Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 2 April 2013

SIAPA NAIB KETUA PEMUDA BERGELAR "AYAHANDA" ORANG KANAN DATO' SERI MUHAMMAD RIDZWAN BIN SULAIMAN?

Walaupun Dato' Seri Muhammad Ridzwan Bin Sulaiman sudah kena tahan dan mengaku menyalurkan dana kepada yang didakwanya Sultan Sulu sebenar, iaitu Muedzul Lail Tan Kiram, pencacai terus mencanang cerita. Kini kononnya dia agen Anwar Ibrahim pulak.

Yong mulanya malas nak sambung N3 dulu bab Dato' Seri ini. Tapi, sebab pencacai masih terus-menerus cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pengganas Sulu, bior Yong sambung lagi kisah Dato' Seri dengan Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah yang dia terajui ini.

Tidak mungkin Dato' Seri ini bertindak sendiri memberi dana kepada individu yang disebutnya itu tanpa pengetahuan ahli jawatankuasanya dan "ayahanda-ayahanda" yang dilantiknya. Sebuah NGO perlu kelulusan AJKnya kalau hendak mengeluarkan dana yang banyak. Mustahil "ayahanda-ayahanda" tidak tahu undang-undang negara mengenai penggunaan dana pertubuhan, khususnya dalam menyalurkan "derma" kepada entiti asing!

Berapa ramai "ayahanda-ayahanda" itu?

Tanya polis sahaja. Ataupun tanya MKN yang sudah ada sistem canggih memantau kegiatan NGO. Jangan hanya memantau NGO pro-PR sahaja.

Yong tidak nafikan pertubuhan ini menyumbang pada program Freedom Flotilla (Lifeline 4 GAZA) dan lain-lain. 

Walau bagaimanapun, pertubuhan ini juga tidak dapat dinafikan adalah sekutu UMNO, kerana terdapat "ayahanda"nya yang memegang jawatan penting dalam UMNO. Siapa dia? 

Tengok sendirilah.

GAMBAR 1: AYAHANDA SONGKOK TINGGI (SUMBER FESBUK DEMER)

GAMBAR 2: AYAHANDA SONGKOK TINGGI PEMUDA UMNO (SUMBER FOTO DEMER)

GAMBAR 3: AYAHANDA AZMAN CHE MAT, NAIB KETUA PEMUDA BAHAGIAN ALOR GAJAH (SUMBER BLOG DEMER)

Yong menyemak mamat ini kerana tertarik dengan songkok tingginya yang menonjol. Yong takde nak korek siapa "ayahanda" yang lain...

Jadi, siapa sebenarnya penyokong Dato' Seri Muhammad Ridzwan Bin Sulaiman? 

Pemimpin UMNOlah yang jadi orang kanan Dato' Seri ini. Khairy Jamaluddin tak tahu ke? Ali Rustam pun tak tahu?

Jangan biarkan diri terus dipergunakan oleh pihak yang ada agenda sendiri. Jangan nampak kuman di seberang lautan, gajah di depan mata tak nampak.

Berhentilah mengaitkan Dato' Seri ini dengan Anwar Ibrahim. 

TOLAK FITNAH
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

4 comments:

  1. UMNO mulai nyanyuk dipenghujung hayat.

    http://kopidantampal.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anak Dunia

      Bukan nyanyuk. Demer sedor. Cuma panik tahap 100 tingkat.

      Delete
  2. A'kum Yong

    Adakah mana-mana Syaitan yang mengenal dan membuat perkara yang baik?
    Kerja mereka hanyalah adu-domba serta merekayasa fitnah dan golongan inilah yang dilaknat Allah dan dimurkai Rasulallah. Jadi kalau itu yang mereka pilih apa kita boleh buat? Lagi pun keturunan Azazil menggalak dan memberikan perlindungan kepada mereka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Itule Yong geram. Asyik buat fitnah tak berkesudahan. Apa yang demer cintakan hanya harta dunia. Demi harta itu demer nmenghalalkan yang dilarang Allah. Langsung tak takut hukum Akhirat.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.