Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 26 April 2013

KITA JADIKAN SEL PENJARA ANWAR IBRAHIM DI SUNGAI BULOH TARIKAN PELANCONG

PENJARA SUNGAI BULOH

Komer ingat Yong terkehel tengkok masa bangun tidor pagi tadi? Hahaha...

Yong tak mengarut!

Bayangkan kalau dah takde sistem penjara seperti sekarang kerana kita dah guna hukum hudud!

Kita ada banyak penjara-penjara yang kosong.

Er...hampir kososng. Kerana yang taknak ikut hukum hudud sahaja (mungkin golongan kafir) yang kena duduk di sana.

Yong pernah buat praktikal masa student dulu di penjara Pulau Pinang. Praktikal itu selama 6 bulan.
  • Ada banduan yang baru berusia 27 tahun, tapi telah 13 kali keluar masuk penjara!
  • Ada banduan yang berusia 55 tahun - dipenjara setelah ditangkap khalwat dengan pasangan yang sebaya dengannya. Pakcik ini tak mampu bayar denda.
  • Ada banduan berusia 19 tahun, dipenjara 6 bulan kerana mencuri ayam.
  • Ada banduan berusia 28 tahun, dipenjara 8 tahun kerana menyamar sebagai polis dan meragut. Dia dipenjara 2 tahun bagi setiap kesalahan. Ada 4 kesalahan. Hukuman dijalankan berasingan.
  • Ada perogol dipenjara 3 tahun kerana merogol gadis bawah umur. Lima orang lagi yang turut merogol ketika itu masih bebas kerana mengaku tidak bersalah.
  • Ada mat gian dipenjara 2 tahun kerana mengedar dadah bersama adik lelakinya dan menjadikan isterinya pelacur.
  • Ada seorang gadis berusia 22 tahun dipenjara 2 tahun kerana menyamun sebuah kedai, sebab nak beli dadah. Nilai yang disamun RM60.00 sahaja.
Bior Yong dedahkan bangsa bekas banduan-banduan tersebut.
  • Banduan yang dipenjara 8 tahun dan perogol berbangsa India.
  • Banduan gadis berbangsa Cina.
  • Selebihnya Melayu Islam.
Ada ramai lagi Yong tak senaraikan di sini.

Mana peguam?

Komer fikirlah. Fikir dengan tenang. Adilkah hukuman itu?

********************

Apa kita nak buat dengan penjara yang banyak tu?

Penjara Sungai Buloh boleh jadi tarikan pelancong. Tentu ramai nak tengok macam mana rupa sel penjara Anwar Ibrahim, yang ketika itu sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Komer yang tak suka Anwar Ibrahim jangan nak hot pulak. Ini hak Yong untuk berharap. Tak salahkan?

Pelancong yang suka adventure, boleh cuba bermalam untuk merasa pengalaman jadi banduan! Hahaha...mat saleh suka adventure gini. Boleh kita buat siri live-on-TV, macam Survivor.

Peniaga kecil boleh guna sel-sel di bahagian luar untuk jualan survenir, etc...

Bayangkan berapa banyak dana yang dapat dijana melalui skim pelacongan ini.

Okay. Itu saja pagi ini Cao!

N3 serius Yong tentang hudud baca di sini

HUDUD ADALAH SEBAIK-BAIK UNDANG-UNDANG

JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

1 comment:

  1. teringat masa pi melawat penjara alcatraz waktu student dulu....memang boleh tarik pelancong...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.