perdagangan moden. Sehingga hari ini gerombolan yang mengaku kununnya memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan raja itu sering menakut-nakutkan rakyat bahawa Singapura akan menakluk Malaysia. Ibarat ular lidi menelan naga.
Alkisah pada tahun 1998, Malaysia dilanggar todak. Serangan todak tidak berhenti-henti, sehingga anak-anak Mamak Bendahara yang kununnya hebat berniaga itu hampir muflis.
Adapun Lembah Pantai pula, ia terletak di negara Malaysia yang kununnya akan dijajah oleh Singapura itu.
Kerajaan yang dipegang Mamak Bendahara itu menyalahkan Soros sebagai dalang yang memelihara todak-todak tersebut. Terjadi perbalahan di balairongseri. Lantas timbalannya ditendang keluar. Timbalannya memekik "reformasi!" Lalu marahlah Mamak Bendahara. Mantan timbalan dijadikan kambing hitam, dimalukan dan dihumban ke dalam penjara.
Di tengah-tengah jeritan reformasi itu tampil seorang budak yang mulanya berjuang untuk membersihkan nama ayahandanya. Kemudian dia berkecimpung terus dalam gelanggang keperwiraan selepas tamat pengajian sebagai Puteri Reformasi. Pada tahun 2008, Puteri berjaya menawan Lembah Pantai. Maka todak-todak itupun dibawa ke pasar untuk dilelong.
Nun di lereng perbukitan Lembah Pantai tinggal seorang raja. Adapun Raja ini merasakan dirinya amat rimas setelah todak-todak itu dihapuskan. Dengan kuasa yang ada padanya dia mendakwa telah membangunkan kawasan Lembah Pantai. Hmm...rakyat sebenarnya tahu Malaysia, khususnya Lembah Kelang, kini telah diserang spesis misteri ikan todak dari India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Filipina yang datang ke Malaysia akibat sistem pengawalan pantai, darat dan udara yang longgar.
Berbalik kepada Puteri tadi, maka diapun mencabar Raja untuk debat. Agar terurailah perbalahan tentang kampung Melayu di tengah kota, tentang anak Raja yang dapat projek RM30 juta walaupun usia baru setahun jagung dan perihal lain.
Tiadalah mahu Raja untuk debat.
Berbeza dengan todak yang menyerang Singapura. Di sana Raja dan gerombolannya berusaha untuk menghalang serangan. Kini, di Malaysia spesis misteri ikan todak dibiarkan berleluasa. Bukan itu sahaja, banyak ikan todak spesis baru ini mendapat kewarganegaraan segera untuk menjadi pengundi hantu!
Namun Puteri dan angkatannya tidak akan menerima nasib seperti Hang Nadim dan keluarganya. Ini kerana jaringan maya semakin melebar. Ramai wira-wira baru yang tulin muncul di gelanggang bersama Puteri Reformasi itu membentuk neolagenda memerangi dalang-dalang disebalik serangan spesis misteri todak ini.
Itulah yang dilakukan di dataran merdeka dan di stadium merdeka, Kuala Lumpur
Sebagai mengenang neolagenda Malaysia dilanggar tolak, maka terbitlah serangkap pantun:
Telur itik simpan di dapur;
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Kuala Lumpur
Jiwa berontak reformasi.
TAKNAK WIRA PALSU ALA K-POP DAN GANGNAM STYLE
JOM UBAH
TOLAK UMNO. TOLAK BN
Salam Yong
ReplyDeleteSebut pasei kg baru terghingat teman allahyarhamah Dr Lo'Lo' yang banyak ambil berat hal kg ne dan amat disenangi penduduk di situ. Alfatihah utk beliau.
Salam Shelly
DeleteAlfatihah kepada Allahyarhamah. penduduk Kg Baru masih ingat pada perjuangan beliau. Walaupun singkat, tapi amat bermakna.