Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 11 March 2013

ADER LAGI KER 340 AHLI PKR KAT FELCRA SEBERANG PERAK TU YOB? KAH KAH KAH!

SIAPA BAGI NAIK BENDERA BANYAK-BANYAK NI KALAU BUKAN AHLI PAS DAN PKR? (TBO)

Ahli Parlimen yang tak tercalon sibuk mempromosi diri sendiri. Terkini dia buat gempak. Yong cut and paste jer gempak tu dari Sinar Harian. Layan jer...

Komer boleh skip berita ini (warna biru) kot tak sior baca dan terus ke komen Yong kat hujung N3.

Sirih pulang ke gagang

Oleh: SITI SAFA MOHD NOR
Tarikh: March 10, 2013

SEBERANG PERAK - Seramai 378 ahli PKR Cabang Pasir Salak mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu dan menjadi ahli Umno melibatkan, 348 ahli daripada PKR Ranting Felcra 1,2 dan 16 Ulu Derdap, manakala selebihnya dari kawasan Sungai Rusa, Seberang Perak.

Penyerahan borang keahlian Umno bagi bekas ahli PKR Ranting Felcra 1, 2 dan 16 dilakukan oleh bekas Setiausaha PKR Cabang Pasir Salak, Mokhtar Ridzuan, 70, manakala bekas Bendahari PKR Cabang Pasir Salak, Haniff Mat Rawi, 57, menyerahkan borang bagi bekas ahli PKR Ranting Sungai Rusa.

Mokhtar menyifatkan penyertaannya kembali ke dalam Umno ibarat sirih pulang ke gagang selepas meninggalkan parti itu untuk bersama PKR sejak 1999.

Beliau turut menegaskan keputusannya untuk kembali bersama Umnno tidak mendapat desakan atau tekanan daripada sesiapa, melainkan mengikut kata hatinya selepas melaksanakan solat sunat istikharah.

"Saya kembali bersama Umno dengan rela hati. Saya tidak menerima sebarang sogokan sama ada berbentuk wang ringgit atau apa sekali pun, sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penubuhan Umno Cawangan Taman Malinja Jaya dan penyerahan bolang ahli Umno kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Tambah Mokhtar, beliau mengambil keputusan untuk kembali bersama Umno kerana melihat Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu menjadi sebuah pakatan yang sehaluan sepertimana dilaluinya sendiri dalam sebuah mesyuarat pemilihan calon PR untuk kerusi Parlimen Pasir Salak.

"Pas mahu calon mereka di Dun Sungai Manik, sedangkan telah ditetapkan PKR akan mewakili kawasan itu, selain Parlimen Pasir Salak. Pas hanya mewakili Dun Kampung Gajah.

"Akibat perkara ini, berlaku perpindahan pengundi dari Dun Sungai Manik ke Dun Kampung Gajah yang memperlihatkan PKR dan Pas memang tidak boleh bersama," katanya yang juga Pengerusi Penaja Umno Cawangan Taman Malinja.

Kalau tak silap Yong dengor demer kata saban hari ramai ahli PKR dan PAS kawasan Pasir Salak dan Parit dah masuk ameno. Ater, kot dah masuk ameno sumernyer, ader lagi ker ahli PKR tu?

Dua gambar dibawah Yong ciluk dari Teluk Bakong Online. Ahli PAS dan PKR pakat-pakat naikkan bendera di Bota (Parlimen Parit), jiran Pasir Salak. Siapa pulak kata demer tak boleh bersama nih? Cumer Pakcik Mokhtar Ridzuan yang pegang keris karat ameno jer kata PAS-PKR tak boleh bersama.

AMK PASIR SALAK, YANG NAK KUOR PERGILER. YANG TINGGE BUAT KEROJER

HEBAT! HASIL KEROJER DEMER

Selain buat gempak sandiwara masuk ameno, demer jugak bakor bendera. Ini gambor bendera PAS di Pasir Salak yang jadi mangsa samseng ameno. Yong bersangka baik, samseng ini bukan ahli Pekida sebenornya. Almaklum, kununnya Tajuddin Abdul Rahman kan penaung Pekida? Isy! Takde orang lain ke Pekida nak lantik jadi penaung?

INI PULOK HASIL KEROJER PUOK DESPERADO (PAS PASIR SALAK)

Adun Sungai Manik tentu suka yang amat. Maklumle dia akan duduk di tempat Tajuddin (kalau menang ler). Hahaha...Tapi, cer komer perhati gambor di bawah ni. Kesian pakcik kat tengah tu...

NAPER MUKA DUA YB KELAT JER?

Yong mengambil pendirian yang positif mengenai perkara ini. Biorler demer yang hati masih kat ameno dan spy-spy demer kuor dari PKR dan PAS. Senang sikit nak urus. Sebabnya, bila dah ramei kuor, yang masih hati perut ameno tu makin kurang. Yong kata makin kurang, belum habih sebab spy terulung masih ada di dalam. Demer takkan kuor sampai last. Kalau UBN menang demer kuor. Kot kalah demer stay dan buat kerosakan lagi.

Oleh kerana itu, tak payahler kita kenang demer lagi. Yang masih iltizam bersama Pakatan Rakyat, buang ler sikap ego masing-masing. Moh rapatkan saf. Kerjasama!

Ingat! Kalau Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, PAS dan PKR sama-sama menang!

JANGAN HILANG FOKUS KERANA PETUALANG!

JOM UBAH

TOLAK UMNO, TOLAK BN

4 comments:

  1. salam yong...adehhh yong... aku ingat aku ler dr group yang fail metamatik... dia org pun... ishh ishhh... tebal borang tuuu...lebih tebal dari 1 rim a4... 340... ishhh lebihhh tuuu...1 rim a4 tuh jer dah 500lai... heee

    ReplyDelete
  2. Salam PUPPETS

    Agok Yong, demer salah kigher. Mungkin ada 700 atau 800 oghang. Isy! Ghamer jugok ahli PKR kat Felcra tu yerk.

    ReplyDelete
  3. Tp yg pasti ny Yong,AP Pasir Salak teman dengor akan bertanding di Parlimen Paghit.Bkn susah sngt UMNO nk bg tumpo ahli deme.Tahun 1999 AP Pasir Salak bertanding di Paghit,tumpo terus karier politik ny.Sudah2 ny dia tulis buku GETEK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sazaleeahya

      Oh, yeke? Kot gitu, ameno Parit akan gaduh.

      Apapun Yong tahu Parlimen Pasir Salak PKR. Sungai Manik PAS.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.