Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 2 April 2013

CABAR DSAI - SUDAHKAH PAPA GOMO MENJALANI HUKUMANNYA SETELAH DISABITKAN RASUAH?

Riuh-rendah dalam blogosphere Papa Gomo mencabar Anwar Ibrahim.

Mencabar apa tu? Bertanding dalam pilihanraya?

Maka bersoraklah segala pencacai menyokong Papa Gomo!

Kali ini Yong guna nama Papa Gomo, bukan Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris kerana yakin keduanya adalah orang yang sama.

Sebelum sokong Papa Gomo bertanding dalam pilihanraya, baca dulu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mortadza Bin Nazarene mengenai kedudukan Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris sebagai anggota polis (IMAGE 1). Mengikut kenyataan polis Wan Muhammad Azri telah dibuang kerja pada 06 September 2012.

Baca seterusnya...

IMAGE 1: BUKAN PENGUNDI HANTU, TAPI PENJENAYAH

Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris pula mengaku dia adalah Ketua Eksekutif KL Pos Media & Production Sdn Bhd.

Semasa kesnya berjalan dia sedang memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif KL Pos Media & Production Sdn Bhd. Adakah ketika itu dia telah digantung dari jawatan polis? Kalau tidak bagaimana dia boleh memegang jawatan dalam sektor swasta sedangkan dia masih lagi anggota polis?

Aneh! 1Malaysia yang aneh!

Tapi itu bukan persoalan besar.

Kenapa bukan? Kerana menurut undang-undang Malaysia, seseorang yang telah disabitkan dalam sesuatu kes jenayah dan telah dipenjarakan dilarang terlibat dalam politik selama 5 tahun. Selepas 5 tahun dia harus membuat rayuan untuk berpolitik.

Keadaan ini berlaku kepada Anwar Ibrahim. Beliau telah dibebaskan pada 14 April 2003; tetapi hanya boleh bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada 28 Ogos 2008. Ini kerana pada PRU12, yang diadakan pada bulan Mac 2008, tempoh 5 tahun belum mencukupi.

Sudahkah Papa Gomo menjalani hukuman penjara tersebut? (IMAGE 2)

IMAGE 2: HUKUMAN DENDA DAN PENJARA DISEBUT

Hahahaha....Berangan le Papa Gomo. Jika dia disabitkan kesalahan pada 6 September 2012, dia kena menunggu sehingga tahun 2017 baru boleh berpolitik secara aktif, jika peraturan yang sama dikuatkuasakan.

Malaysia negara yang bermoral! Peraturan ini BN yang buat. Hahaha!

INGAT, KALAU DIA NAK BERTANDING DIA KENA PAKAI NAMA SEBENARNYA WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS.

MASALAH BESAR JIKA MENGAKU PAPA GOMO DAN WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS ADALAH ORANG YANG SAMA.

SAMAN BERATUS JUTA SEDANG MENUNGGU.

KANTOI LAGI!

TOLAK FITNAH
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

2 comments:

  1. Kau jadi polis pun makan rasuah..ni pula nak jadi yb...hilang akal dia ni..papagomo bertanding dengan ibrahim ali pun kompom tak menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dAn

      Gimmik murahan atau memang bodoh?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.