Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 24 April 2013

KAWASAN PUTIH BN TERUS MERUDUM, MASIHKAH HUSAM MUSA AKAN HILANG WANG PERTARUHAN?

Dari hari penamaan calon sehingga kini, maklumat dalaman mendapati kawasan putih (kawasan selamat) BN bagi Parlimen tinggal 80 kerusi sahaja!


Ini bermakna, 222 - 80 = 142 kerusi tidak selamat.

Oit. PR Jangan seronok dulu. Bilangan 142 kerusi itu ialah kawasan kelabu dan hitam. Kawasan hitam (anggaran) = 82-90 kerusi. Di sini PR dijangka menang. Selebihnya antara 52-60 kerusi adalah kawasan kelabu, yang bermaksud peluang untuk menang bagi BN dan PR ialah 50-50. Anggaran ini termasuk kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak.

Risikan juga menyebut Putrajaya bukan lagi kawasan putih dan mudah dikuasai. Ini kerana bilangan pengundi Putrajaya telah bertambah hampir dua kali ganda.`

PUTRAJAYA PRU12

BN menang selesa di Putrajaya pada PRU13. Ini kerana jentera PAS tidak berfungsi dengan baik. Mungkin masalah resourses. Juga calon PAS yang menentang calon BN kurang dikenali. Orang pernah kata pada masa itu, letak tunggul buruk pun boleh menang, asalkan UMNO.

Berdasarkan peratusan mengundi ialah 81.42%, bilangan pengundi W.P. Putrajaya = 8,116 orang. Kini Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mencatat jumlah pengundi seramai 15,798 orang. Penambahan pengundi di Putrajaya tidak bermakna pertambahan sokongan kepada BN. Tunggul buruk tidak boleh diterima lagi.

Kalau dianalisis gambar-gambar dari kedua pihak, ternyata kedudukan sekarang sudah 50-50. Walaupun Datuk Husam Musa bukan orang Putrajaya, ini tidak jadi masalah bagi penyokong PAS dan pengundi kerana dia dikenali di seluruh negara.



Perang pilihanraya di Putrajaya agak aneh. Ini kerana ia seolah-olah perang UMNO-PAS, walaupun peratusan bukan Melayu agak tinggi, lebih kurang 48%. Gambar-gambar tidak menonjolkan penyertaan kaum Cina dan kaum India, tidak seperti di Gopeng, Perak (lihat gambar bawah).

AKSI MENGERIKAN BN (AJIJOI

Dua gambar berikut adalah kehadiran pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Kalau 70% dari yang hadir ini penduduk Putrajaya dan mengundi PAS, bungkuslah UMNO Putrajaya.



Anak-anak muda pula amat kreatif dari segi menyelesaikan masalah hegemony governing body Putrajaya yang suka mencabut bendera Pakatan Rakyat. Syabbas Anak Muda!






Facebook P-125 Putrajaya, sekarang mendapat 24,061 likes. Jika 35% yang klik likes itu mengundi PAS, UMNO bungkus di Putrajaya. Ini berdasarkan anggaran 90% pengundi berdaftar di Putrajaya turun mengundi pada 5 Mei 2013.

Pakatan Rakyat wajar terus mendekati kaum-kaum Cina dan India di Putrajaya bagi mendapat sokongan dan undi. Jadi, jentera Pakatan tidak boleh complacent atau terlalu yakin.

JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

5 comments:

  1. kaum bukan melayu yang kerje gomen masih takut nak turun.. undi belum tentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHaiMuda

      Orang India agak sukar nak convince. Orang Cina masih boleh. Beberapa orang kawan Yong kerja gomen, bangsa Cina senyap2 dah berubah.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Wow... persoalannya sekarang nih... aderkah pengundi di Putrajaya berani untuk membuat perubahan.... mmmm....

    Budaya ugut masih lagi melingkari minda pengundi...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Kalau kita teruk dalam kepala otak demer BN akan kalah, demer tentu takut nak undi BN lagi...Kihkihkih.

      Delete
    2. kaum cina lebih cerdik dalam memilih parti yang boleh memberi keuntungan kepada mereka,penang sebagai contoh , masa PRU12 ,ada xkita tengok bangsa cina bising2? dalam senyap je pakatan menang.. diorang lebih celik dalam mencari pembaharuan tapi melayu tetap be**l dlm bab memilih calon yang dapat menjamin kesejahteraan semua.. "biar berok asalkan dacing" dah jadi sebahagian dari otak melayu(maaf)..kalu nak pilih IMAM untuk masjid putrajaya,pilih la D,husam..

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.