Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 9 April 2013

LEBIH RAMAI MELAYU AKAN BERTANDING PRU13 ATAS TIKET PR BERBANDING BN WALAUPUN TERMASUK PAPA GOMO! SEBARKAN!

Pertama; Agak-agak komer nanti individu yang mengaku Papa Gomo akan muncul pada hari penamaan calon?

Siapa ler yang bodoh piang nak mengaku tu?

Kedua; Adakah Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris layak bertanding dalam piliharaya? Baca analisis Yong bab kelayakan bekas penjenayah rasuah itu di sini dan di sini.

Tentu dia sudah dinasihati peguam tentang status kelayakannya sebagai calon dan risiko muncul di hari pencalonan.

Ketiga; Agak-agak komer termasuk Papa Gomo berapa calon BN Melayu yang akan bertanding dalam PRU13 ini?

Cer komer teliti data berikut ni:

SUMBER FESBUK DIN JAWA

Yong raser kedudukan ini takde perubahan aper-aper dalam PRU13, sebab:
  • Calon MIC tak bertanding di Lumut.
  • Calon UMNO tak bertanding di Behrang.
Tiada lagi nama Melayu, termasuk mamak yang akan mengganti calon bukan Melayu BN yang ada dalam senarai demer. 

Harus diingat, bilangan di atas termasuk ahli Parlimen berbangsa Bajau, Suluk, Orang Sungai (kalau ada), Bugis dan Melanau yang beragama Islam. Tanyalah demer sama ada demer akan mengaku Melayu. 

Harus diingat juga, bukan semua ahli UMNO itu Melayu, contohnya individu dalam gambar ini:

JOHN AMBROSE DARI PENAMPANG (ERAPASCA)

Calon Melayu PR pula akan bertambah kerana ada 2 orang Melayu dari DAP akan bertanding dalam PRU13 nanti. Yang dah konfim ialah:
  • Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz – yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.
  • Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang - sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.
Hakikatnya, lebih ramai Melayu dari Pakatan Rakyat akan bertanding dalam PRU13 berbanding dengan Melayu BN, walaupun senarai muktamad BN belum keluar!

UMNO mempertahankan kelestarian Melayu?

Orang bodoh jer yang percaya.

TAKBIR!

JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

4 comments:

  1. Masaalahnya ada dua... pertama apa yang ko tulis ni adalah benda yang tidak lojik dan masuk akal.... dlm BN umno semua melayu, tapi dlm PR hanya Pas saja yang melayu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello brader... better go & meet a doctor in that 1Malaysia clinic..Ops..mana da doktor sana..haha..

      Go do yer homework b4 tulih apa-2, leh tak? Get yer facts right! Mana pulak lu tahu semua dalam Um=No tu Melayu, brader? Salah tu..tu kelentong.. UmNo dah terbuka kpd peribumi, orang suku di Sabah.. go figure it out! Lu leh mati terkezut with yer own statement/blind faith..lol!

      PAS gak dah terbuka kat non-Islam...bawah sayap DHPP. Not 100% Melayu, orang Islam lah.

      Yang penting bukan saja berapa ramainya Melayu, orang Islam kat kerusi Perli-men tu TAPI kualiti,akauntabiliti, integriti, karektor orangnya..must be standout & be counted! Just make up the numbers tu la punca masalahnya selama hari ni MP macam haram ajer..tak produktif!


      Delete
    2. Salam Hanz

      Yong sengaja biarkan tak komen mamat yang kurang cerdik itu. Yong tahu akan ada pembaca cerdik yang balas. Terima kasih.

      Maca umno mempertikaikan PKR yang multi-racial. Di mana salahnya? Gerakan dan PPP juga multi-racial yang sudah didominasi 1 kaum. PBS, Berjaya, SUPP, PMS dan entah apa lagi parti di Sabah dan Sarawak itu juga multi-racial. What's the big deal?

      Delete
    3. Dalam UMNO mmg semua melayu...sampai mamak pun bole jadi melayu..lebih melayu pada melayu lagi...kat malaysia je ada spesies melayu cam ni....melayu 1 malaysia...hidup melayu...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.