Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 9 March 2013

KERAJAAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN WASATIYYAH MENANGANI PENCEROBOH? ALAHAI...

Mula-mula Yong ingat dah salah baca. Yong baca lagi...


Ini kes profesor dah kena sindrom penyakit apa pulak? 

Profesor ini nak ajar mahasiswa jadi apa?

Peninnn!

Kenapa nak wasatiyyah bila menangani masalah penceroboh? Adakah kerana Menteri dalam negeri kata demer bukan pengganas? Bukan militan? Alahai...

Oleh kerana nak "wasatiyyah" sangat, polis Malaysia dibunuh dan mayat demer diperlakukan dengan kejam! 

WASATIYYAH?

Cer komer baca apa dia kata dalam surat kabar ini. Komer boleh tengok berita lengkap di sini. Yong petik sebahagiannya:

WASATIYYAH PADA PENCEROBOH

Datuk profesor tengok gambor dibawah ini. Ada beratus-ratus lagi gambar bagaimana kerajaan yang dipegang BN menangani tuntutan rakyatnya.

Di mana wasatiyyah?

TERAJANG KEPADA WARGANEGARA SENDIRI!

Kedaulatan negara dicabar oleh segerombolan penceroboh, kita buat pendekatan wasatiyyah. Sekumpulan rakyat Malaysia mahu berhimpun kerana menuntut piliharaya bersih, kerajaan tendang terajang, baling dengan gas pemedih mata dan siram air asid.

WASATIYYAH??

Mufti, Jati, Perkasa, Isma - betulkah ini wasatiyyah?

Kalau iapun nak mengampu kerajaan yang "wasatiyyah" ini, cariler contoh lain! Menggunakan contoh penceroboh tentera "Kesultanan Sulu" sebagai pendekatan konsep "Wasatiyyah" ameno ibarat menabur garam pada luka parah rakyat sahaja!

JOM UBAH

TOLAK UMNO, TOLAK BN

3 comments:

  1. wakaka.. yong! mau tercabut gigi profesor ni.. wasatiyah sangat lah tu... buat malu saja. Universiti mana dia ni yong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Rasernya dia masih di UIA. Heheheh...Jangan pulak buruk sangka semua pensyarah UIA macam tu pemikirannya. Yong kenal beberapa orang pensyarah UIA bidang yang berkait dengan Islam yang sangat tinggi ilmunya.

      Delete
  2. proff...kalu nok ngulas..ngulas dgn betol...ni mato proff napok betol hok ni sajo..hok lain proff buto... nanti oghe cop proff kakong proff tersinggung..but your words has evidently demonstrated your ignorance power of thinking....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.