Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 11 September 2016

JAMZURI ARDANI - EH SIAPA MAMAT NI?

Entah kenapa tetiba teringin Yong perkenalkan hero-hero (aktivis) Amanah. Bukan apa, ramai yang tertanya-tanya dan ingin berkenalan. Sebenarnya merekalah unsung heroes of Amanah.

Ok. Biar Yong mula dengan mamat ini. Berdasarkan kelulusan akademik sarjana muda, mamat ini seorang jurutera. Tak kisahlah tu. Yang penting apa dalam pemikirannya. 

Biasanya jurutera ni pandai sambung wayar, sambung besi etc. Bukan sambung manusia (connecting people). Tapi jurutera daripada parti Amanah adalah istimewa.

JURUTERA AMANAH BERCAKAP PASAL EKONOMI 

Ooopps...terlajak puji. Yong bukan pemakan dedak yer. Amanah mana ada duit nak bagi dedak. Cybertrooper pun takde. 

Yong ulang, Amanah tiada cybertrooper.

Maka Pengarah Komunikasi (itulah jawatannya dalam parti sekarang) menjadi penyambung antara manusia. Yong tolong panjangkan ajer.

Sila baca dan hadam:


1 hr · Beranang · 

Saya ulangi pendirian saya:

Penubuhan parti Amanah adalah SATU JALAN KELUAR DAN PENYELESAIAN kepada perbezaan pemikiran politik di kalangan pimpinan dan aktivis PAS yang menyebabkan pertelingkahan dalaman yang kronik.

Sepatutnya perbezaan ini diurus secara lebih baik sepertimana yang dilakukan oleh almarhum Ust Fadhil Noor dan almarhum TGNA bagi mengelakkan perpecahan, tetapi Presiden PAS memilih untuk tidak mahu menguruskan perbezaan ini dan membiarkan ia menjadi semakin kronik.

Maka itu, sikap permusuhan pimpinan dan aktivis Pas terhadap Amanah adalah melambangkan kegagalan untuk berjiwa besar. Seolah-olahnya, mereka mahu memaksa aktivis parti yg sudah hilang keyakinan dengan halatuju parti untuk terus kekal dalam parti. Ini adalah sikap yang tidak munasabah. Lebih baik mati dari terpaksa berjuang dalam wadah yg sudah tidak diyakini lagi.

Maka, apa lagi jalan keluar dan penyelesaian kepada kemelut ini? Tidak ada jalan lain. Penubuhan sebuah parti baru yang mampu menempatkan para pimpinan dan aktivis ini untuk terus berjuang kerana mereka sudah tiada ruang dan keyakinan lagi di dalam Pas. Ini bukan soal kecewa kalah bertanding. Mereka yang berada di dalam Amanah ini sudah puluhan tahun berjuang dalam Pas dan kalah menang adalah asam garam dalam kehidupan mereka. Malah kebanyakan mereka adalah golongan yang "battle hardened" dalam perjuangan mereka. Ini lebih kepada soal keyakinan terhadap halatuju parti.

Apa untungnya Pas memusuhi Amanah? Kenapa sampai langsung tidak boleh berbincang dan bekerjasama? Mereka mahu Amanah dibubarkan untuk apa? Kemana ribuan para aktivis politik ini mahu terus berjuang kalau Amanah dibubarkan? Mereka ada idealisma mereka? Mereka ada visi politik mereka?

Sesungguhnya saya percaya, suatu hari Pas dan Amanah akan perlu duduk semeja demi kepentingan bersama. Mungkin hari ini Pas melihat ini tidak perlu kerana Amanah parti kecil dan. Pas parti besar. Tetapi saya yakin, situasi ini tidak lama. Amanah akan jadi sebuah parti besar dan berada di arus perdana. Masa akan menentukan.

Berjiwa besarlah wahai Pas!

********************

Yang bukan jurutera jangan terasa pulak yer. Nanti Yong perkenalkan hero-hero lain pulak.

Ok ok...UMNO pun ada jurutera juga. Tetapi bagaimana pemikiran jurutera mereka? Entahlah...Tak nampak ke mana halatuju otak dia orang:


Gambar kereta besar ini pula hanya hiasan.


SELAMAT BERKENALAN.

18 comments:

  1. Assalam Yong,

    Untuk pengetahuan Yong, bukan sahaja kepimpinan PAS merasakan tidak perlu mengurus perbezaan dgn bekas pimpinan yg pro DAP, malah kami jurutera2 dlm PAS pun rasa ia hanya akan membuang masa PAS shj.

    Kini sudah jelas terbukti unjuran Presiden PAS bahawa mereka barisan pro DAP.. So apa perlunya lagi kpd pengurusan perbezaan pemikiran dgn bekas pimpinan yg pro DAP!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      Mengaku jurutera. Tetapi kenapa sembunyi nama? Takut Jamzuri kenal awak?

      Delete
    2. Takkan soalan sebegini dtg dari Yong? Saya hanya jurutera biasa dalam PAS yg juga punyai hak untuk menyatakan pendapat serta persetujuan kami atas tindakan2 Presiden PAS selama ini. Tapi saya bukanlah hero spt yg dinobatkan oleh Yong kpd Ir Jamzuri..

      Delete
    3. Salam:

      Tuan jurutera,Ir, enginuer,saya sebagai jurutera yg sudah pencen,dan banyak berpengelaman >30thn di syarikat antarabangsa dan pernah mentadbir dan mengurus >200 jurutera.
      saya ingin bertanya pada tuan:
      sesaorang jurutera mesti mempunyai disiplin bekerja yg amat tinggi,andaikata tuan bekerja di bawah saorang pengurus di sebuah department yg function department itu mendapatkan project.Semasa company/ devison/budget/project meeting boss anda ada buat briefing tentang project baru segala parrticulars tentang project itu,termasuk,manpower, sale,cost of sale,profit,project management di prepare oleh tuan.Dengan bangganya boss tuan berkata insyallah project ini akan secured pada bla..bla..bla..Participants yg attend bukan calang2 orng,termasuk board of directors,Managing directors,GM dan yg paling happy ialah financial controller.
      Dan boss anda berjanji,segala detail akan diberi pada next meeting.Bila meeting yg ditunggu2 boss anda tak datang (dengar kabarnya berada di japan),anda jadi repnya..apa hujah anda ketika itu??.next following meeting boss anda tak datang lagi sekali lagi,dia ponteng apa hujah anda??bukan sekali dua,tapi bersiri.By year end budget meeting boss anda attend,dan bersama anda,apa lagi semua board of directors tertunggu-tunggu nak dengar sendiri daripada boss anda.Tapi apa jawapannya."Next year""..bila ada budget baru".

      Berbalik soalan saya diawal penulisan tadi,Adakah boss tuan itu patut dicontohi oleh jurutera2 lain,untuk memajukan syarikat.

      sekian dari jurutera pencen

      Delete
    4. Kalu ulamak pun ada jenis SU.. Xkn jurutera x der yg palSU....

      Delete
  2. Salam Yong..

    Nak amek... Dalam dok berbicara, dah keluar wakah mereka yg sombong dan dan bodoh. Cakap berdegar-degar mengenai Islam. Tapi hati dan akhlak nauzubillah.
    Namun kata-kata mereka itu berpatah balik je muka mereka sendiri. Pro UMNO atau musuh UMNO? Takpa la. Asalkan yg mengusahakan UG dah kenyang dengan dedak. Yang mengaku jurutera ni, walak jer la sampai mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      Sifat tawaduk itu sudah dilupakan kerana terlalu "consumed" dengan sifat penuh kebencian yang melampau. Mereka lupa Allah SWT sangat benci golongan yang angkuh dan sombong.

      Delete
  3. Yong. Saya dh meluat dgn kepimpinan Pas ni. Apa caranya.

    ReplyDelete
  4. Wak masih belum menjadi ahli mana2 parti. Duduk atas pagar yg hampir rebah disebabkan besi dah mula berkarat.
    Nak tanya ahli pas yang tersangat aktif, kenapa perku dikaitkan dengan dap, sikit2 dap. Suara tersebut dah senada dengan umno. Semua salah dap.dah xde modal. Dulu kes hudud, sekarang ruu 25? Dan paling mudah 2x5=6, lebih2 lagi swkarang makin eksyen. Tubuh blok ke3.pemimpin2 kanan sebahagian besaenya sah mula merapu. Dah dua macam seperti umno. Dah nampak 20k dah lari. Bila dato husam mula mengepak sayapnya, mungkin ahli pas akan jadi 20 k sahaja. Nak harap orang kampung masuk pas. Kirim salamlah, umno dah tabur beras sekampit dan wang 100.
    Dan akhirnya bila pohon dah hampir tumbang perlu tali umno, untuk elak rebah.jadi penasihat pun cukup.pas bukan kemaruk nak perintah negara. Nak tawan putrajaya jauh sekali.
    Umno kucarkacir sebab ketua.
    Pas pun hampir serupa.

    ReplyDelete
  5. Salam En. Ir Anonymous,

    Kata hari tu pergi oversea, rupa-rupanya over sana sini!!! Oversea Pulau Jerjak kot???

    Sudah-sudahlah menipu. Kalau Encik ni jurutera Malaysia patutlah stadium Terengganu runtuh. Tak pun LRT tak boleh jalan.

    Bodoh sangat. Mengaku jurutera tetapi percaya kalau ada no keahlian PAS masuk syurga, jurutera apa bodoh macam tu???

    ReplyDelete
  6. Jangan nak tipu , dalam PAS mana dah ade Jurutera.....yg tinggal cuma jurukera....melalak dan bergayut menfitnah orang...kononnya hanya mereka penganut Islam sebenar.Jurukera inilah bakal pengikut ISIS yg sanggup mati kerana taksubkan pemimpin.

    ReplyDelete
  7. Komen yg bagus....sikit sikit dap!jgn salahkan sesiapa sekiranya keahlian terus merosot...sikap suka menuding jari serta menyalahkan pihak lain tanpa menilai kelemahan sendiri pasti mengundang persepsi negetif bukan sahaja pd parti malah pada islam keseluruhannya.

    ReplyDelete
  8. En Ir Anonymous....
    Apa salahnya menyokong DAP. Mereka lebih mulia dari HAMNO yang dekat dihati Tuang Presideng dan Musyridul Ang....DAP tak pernah gadai tanah rezab melayu....DAP tak menyamung duit rakyat melalui skim tipu MDB, DAP tak kenakan GST yang membebangkan rakyat. Oleh itu DAP seribu kali lebih baik dari UMNO bahkan lebih baik dari PAS sebab DAP tak curi balak di Kelantan. Tuang Presideng mung royak DAP anti-Islang... UMNO Pong anti-Islang juga...mung tak caya tunggu tengok pembentangang pindaang rang undang-undang 355 nanti.. mung tengok sape nak maing wayang....

    ReplyDelete
  9. dalam PIS kan dah tinggal sigoblok, baik dr atau engineer otak ada tetapi tak ada akal.. bukan saya cakap tp dr mahfodz cakap.. baca jawapan dr mahfodz bila ditanya ketika pembersihan golongan profesional.. jadi ir jenis spesis yg tinggal dlm PIS

    ReplyDelete
  10. Hamba cumalah 'juruturap'. Tapi kalau takde juruturap hampir pasti xkn ada jurutera.. hahaaaha. So bergaduh lagi yer...
    Penyamun dok belasah duit rakyat kita dok perang bab remeh... ape daaa...

    ReplyDelete
  11. teruknya ko yong geng amanahlah yg membuat onar dan permusuhan dalam pas sejak sekian lama.merancang menggulingkan kepimpinan ulama.kalau org awam boleh ler ko temberang.aku sendiri bersama geng amanah dlm pas sebelum menjelma menjadi raksaksa.

    ReplyDelete
  12. Jurutera ni tak baca quran......patut tak paham setabuk pun......ulamak yg baca pun pun nengok bidio.....al maklum la politik matang aka istiqomah dlm pas. Elok la ir anonymous nasehat tontowi, kat mesia pun ada dan boleh tonton bidio.....baru profesional tu!

    ReplyDelete
  13. Salam En. Razak Ajak,

    Ulama yang sebenar adalah ulama yang mencontohi Rasulullah!!!

    Kalau dah namanya memaki hamun, ulama ke tu? Rasulullah berakhlak mulia, yang ulama semua bahasa kesat keluar ulama apa???

    Kalau dah bodoh nak mampos, Ulama ke tu??? Salah satu sifat Rasul ialah bijaksana. Kalau dah sampai cakap ada no keahlian PAS Allah kata lulus, masuk syurga cakap la bangang ke tak bangang???

    Kalau keluarkan kenyataan syirik, Ulama ke tu??? Haji Hadi pernah kata kalau tak taat kepada PAS, hilang akidah. Bukannya tak taat kepada Alaah dan Rasul-Nya hilang akidah!!! Ulama apa macam ni???

    3 perkara yang dipesan Rasulullah ketika pertama kali sampai ke Madinah, berilah salam, silaturrahim dan beri makan.

    Dalam Islam, menjawab salam adalah wajib!!! Ustaz Sidek Nor taknak jawab salam Ustaz Ahmad Awang bermaksud UStaz Sidek Nor melakukan perkara yang haram dan mungkar di sisi Islam!!!

    Baguslah korang sokong ulama bodoh dan mungkar!!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.