Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 24 February 2013

BEZA BELANJA RAKYAT SEKELUARGA UNTUK SETAHUN DAN KENDURI PERTUNANGAN ANAK PM 1MALAYSIA

Apakah beza antara belanja rakyat 1Malaysia sekeluarga dengan belanja kenduri pertunangan anak PM 1Malaysia? = RM22.00 sahaja.

Jangan terkejut.

Ini bukan cobaan!

Ini kata PM 1Malaysia:


Rakyat boleh belanja RM500 untuk makan satu keluarga selama 12 bulan!!!! Wow!!!:

Ada sesiapa mahu despute? 

Di bawah ini pula invoice kenduri pertunangan anak PM 1Malaysia dari Shangri-la. Najib kata dia bayor sendiri. Huh, rakyat 1Malaysia patut bangga. Kita ada piem yang kaya raya! Belanja kenduri  untuk VIP hanya RM522.00 sahaja.


Wei, RM522.00 untuk seorang VIP lah (tengok anak panah biru). Takkan VIP nak bagi makan nasi dengan kicap Tamin dan ikan kering kot?

Apa nak heran. Sebuah beg birkin pun cuma jutaan RM sahaja!

Selepas buat cerita lawak 1001 malam, oops... 365 x 4 malam, PM 1Malaysia cuba alih cerita ke bab lain. Dia kata Tuan Guru Nik Aziz pergi rumah Karpal Singh yang anti hudud.

Siapa sebenarnya yang menentang hudud? Bab itu Yong dah citer di sini.

Hujung minggu ni nak rehat dan berwassatiyah. Makan nasi lauk kicap dengan ikan kering dan salad pucuk daun sambung nyawa dengan budu...

Kah Kah Kah.

TAKNAK TERUS DIPERBODOHKAN

TOLAK UMNO. TOLAK BN



6 comments:

  1. adakah p1em penagih pil kuda? sbb itu segala perkataan yg kluar dr mulutnya makin lawak! aku makin ????????? ngan mat & mah gile pablisisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Baik miker tanyer mak mah jer. Pada pandangan Yong dia termakan sumpah.

      Delete
  2. PM kira macam mana entah ...Mental ker apa dia ni? Kiraan kita ni semua 'lolipop' aje..buy our hearts/ beli undi untuk dia aje.

    Orang gila pun leh kira macam tu..Memang ler leh beli 10kg x 12 bulan, myk masak dalam 41 riggit 7 kupang tu TAPI tak realistik..impractical !

    Baik ler dia bagi voucher kedai 1Malaysia dgn harga >< RM50 setiap bulan.. tentu ramai terpaksa beli brg dapur. > practical walaupun ia menguntung Mr. mydin aje & menyusahkan orang ramai nak gi kedai tu lak dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Sebab dia kira rakyat marhein guna kayu api, makan nasi kosong, gaul dengan batu dan ayor.

      Buat masa ini kat 1Malaysia susah nak cari social justice.

      Delete
    2. That's why "We ain't gonna take it (excuses, lies, injustice, bad & misled governance, all their undoings) anymore" !

      Delete
  3. Adoi... Anak saya (umor 4 tahun) gi skolah kat CIC (children islamic center) je dah 550/sebulan.........

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.