Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 31 May 2015

APA HUBUNGAN ANTARA TOK USIN CEROI DENGAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN?

"Bila tok boleh jumpa hang?"

Suara keras bernada marah. Tersentak agaknya si Nurul.

Rakaman audio ini sudah viral dalam media sosial. Ramai sudah mendengarnya. Ramai juga yang membuat analisis, komen dan pertanyaan.

Ketika Yong dikirim audio ini, Yong bersoal-jawab dengan pengirim kerana Yong tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang mengedarkan bahan yang boleh jadi fitnah.

Tup-tup takdan sejam lepas tu, rakaman audio ini sudah jadi viral.

Apa yang menarik ialah rakaman audio ini muncul dalam FB Tok Usin Ceroi yang sekaligos membuktikan rakaman audio itu bukan rekaan. Rakaman itu disertakan dengan kenyataan/pengakuan dari TUC:

SIAPA YANG INGIN NAIK JADI ORANG NOMBOR DUA PAS?

Tok Usin Ceroi mendakwa dia diberi arahan bagi mendapatkan banyak pencalonan dari kawasan untuk tempat nombor dua dalam PAS.

Kita semua maklum siapa orang yang dimaksudkan.

Malahan gerombolan tersebut telah berbaiah di Kenyir:

DI SINIKAH BERMULANYA?

Bukan itu saja. Manusia yang menggelarkan dirinya Tok Usin Ceroi ini mengugut akan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Kononnya nak selamatkan jemaah. Yong sebut kononnya sebab apa yang dilakukan oleh Tok Usin Ceroi selama ini adalah sebaliknya.

BAGUSLAH KALAU SUDAH INSAF

Facebook TUC boleh di akses di sini


Setakat ini nama-nama yang disebut oleh TUC dan Nurul dalam rakaman audio itu masih membisu seribu bahasa. 

Tak kisah siapa Ustaz Tuan, Ustaz Mokhtar dan Ustaz Din yang dimaksudkan. Nak diam pun ikut suka kamu. Tetapi nama-nama itu sudah terkait dengan satu baiah di Kenyir. Nurul Islam turut bersekongkol di dalamnya.

Fitnah? Bohong?

Kalau TUC bohong maka nama-nama yang disebut itu harus tampil dan menafikannya.

Harus diingat Tuan Ibrahim Tuan Man adalah pemimpin PAS bertaraf Tuan Guru yang paling jarang menerima kritikan dalam media pro-Pakatan Rakyat (termasuk Yong). Tetapi setelah mendengar rakaman audio ini dan posting TUC, ramai yang persepsi melihat Tuan Ibrahim sebagai seorang yang "almost neutral" terhadap 2 pihak yang kini bertelagah, telah hancur berkecai.

Tuan Ibrahim yang pernah menegur TUC secara suam-suam kuku supaya menutup facebooknya itu dilihat tidak ada beza dengan gerombolan yang suka melabel pihak yang tidak sependapat dengan mereka.

Malang sekali prasangka buruk terhadap pejuang PAS yang lama seperti Mat Sabu, Husam Musa dan lain-lain telah bersarang dalam jiwa gerombolan yang mengaku menyokong Kepimpinan Ulama.

Kini prasangka buruk itu ditambah baja dan vitamin oleh Presiden PAS sendiri:

WAJARKAH HAJI HADI KATA AHMAD AWANG CALON MENGIKUT TELUNJUK DAP? (HARAKAH)

Bukankah kita sewajarnya bersangka baik? Tetapi kenapa "ulama" PAS tidak boleh bersangka baik   terhadap ahli Jemaahnya sendiri tetapi boleh bersangka baik dengan UMNO?

BNBBC

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Surah Al-Hujuraat, Ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Terjemahan:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



18 comments:

  1. Salam Yong

    Nampaknya Najib akan jatuh kerana MDBgate manakala beberapa pemimpin PAS akan mendapat aib melalui Jebongate......heh he.... Allah Maha Kuasa

    ReplyDelete
  2. Inilah caturan politik malaysia...memilih pemimpin biar lah dr kalangan org yg benar2 boleh meminpim..memimpin ke jalan yg benar..berintegrasi..berwawasan..fitnah dan sewaktu dgn nya ada lah mainan pada pemimpin yg korup.....

    ReplyDelete
  3. Rakyat terutamanya rakyat kelantan dah lama dahagakan hudud kerana mereka lebih tahu nilai islam jika dibandingkan dgn dap.. bukan kita x pernah dakwahkan dap.. dah byk kali.. kita tak kesah kalau dap tak mahu terima dakwah kita.. yg kita kisah ialah bilamana mereka cuba menaja beberapa pemimpin tinggi pas utk jatuhkan kepimpinan sediada.. yg terbaru ada pemimpin tertinggi menyindir presiden pas pasal kes terengganu kalah pd tahun 2004 tanpa mengulas sedikit pun pd tahun yg sama karpal singh dan lim kit siang juga tewas manakala TGHH sendiri tetap menang di dun dan di parlimen (mungkin risau hilang jawatan pengerusi di PBA)!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegagalan haji hadi terserlah apabila tidak seorang pun rakan tahluf yang masuk islam

      Nak suruh penaja hudud bernama Najib pakai tudung tutup aurat pun hadi tak boleh dakwah

      Ustaz ke Ape hadi ni. Pendakwah atau kaki belit politik?

      Delete
    2. Wan Rosli

      Awak ada bukti DAP menaja pemimpin tertinggi untuk menjatuhkan Haji Hadi? Ada?

      Kalau tiada maknanya awak memfitnah.

      Setahu Yong DAP menaja banyak rumah untuk mangsa banjir di Kelantan.

      Ada berapa buah rumah yang ditaja oleh Haji Hadi? Ada berapa buah rumah ditaja oleh MSU?

      Delete
    3. Poodah... Apa ingat kelantan saja ke yg mau hudud.. ingat kelantan saja ka yg paling islamik... Stereotaip ja kata kelantan islamik..

      Delete
  4. Dalam pas sendiri masih ada lg org2 yg berkemampuan untuk membawa watak presiden dgn lebih baik insyllah lg jika di beri peluang tanpa merelaikan ikatan serta mampu menobatkan islam sebagai ikutan....

    ReplyDelete
  5. awas wan rasli tu penjilat jubur ,klu ada ustaz2 yg berak dan malas nak istinjak boleh le suuh si rasli tu jilat sampai bersih

    ReplyDelete
  6. Ni kantoi ke aper..
    kah kah kah Kah.
    aper citer oiiii....
    jenuh laaa jahit kain koyak lps neh...
    jgn koyak tang aurat tuu udah laaaa.
    buruk laaaa sangat kalo pekung org dah berbau...
    tak per..wala'2 jgn x wala'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fansuri

      Orang yang tak tahu malu tak kisah kainnya koyak.

      Delete
  7. postinh yong sebelum ni hongga ari ni menunjukkan yong mmg tak suka kem tghh.rasanya isea dilontarkan adalah pemikiran dap pkr.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. razak

      Di mana salahnya kalau Yong tak sokong presiden yang selalu ponteng sesi Parlemen? - selain mulut takde saringan.

      Delete
  8. Berhati-hati Kak yong , manusia yg bernama TUC memang tak boleh dipercayai salah saorng Dirty department PAS yg berbuat apa sahaja untuk memenangkan tuannya,End justify Means/matlamat menghalalkan cara,walaupun dia tahu ALLAH melarang mengondem sesaorng dengan JEBON, jebon loghat utara kg saya bermakna pencuri /penyamun telor ayam/ayam atau bahasa P.Ramlee gangter kg dusun. Ceroi bahasa utara kg saya maknanya nipis,kopi o ceroi or kopi o nipis, so bersamaan lah personalitynya keyakinan yg nipis, bos tak jumpa dgn dia dah merajuk, ungkit dah berhenti kerja, bila dah jumpa dipujuk oleh bos , sekarang dia u-turn balik membelasah siapa yg dia tak berkenan, Orang macam ni kalau kita rajin-rajin baca dalam surah al-baqarah kita jumpa salah satu jenis species dari 3 jenis specis manusia yg tuhan cipta.Wallahuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Omar

      TUC beberapa kali cuba kawan dengan Yong dengan menggunakan berbagai nama. Tapi sentiasa kantoi.

      InsyaAllah, jika kita ikhlas, Allah SWT selamatkan kita.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.