Dua hari selepas pilihanraya, seorang rakan yang UMNO pekat dari Johor menalipon Yong. Katanya dia risau begitu ramai China masuk Parlimen! Dia takut jadi macam Singapura!
Katanya dia terima dua Khalid di Selangor. Sebab demer orang Melayu. Tapi dia risau dua Khalid itu dikuasai Cina.
Aduhai! Apesal kawan Yong yang selama ini waras tetiba boleh jadi histeria! Yong tenangkan dia. Yong ceritakan padanya fakta sebenar. Dia terkejut. Rupanya dia dapat cerita yang salah.
Takpe jika komer dah baca sumber ini. Yong terbitkan dan maaf, Yong olah semula.
Takpe jika komer dah baca sumber ini. Yong terbitkan dan maaf, Yong olah semula.
Jelas dari contoh ini, bukan hanya tiada Cina yang mengambil alih tempat MP/ADUN Melayu, malahan ada MP/ADUN Melayu PR mengambil alih tempat MP/ADUN Cina dan India dari BN. Perhatikan:
KERUSI PARLIMEN:
- Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.
- Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.
- Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.
- Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.
- Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.
- Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.
- Khairil K. Johari (DAP) menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.
- Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.
- Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.
- Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.
- Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,
- Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.
- Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.
- Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.
- Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.
Di bawah ini pula calon PR Melayu yang kalah dengan calon Cina dan India BN. Kalau calon Melayu PR ini menang tentu lagi ramai wakil rakyat Melayu.
- Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).
- Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)
- Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)
- DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)
- DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
- DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)
- DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)
- DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)
- DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)
- DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)
- DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)
- DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)
- DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)
********************
Apakah inferen yang didapati dari data di atas?
- Bilangan MP Melayu bertambah seramai 7 orang.
- Bilangan ADUN Melayu bertambah seramai 8 orang.
- Bilangan ini tidak nampak kerana MP/ADUN ini duduk di kerusi pembangkang.
- BN meletakkan calon Cina/India di kawasan yang majoriti Melayu Islam.
- Orang Melayu menolak calon Melayu kerana hendak menangkan BN
- Orang Cina/India mengundi Melayu kerana hendak menangkan Pakatan Rakyat.
Jadi, siapakah yang jadi punca kemenangan 10 MP/ADUN Cina dan India itu? Bukankah orang Melayu sendiri? (Tidak termasuk 3 di Sabah).
Bukankah pemimpin UMNO juga yang menolak hudud?
YA ALLAH, SELAMATKAN MALAYSIA!
HENTIKAN SEGERA HASUTAN INI.
ANAK-ANAK KITA HENDAK BERSEKOLAH DENGAN AMAN.
KELUARGA KITA HENDAK HIDUP BERJIRAN DENGAN HARMONI.
IBU-IBU HENDAK MEMBELI-BELAH DI PASAR DENGAN SELAMAT.
TSUNAMI CINA HANYA BERLAKU DI NEGARA CHINA.
me infer the same sentiment.. Ya la kak yong..ape kene demer Melayu-UmNo kat populasi majoriti Melayu tak tolong menangkan calon Melayu PAS, PKR yg vs non-Malay.. Cakap berdegor-degor demer pejuang ketuanan Melayu, tapi tak tolong menangkan orang kita sendiri tapi tolong Bn yg letak Cina di DUn majoriti Melayu.. hampeh tui Me-layu!
ReplyDeleteDeeDee Yong...
ReplyDeleteDiorang nih semua dihasut oleh penghasut yang bodoh belaka... nak buat camana... hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot