Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 23 May 2013

JI-ES-TEA? ORANG ISLAM BOLEH MINUM KE? (CERITA BERGAMBAR)

Jangan kata orang kampung. Orang pekan pun tak faham apa benda yang Pakatan Rakyat riuh rendah tu. Lebih-lebih lagi kalau penyokong BN atau pencacai UMNO. Lagi demer blur!

GHEE ATAU MINYAK SAPI
+
AIR + AIS
+
DAUN TEH
= JI-AIS-TEA

Masih tak faham?

Lagipun, orang kampung yang miskin mana nak beli ghee dan daun teh, atau memiliki peti ais untuk buat kiub ais?

Tak faham jugak?

Okay. Sebenornya orang kampung yang miskin takkan terbeban dengan GST.

Sebab?

ORANG KAMPUNG YANG TAK TANAM PADI BELI BERAS HANCUR.
LEBIH MURAH DAN GUNA DUIT BR1M

BUAH PISANG DIJUAL PADA ORANG TENGAH.
BATANG PISANG BOLEH BUAT SAYUR

PUCUK PAKU KUTIP DALAM BELUKAR DI BELAKANG RUMAH.
SEBELUM BELUKAR HILANG BILA KRONI BUAT PROJEK PERUMAHAN

KULAT POKOK.
AMARAN: SILAP AMBIK BOLEH MENINGGAL

REBUNG!
BOLEH BUAT BUSINESS LAGI!

LAUK SIPUT BABI DIKUTIP DI LAMAN ATAU BELUKAR.
ORANG PERANCIS (NEGARA MAJU) DAH LAMA MAKAN BENDA INI.
AMARAN: HARAM BAGI ORANG ISLAM

SUP BERUDU
AMARAN: HARAM JUGA BAGI ORANG ISLAM

ULAT SAGO GORENG
SEBELUM POKOK SAGO HILANG KERANA PEMBALAKAN HARAM

TAKPE, BOLEH TANGKAP IKAN MACAM NI.
ADA BERANI?

TAKNAK GST?
BOLEH MULA BELAJAR HIDUP SEPERTI INI

Takpe KM dan ahli EXCOnya naik gaji. Demer kena bayor GST sebab tak makan makanan dalam gambor di atas dan tak cukup berani!

Terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana memberi kami GST. Terima kasih juga kepada pemimpin-pemimpin PR yang kepala batu sehingga memberi peluang kepada pengundi-pengundi memberi kami GST.

16 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Aiyark... serupa macam survivor series jer... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. gambar last tu mau kasi tukar caption: TAKNAK GST? PEGI DUDUK DLM UTAN, boh gambar tarzanoh omar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sam azmie

      Kesian penjawat awam dan swasta yang makan gaji. Semua benda di atas (kecuali siput, berudu dan ulat sago) terpaksa beli di hypermarket. Pasti ada GST! Bertuahnya rakyat Sarawak!

      Delete
  3. kita beli ayam goreng kasi ke umno dan kita sendiri makan siput babi? tak pe la ada jugak org melayu mkn ayam goreng..agak 2 nya mcm tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puspawangi

      Miker ada idea nak buat macam mana? Yong tinggal di bandar. Semua barang kena beli! Huhuhu!

      Delete
  4. Marah nampaknya Yong? Wak pun pelik dengan org Melayu ni.... majoriti pulak tu...dah ditawarkan oleh PR tak nak ambik, sanggup pangkah timbang senget kerana duit tak seberapa... Di Bukit Gambir ustaz kalah dengan BN yg diwakili org India... bukannya rasis, tapi fikirlah secara mendalam.... kan pernah dia org ugut tak nak sokong kalu wakil umno tak dicalunkan...pelik-pelik, yang syoknya lepas tu org melayu mengeluh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Unknown

      Tak boleh nak salahkan BN atau UMNO. Pengundi sendiri yang salah jika kehidupan kita semakin sempit, kerana rela ditipu.

      Padan muka sendiri.

      Delete
  5. Jom kita ramai2 masok utan. Ikut saranan noh omar. Atau lepak ovesee macam idea zahid. Punah ranah la jawabnya malaysia negeriku tercinta.. huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ajimie

      Ada duit lepak oversea. Takde duit masuk utan.

      Delete
  6. GST ni bagus kak Yong. Yang sokong UMNO pastinya sokong sangat-sangat idea yang 'bernas' orang atasan UmNo-BN yang cadang ni. Bila cukai tak langsung ni dikenakan secara total semua rakyat terkena, duk dalam utan pun, dalam gua pun, bila dia keluar utan, gua, dia pergi jalan-jalan cari makan kat pekan, beli panadol, topup, pasti dia kena bayar cukai GST ni. Walau orang tu miskin, serba-serbi kureng, duk lak kat bandar besar, baru la adil, kan semua kena bayar cukai.

    Teman rasa demer boleh lagi bangga & bersyukur dapat tolong kerajaan...ya ler, sebab dah dapat BR1M, 2.0 walaupun tak seberapa tu tapi sorang pemimpin UmNo yang bijak Matematik tu dah kira siap - RM43 something boleh ler rakyat beli barang dapur.

    Ditambah iklan di media perdana, demer yang sokong UmNo yakin BR1M ni dapat tolong sorang tu daripada zero to become a hero. Magnificent !

    Semua tak tertinggal, dipinggirkan oleh BN.. semua kena bayar cukai pasni. Rakyat didahulukan ler katakan, yek?

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Inilah cosmetic accounting paling canggih in the world. Memang adil saksama!

      Kita minta wakil rakyat PR tangkap ikang, tanam padi dan sayur dan pelihara ayam, itik, lembu etc...dan jual kat kita tanpa GST. Amacam?

      Komer yang pilih BN beli ler kat supermarket mydin...

      Delete
  7. Yang terkaya di Malaysia ni ialah orang Melayu,.... bukan Cina, bukan India. Kenapa???? Sebab orang Melayulah yang tak mahu PTPTN dihapuskan...orang Melayulah yang tak mahu pendidikan percuma...orang Melayulah yang tak mahu harga petrol diturunkan...orang Melayulah yang tak mahu TOL dihapuskan....orang Melayulah yang tak mahu harga kereta diturunkan.....orang Melayulah yang tak mahu .........kan..kan...kan. Padan muka kome Melayu yang dah mula nak layu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam antahberantah

      Kenapa orang Melayu jadi begini?

      Kerana ada pemimpin PR tak cukup iklas dalam berjuang! Ada yang jadi calon sebab nak merasa jadi YB sebelum mati! Lepas tu satu abukpun tarak untuk rakyat!

      Di belakang rakyat dia mengampu YB UMNO kerana nak dapat projek.

      Jadi, Allah bagi cash!

      Delete
  8. Salam Yong,

    Wak mulenye heran juge bile terbace tajuk posting tu. Bile dah bace ianye memang bikin Wak bertambah hairan.

    Ape2 pun Wak puji ini posting sangat menarik.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wak

      Sebenornya Yong nak tahu, halal ke GST ni? Mana dia jihad dan infaq yang dilaung2kan dulu? Mana maqasid syariah tu? Mana wasatiyyah? Mana ustaz Fathul Bari?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.