Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 25 April 2013

MENGAPA RIUH MACAM KAPAL NAK KARAM BILA MUNCUL HUDUD?

N3 ini ditulis atas permintaan pengunjung.

Semasa Yong pergi ke Italy. Bukan Yong nak bangga diri sebab dah jelajah banyak negara. Tapi Yong ke sana kerana kerja. Di sana Yong berkenalan dengan seorang ahli akademik dari Malaysia.

Alhamdulillah.

Ahli akademik ini ada PhD dalam bidang undang-undang perlembagaan. Cerita punya cerita, rupanya pernah jadi student Dr Aziz Bari dan student Allahyaham Prof. Ahmad Ibrahim. Biarlah bab itu. Yong no comment. Yong pun taknak dedah siapa dia sebab dia masih bertugas di sebuah universiti. Yong tak nak dia pulak jadi macam gurunya, kena tendang dari universiti.

Dia mengaku menjadi salah seorang daripada cendekiawan yang diajak berbincang oleh PAS dalam beberapa discourse (wacana) berkaitan hukum hudud. Ini kerana PAS mahu melihat implikasinya hukum hudud ini pada Perlembagaan Persekutuan.

"Sebagai orang Islam, saya menyokong hudud. Tak sokong hudud, berdosa," Tegasnya.

PEMIMPIN ISLAM UMNO MENOLAK HUDUD

Maknanya PAS menyusun umdang-undang (hukum Hudud) ini bukan ikut semberono sahaja. PAS telah mengadakan banyak perbincangan, wacana, brain-storming etc.

Bukan seperti yang didakwa oleh UMNO: Itu hudud PAS.

ULAMA MUDA SOKONG SOI LEK?

Yong sokong hukum hudud. Bagi Yong tiada hudud PAS. 

Soi lek tak sokong kita tak hairan sebab dia takut business judi dan arak rugi. Macam juga peguam-peguam yang takut sumber cari makan terjejas (Karpal Singh?). Tapi bila ulama UMNO Fathul Bari pun cakap begitu, Yong jadi amat bimbang! Yong bukan bimbang dia berdosa kerana menolak hudud, atau memfitnah PAS dengan melabelkan hudud yang disusun PAS itu sebagai hudud PAS. Urusan dosa pahala urusan Allah. Tapi Yong bimbang dia akan mengheret orang Islam lain yang jahil sama-sama menolak hudud, lalu berdosa, disebabkan label yang dibuatnya!

Nauzubillahiminzalik!

Kalau ada hudud PAS, maknanya ada hudud UMNO. Tapi ADAkah hudud UMNO itu? TIADA!!

Bagaimana nak ADA hudud UMNO, kalau UMNO dah menolak hudud?

Macam peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagonya?

Jangan tanya APCO macam mana nak memerintah sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. 

Alangkah malunya!

DI DUNIA MALU, DI AKHIRAT? (SUMBER)

Adakah pelaksanaan hukum hudud itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia?

Cuba kita teliti Perkara 11, Fasal (1) (4) dan (5) dalam Perlembagaan Persekutuan

Perkara 11. Kebebasan beragama. 

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. 

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. 

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; 
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan 
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. 

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana- mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. 

PAS hanya menuntut apa yang hak bagi umat Islam di Malaysia, seperti yang disebut dalam Perkara 11, Fasal (1),

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. 

Melaksanakan hukum hudud adalah sebahagian daripada amalan agama Islam.

Hukum hudud bukan doktrin, kerana ia dari Allah. Jadi, ia tidak termasuk dalam pengembangan apa-apa doktrin (Fasal 4), ia juga tidak bertentangan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral (Fasal 5) kerana hukum hudud adalah bersifat manghalang dan mendidik demi keadilan, bukan menyusahkan. Ia juga bukan kepercayaan agama asing yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. Malahan ia value-added bagi sistem perundangan negara.

Perlembagaan Persekutuan tidak wajar digunakan untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud kerana ia sebahagian dari amalan yang wajib bagi umat Islam yang dijamin oleh Perlembagaan itu sendiri.

Hukum hudud wajib bagi umat Islam. Kalau wajib, maknanya berdosa menolaknya.

Kesimpulannya, Yong tidak nampak apa-apa kesalahan jika ulama PAS Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Dr Haron Din, mahu melaksanakan hudud. Kedua ulama hanya menuntut supaya umat Islam di Malaysia dibenarkan mengamalkan practices (amalan) agama kami tanpa kekangan dari undang-undang kafir. Mereka wajar disokong, bukan dicemoh.

Lebih menjadi kesalahan apabila kita menyokong ulama UMNO menolak hudud.

N3 video Soi Lek hina hudud di sini
N3 video Mahathir hina hudud di sini

PADA SAAT INI KITA WAJIB TERUS BERTEKAD BERSAMA KEDUA MURSYIDUL AM PAS 

JOM SELAMATKAN ISLAM DI MALAYSIA
TOLAK UMNO
TOLAK BN

3 comments:

  1. Salam yong. Teman blogger kecil mohon bertukar link.
    http://kopidantampal.blogspot.com/

    Terima kasih yong.

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    Mungkin Yong tak pernah tau bahawa gua pernah mengasaskan satu group radikal yang bertegas bahawa perlaksanaan hukum Allah (hudud, qisas dan ta'azir) mesti dilakukan walaupun sekadar berniat didalam hati...

    Hehehe... cumanya... kena pastikan bahawa perubahan dalam kuasa perlu ada barulah boleh dijalankan... Selain dari pilihan demokrasi untuk melaksanakan hudud... satu lagi pilihan aderlah yang cuba digarapkan oleh kumpulan gua... buat jer revolusi....

    Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Rasernya miker bukan satu geng dengan Roslan SMS. Sebab Roslan SMS masa budak2 macam nak buat revolusi. Sekarang dah jadi kawan Hassan Jati.
      Hmmm...

      Selemah2 iman ialah pasang niat baik, walaupun tak kesampaian. Takpele. Allah tau. Tapi terang2 menentang itu bab lain...sah berdosa.

      Yong takut dosa...Tak dapat nak bayangkan!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.