Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 23 April 2013

SEBUAH EMAIL DARI ISTERI BEKAS MB SELANGOR

DUA MAT YANG DULU BERMUSUH SUDAH DUDUK DALAM SATU JEMAAH

Tengah hari tadi Yong buka email dan di dalamnya ada kiriman gambar di atas. Email itu datang dari isteri bekas MB yang baru jadi ahli PAS. Komer jangan tanya Yong isteri yang nombor berapa? Yong taknak menyibuk. Kalau Yong tahupun, takkan Yong nak bagi tahu.

Gambar di atas semua orang dah tengokpun. Yang penting bukan email itu. Tetapi apa di sebalik gambar dalam email itu.

Ketika melihat gambar itu Yong teringat sembang kami pagi itu. Ada beberapa isu yang dia sebut yang make sense kenapa bekas MB itu tak sanggup lagi duduk dalam UMNO. Isu itu juga membayangkan kekecewaan ahli UMNO terhadap pemerintahan Rosmah Mansor...oopps maksud Yong, suami Rosmah Mansor.

"Tan Sri dah letak jawatan Ketua Bahagian UMNO."

"Selangor akan kalah lagi." 

Itulah kata-kata isteri bekas MB ini, membuka sembang.

"Sebabnya?" tanya Yong.

"Calon BN tiada kualiti. Pendidikan biasa-biasa sahaja. Moral dipersoalkan. Ada kes khalwat..."

Katanya dia kenal calon-calon BN itu, termasuk yang dituduh ada kes khalwat.

"Diorang boleh menafikannya, tapi adakah pengundi percaya kerana gambar-gambar sudah tersebar di merata tempat?"

"Ada yang didakwa memiliki ijazah yang tidah sah." Yong tambah minyak petrol.

"Huh? Macam mana nak menang?"

Kalau calon BN menangpun, kata isteri bekas MB ini, bagaimana YB-YB BN ini nak debate di hadapan YB-YB Pakatan yang hebat-hebat tu?

Bagaimana YB-YB ini dapat membuat dasar dan strategi yang baik untuk rakyat kerana tak cukup ilmu pengetahuan?

Bila sebut tentang pemilihan Zulkifli Nordin, dia ketawa, "Zulkifli Nordin selalu mengata orang sex bebas, sebab tu kena kat diri dia sendiri. Tengok gambar dia, mukanya macam malu-malu. Macam pompuan. Lucu" Katanya.

Hahaha...

Yong tak letak gambor dia. Taknak kotorkan page ini.

"Rosmah tu takde kementerian. Macam mana Permata boleh dapat peruntukan?" Katanya lagi.

MAKSUDNYA PERMATA INI (KL-TODAY)

Yong tak berapa mengikuti bab Permata ni. Setahu Yong, Rosmah Penaung jer, bukan CEO. Sebaiknya Permata ini dijadikan Yayasan dengan BOD, penyata kewangan tahunan, etc. Baru telus.

"Najib nak menang sebab nak selamatkan dirinya, bukannya Melayu." 

Bukan Yong kata. Isteri bekas MB yang kata.

"Tak larat lagi diperintah BN." 

"I nak tahu siapa arah bunuh Altantuya."

Demikian kata-kata penutupnya dalam sembang kami.

Bersambung***

Sembang dulu yang berkaitan di sini

JOM UBAH
TOLAK PENYELEWENGAN
TOLAK UMNO
TOLAK BN


6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Wow... level tinggi cable nampak... hahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Dari dulu lagi memang ada yang bolej dijadikan cable. Tapi Yong tak pernah guna. Yong percaya kepada kebolehan sendiri. Yong mahu barokah Allah.

      Delete
  2. Salam Yong.
    Seronok ni. Tak sabo tunggu sambungan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam armal

      Lusa mungkin ader sambungannya.

      Delete
  3. Yong punya pasei, maumati sakit darah tinggi teman nih! ada unsur suspen pulak dah! ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper,

      Sabor Yob. Jangan tak sabor.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.