Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 7 March 2013

ORANG YANG MATI SYAHID MAYATNYA WANGI DAN TIDAK REPUT, KATA USTAZ

Mula-mula Yong nak "recapitulate" apa kata Menteri BN tentang masalah pendatang ini. Baca berita berikut:

SUMBER MALAYSIAKINI

Ternyata apa yang disebut Menteri itu bohong belaka. Projek IC berjalan dengan "jayanya" sehingga dikatakan ada diantara penceroboh itu didakwa memiliki kad pengenalan Malaysia! Baca di sini.

*********

Yong mulanya tak mahu menulis lagi bab pencerobohan gerombolan yang mengaku tentera kesultanan Sulu ini. Tetapi Yong dapati media alternatif gerombolan ini telah melancarkan perang saraf, seperti dakwaan bahawa perjuangan mereka untuk "mati syahid" dan sebagainya. Sedangkan kita pun sedia maklum, di Sulu sendiri, tiada penyatuan Islam dan terjadi pecah belah, kerana ada pihak lain yang juga mengaku waris kesultanan Sulu.

MENGAKU KEBUMIKAN RAKAN DAN SANGGUP MATI

Berdasarkan teori ekologi, setiap yang mati akan reput menjadi sebahagian dari tanah. Tetapi ustaz Yong masa mengaji dulu, pernah beritahu, mayat orang mati syahid tidak akan dimakan tanah dan tidak reput. Allah Maha Pencipta yang mencipta ekologi boleh membuat apa-apa saja mengikut kehendakNya. Mayat para syuhada yang tidak reput adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan kasih sayangNya terhadap hambaNya yang berjuang di jalan Allah.

Gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia menunjukkan mayat-mayat penceroboh telah "decompose" atau mereput. Maaf, gambar Yong dulu tak jelas, sebab diambil dari TV. Tapi gambar dari Bernama lebih jelas. Komer cari sendiri, sebab bagi Yong gambar itu gory sangat.

Ketua penceroboh pun telah mengaku mengkebumikan mayat rakan demer yang terbunuh.

Mayat tentera "Kesultanan Sulu" yang didedahkan itu dalam keadaan mula mereput menunjukkan demer dah mati beberapa hari. Maknanya, kalau ikut kata ustaz, mayat dalam gambar itu bukan mati syahid.

Sanggup mati dan mati syahid tidak sama.

Harap pihak forensic Malaysia dapat mengesahkan identiti mayat yang ditemui itu.

Yong berpendapat bloggers Malaysia harus bijak memilih kenyataan (dari ketua yang mengaku waris kesultanan sulu) yang mana patut disiarkan. Jangan kita secara tidak langsung terperangkap dalam jaringan perang saraf penceroboh. Demer adalah musuh.

Walau bagaimanapun, pandangan Yong ini tidak merubah hakikat bahawa Kabinet BN lembab dalam menangani masalah pendatang yang ramai.

Sila baca dan sebarkan kepada ayah, emak, mak long, angah, opah, atuk etc.. N3 Yong dahulu tentang bahayanya pendatang ini terhadap kedaulatan negara di sini.

Masalah tidak akan selesai kalau kita tidak ubah dasar awam negara!

Bagaimana nak ubah dasar awam negara?


JOM UBAH

TOLAK UMNO, TOLAK BN

3 comments:

  1. MATI SYAHID ialah kerana mempertahankan agama sahaja...kerana bangsa tak masuk dalam buku la.....jadi niat tu kena betul jgn suka2 main rembat cakap sedap mulut nya...sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rosiah

      Yang kata tenteranya mati syahid tu geng Sultan Kiram tu...Bukan itu saja, demer kata askar kita kafir yahudi. Tak percaya, jalan2 je tengok blog demer. Sakit hati bila membacanya. Tapi itulah teknik perang saraf demer untuk mendapat simpati antarabangsa.

      Jadi, kita kena hati2 jugak. Jangan tolong cut and paste kenyataan genga Sultan Kiram ni tanpa analisis.

      Delete
  2. Salam yong . Sebab tu teman bila orang cakap doakan keselamatan anggota keselamatan yang dok bertempor tu . Teman rasa malu nak aminkan . Cer miker pikior adakah kerana agama .bangsa .tanahair .pangkat .gaji dll,
    sedangkan bila kita kaji cara berperang tentera nabi untuk syahid kerana Allah amat jauh beza dengan yang ada hari ini . Walau pun teman sendiri tak mampu . Nak jaga perang lima waktu pun teman kadang tumpor . Nanti ada yang marah . .Tapi kerana Allah teman tuliskan juga la . .jangan jadi kan lahad datu satu medan gonzales untuk aleh pandangan rakyat .

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.