Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 23 April 2013

ADAKAH PENGUNDI POS HARI INI 23 APRIL AKAN MENJADI PENGUNDI HANTU PADA 5 MEI 2013?

Ingat lagi berita ini?

SPR sedia 2 dakwat berbeza
2013/04/13 - 00:25:43 AM Oleh Nazura Ngah Emel Kawan Cetak 

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan dua dakwat kekal yang berbeza pada hari pengundian awal dan pengundian biasa, sekali gus menangkis dakwaan tidak berasas bahawa akan berlaku pengundian semula oleh pengundi awal. 

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai perkara biasa menjelang pilihan raya umum, pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata perbezaan kedua-dua dakwat itu merangkumi warna, kandungan dan ketahanan yang telah teruji. 

Katanya, kajian menunjukkan dakwat kekal yang digunakan pada hari pengundian awal, 30 April ini mampu bertahan selama tujuh hari 

berbanding hanya tiga hari bagi dakwat yang digunakan pada hari pengundian biasa, 5 Mei depan. 

Rahsia warna terjamin 

“Malah, SPR juga menjamin kerahsiaan warna sehingga pada hari mengundi dan hanya pengundi pertama masing-masing bagi proses pengundian awal dan pengundian biasa yang akan mula tahu warna apa yang dicalit pada jari mereka. 

“Oleh itu, dakwaan bahawa akan berlaku calitan dakwat pada jari penduduk kampung dan warga tua lebih awal tidak berasas kerana pihak berkenaan tidak akan tahu warna dakwat yang digunakan pada hari mengundi,” katanya kepada BH. 

Beliau diminta mengulas tindakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli yang mempersoalkan ketahanan dakwat kekal ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi.
Ini kerana, beliau mendakwa sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari, sekali gus membolehkan pengundi awal mengundi semula pada hari pengundian biasa. 

SPR memiliki 10,000 botol dakwat kekal yang akan digunakan ke atas 250,000 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera, manakala 220,000 botol dakwat lagi akan digunakan pada hari pengundian biasa. 

Dapatkan penjelasan 

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta mana-mana parti politik yang belum memahami proses dan prosedur mengundi termasuk yang berkaitan isu teknikal mendapatkan penjelasan tepat sama ada menghubungi SPR atau mendapatkan maklumat di web www.pru13.gov.my. 

Sementara itu, beliau berkata, SPR turut menjamin kerahsiaan pengundi termasuk siapa yang diundi dan dakwaan mengatakan undi tidak lagi rahsia adalah satu pembohongan besar semata-mata untuk memberikan imej negatif terhadap suruhanjaya itu. 

Katanya, nombor siri yang tercatat pada kertas undi adalah untuk memastikan undi itu dimasukkan ke dalam saluran yang tepat, bukan bertujuan untuk mengenal pasti identiti pengundi.

Malah, katanya kerani ketiga yang ditugaskan untuk mengoyak dan mengedarkan kertas undi tidak dibenarkan sama sekali memegang alat tulis.

SUMBER: BERITA HARIAN 

Jika pengundian awal dijalankan pada 30 April; pada 5 Mei, dakwat kekal masih kelihatan. Jadi mengundi kali kedua dapat dielakkan. 

Tapi ada berita menyebut pengundi pos mula mengundi hari ini! Yong cut and paste dari blog GB

Berikut mesej yang dihantar oleh pengundi pos berkenaan:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yang ada 

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi 

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi 

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2.. 

Beliau turut mendedahkan bukti kertas undi...

Kalau mengundi hari ini, dakwat kekal sudah tidak dapat dikesan pada 5 Mei kerana kata SPR ia mampu bertahan selama 7 hari sahaja.

Apa sudah jadi?

Tiada angin, tapi pokok sudah goyang?

Beruk mana yang mengoyang pokok?

SPR dan PDRM tolong jelaskan. Benarkan berita ini?

APESAL ADA PENGISYTIHARAN IDENTITI? BUKANKAH UNDI ITU RAHSIA? 

Kalau berita ini benar, jom kita ramai-ramai buat laporan polis!! Rakyat tidak mahu institusi ini dilacurkan demi kelangsungan pemerintah yang zalim!

TOLAK PENGKHIANATAN UNDI
TOLAK UMNO
TOLAK BN


5 comments:

  1. pengundi pos tidak dikenakan dakwat kekal - maklumat spr semasa taklimat petugas spr bagi P064 IPOH TIMUR di dewan bandaran

    ReplyDelete
  2. Kantoi! Jawapan fitnah ini ada di sini
    http://notakanan.blogspot.com/2013/04/undi-pos-polis-usaha-memburukkan-imej.html

    ReplyDelete
  3. DeeDee Yong...

    Sabor.. sabor... itu jer la cara SPR nak tolong BN... kesian la kat BN... hehehe... Itu hari Geng Rusila pon tolong BN gak... nak bagi BN kekal memerintah....

    Abang Adik la katakan.... hehehe

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Nak bertanding buatle bertanding macam anak jantan! janganle ngelat!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.