Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 12 March 2013

PAKATAN RAKYAT DALAM BAHAYA! KAWASAN PUTIH BN MENINGKAT SELEPAS BR1M DAN BL1M


INI SERIUS!

KPN kata Pakatan Rakyat bakal menawan Putrajaya!

Ahmad Maslan pulak kata BN berkemampuan menang 160 kerusi!

Komer jangan tertipu!

Tapi, mana satu yang betul ni?

*********************

Apakah hasil risikan BN yang sebenarnya?

Meh baca ini.

Adakah Perak akan berjaya dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat?

Dari sumber risikan, Sungai Manik, Kampung Gajah dan Pangkor adalah tiga kawasan putih selain beberapa kawasan di Perak.

Bagi Parlimen pula, Lumut dan Pasir Salak juga kawasan putih. Ya, dulu Lumut dan Pasir Salak kawasan kelabu. Walau bagaimanapun, semua kawasan di Ipoh adalah kawasan hitam. Begitu juga Parit, Gopeng dan Teluk Intan. 

Apakah makna kawasan putih? Maknanya ia kawasan yang berpotensi bagi UMNO untuk menang! Kawasan kelabu pula adalah 50-50. Kawasan hitam maknanya BN akan kalah.

Usaha BN yang berlipat ganda di Lumut...Hahaha...jangan lupa ia juga tempat tentera laut, telah merubah kedudukannya dari kelabu menjadi putih.

Lumut ni dekat di hati Zambry, weh! PAS dan DAP jangan lupa dan PKR jangan tidor!

Di Pasir Salak pula, pecah-belah yang berlaku dalam cabang PKR adalah salah satu dari punca kawasan itu berubah warna. Tahniah pada geng X-UMNO yang suka membuat onar dan akhirnya kembali ke pangkuan UMNO. Selain itu pertukaran calon, dari Tajuddin ke Zainol Fadzi juga satu faktor yang positif buat BN.

Di sebelah Utara Perak, ada kawasan kelabu dan ada yang putih. Contohnya, Gerik adalah kawasan putih. Komer mungkin nak tahu. Bukit Gantang warna apa? Jawabnya, masih kekal kelabu.

Kelantan masih dikuasai PAS tetapi bermasalah.

Maklumat di Kelantan pula menunjukkan Parlimen Gua Musang, Jeli dan Bachok adalah kawasan putih. Dulu Bachok kawasan kelabu. Tetapi disebabkan wakilnya yang hampeh, ia telah berubah warna. UMNO mendapat faedah dari kelakuan ahli Majlis Syura PAS yang flip-flop, konon mahu Tengku Razaleigh jadi PM, dan membiarkan isu Nasharuddin Mat Isa berterusan dari gatal-gatal sampai menjadi kayap ular. PAS perlu keras hati memilih calon untuk Bachok kalau mahu menang.

Sementara itu Pasir Mas kekal sebagai kawasan kelabu. Ini bermakna akan berlaku pertarungan sengit, tak kira katak atau UMNO ori yang bertanding menentang PAS.

Keseluruhannya, BN menjangkakan akan menang sebanyak 95 kerusi Parlimen. Selebihnya, 80 kerusi dijangka dimenangi oleh Pakatan Rayat dan 47 kerusi adalah kawasan kelabu! Ini bermakna untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi, Pakatan Rakyat harus berusaha dengan lebih giat lagi di kawasan kelabu.

Jika dikira dari segi peratusan, BN = 42.7%; PR = 36.0%; Tidak Pasti = 21.3%

Perubahan ini menunjukkan peningkatan sokongan kepada BN. Ia berlaku selepas pelancaran BR1M dan BL1M.

BR1M dan BL1M, walaupun kesannya jangka pendik, tetap dihargai oleh penduduk luar bandar yang miskin.

Benar! Populariti Najib merudum. Tetapi sokongan pada BN, menurut risikan demer meningkat. Mungkin kerana usaha Muhyuddin Yassin.

Itulah sebenarnya hasil risikan BN.

Yang menjadi rebutan ialah 21.3% kawasan kelabu.

*********************

Jangan terpedaya dengan kenyataan KPN.

Ini hanya strategi untuk mengendurkan usaha Pakatan Rakyat, supaya relax dan complacent.  

Ahmad Maslan pula inflate data penemuan demer sendiri untuk confusekan strategi Pakatan Rakyat. Walau apapun Pakatan Rakyat tidak boleh ekelehkan kenyataan Ahmad Maslan.

Setakat ini Yong belum mendapat petunjuk mana lagi kawasan kelabu.

PM masih takut bubarkan Parlimen kerana jumlah kawasan putih belum jadi majoriti.

PEMIMPIN PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT, BERHENTILAH DARI MEMBERI PELURU KEPADA MUSUH!

SELAMAT BERJUANG

JOM SELAMATKAN MALAYSIA

TOLAK UMNO, TOLAK BN

3 comments:

  1. Kuale roper mana Yong?
    Ntah-ntah melingkup juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Kawasan kelabu. Kena berentap weh!

      Delete
  2. Salaam Kak Yong,

    Usah dirisokan sangat hal PRU13 ni. Entahkan jadi entahkan tidak. Alih-alih besuk BN pun bukan PR pun bukan. Yg jadi PM nanti orang yang dulunya kita pernah berselisih bahu, tersadung dan terlanggar. Orang yang dulunya kita hina dan caci maki. Dia pulak yang akan naik jadi PM.

    Demokrasi bahkan apa juga fahaman selain Islam adalah ciptaan Yahudi, senjata sulit untuk memusnahkan agama selain agama menyembah syaitan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.