Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 2 May 2013

KEGAGALAN DASAR EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN @ MAHATHIR YANG MAJLIS PROFESOR NEGARA TIDAK MAMPU SANGGAH


Ramai yang tidak tahu tentang pencapaian dasar ekonomi berasaskan pengetahuan yang diwar-warkan sejak zaman Tun Mahathir lagi. Ramai tidak tahu sebagaimana gagalnya DEB, begitulah gagalnya dasar ekonomi berasaskan pengetahuan ini.

Tahukah wahai para cendekiawan:

Sejak tahun 1998, telah ada badan antarabangsa yang tugasnya menilai prestasi perusahaan berasaskan pengetahuan di peringkat Dunia dan Asia. Hasil penilaiannya disenaraikan dalam the Most Admired Knowledge Enterprise (MAKE).

Perusahaan Berasaskan Pengetahuan Paling Dikagumi di Asia (Asia Most Admired Knowledge Enterprise), Asia-MAKE, ditubuhkan pada tahun 2002, adalah sebahagian dari kajian "Teleos MAKE program." Tujuannya adalah untuk mengiktiraf organisasi (yang diasaskan dan beribu pejabat di Asia) berdasarkan keupayaan mereka mewujudkan nilai pemegang saham atau meningkatkan nilai pemegang taruh (dalam kes organisasi awam dan bukan keuntungan) dalam menerajui perubahan kearah perusahaan berasaskan pengetahuan yang unggul. 

Panel penilaian bagi memilih Pemenang Asia-MAKE terdiri daripada eksekutif kanan Fortune Global 500 dan pengurus pengetahuan terkemuka serta pakar modal intelek. Dalam kajian MAKE Asia terdapat tiga pusingan. Dalam pusingan pertama, ahli panel pakar menamakan perusahaan yang diasaskan dan beribu pejabat di Asia.

Dari senarai calon, setiap ahli panel pakar kemudian menilai dan memilih maksimum tiga organisasi sebagai amalan terbaik. Organisasi yang dipilih oleh sekurang-kurangnya 5% daripada panel pakar diiktiraf sebagai finalis MAKE Asia. Dalam pusingan ketiga dan terakhir, Peserta MAKE Asia disenaraikan berdasarkan prestasi lapan dimensi pengetahuan yang membentuk rangka kerja MAKE dan dilihat sebagai pemacu kekayaan, seperti berikut:
  1. mewujud budaya perusahaan berasaskan pengetahuan
  2. membina pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan
  3. inovasi (R & D, kreativiti dan reka bentuk produk baru / penyelesaian / perkhidmatan dan penghantaran)
  4. memaksimum modal usaha intelektual
  5. perusahaan kerjasama dan perkongsian pengetahuan yang meluas
  6. mewujud sebuah organisasi pembelajaran
  7. menyampaikan nilai berasaskan pengetahuan pelanggan / pemegang taruh
  8. mentransformasi pengetahuan korporat kepada nilai pemegang saham / pemegang taruh.
Dimanakah kedudukan syarikat di Malaysia sejak tahun 2002? Berikut adalah pemenang anugerah Perusahaan Berasaskan Pengetahuan Paling Dikagumi di Asia (MAKE) bagi tahun 2012. Ada nampak syarikat di Malaysia? Tiada.

Malaysia tidak pernah tersenarai sejak tahun 2002!

SUMBER

Kalau kita lihat senarai Asia, Syarikat air Korea Selatan, Korea Water Resourses Corporation turut tersenarai. Bagi organisasi tidak bersifat keuntungan, juga tersenarai seperti Hong Kong Productivity Council (Hong Kong SAR, China) dan Singapore Armed Forces.

Di mana SYABAS yang CEOnya dapat gaji teramat lumayan itu?

Di peringkat dunia, Global-MAKE pula ditubuhkan pada tahun 1998. Senarai dari Asia-MAKE  Europe-MAKE dan North America-MAKE berpeluang untuk terpilih dimasukkan ke dalam Global-MAKE. 

Di peringkat Global, kita bertemu dengan syarikat gergasi Microsoft Corporation dan Toyota. 

Bukankah kita memiliki syarikat besar yang menduduki tempat teratas 100 dalam Fortune 500? Ya, kita ada PETRONAS yang dibangga-banggakan. Kita juga ada PROTON. Dua syarikat ini siapa penasihatnya? Pray tell.

Berikut prestasi kewangan PETRONAS dalam tempuh 3 tahun berdasarkan kenyataan FORTUNE GLOBAL 500.

HASIL TIDAK DITERJEMAH MENJADI EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN (SUMBER)

Tapi kita juga kalah dengan India dan negara industri baru, seperti Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.

Berikut adalah pemenang anugerah Perusahaan Berasaskan Pengetahuan Paling Dikagumi peringkat Global MAKE bagi tahun 2012.


Malunya Malaysia kalah dengan India yang selalu kita kata sebagai negara yang miskin!

Bagaimana Malaysia boleh tercicir bertahun-tahun?

Sengaja tidak mahu bersaing?

Senarai MAKE ini agenda Yahudi?

Salah Anwar Ibrahim?

Apa erti anugerah kepimpinan enterpreneur yang diterima setiap tahun kalau syarikat sendiri gagal menjana pekerja berasaskan pengetahuan (knowledge workers) dan meningkatkan modal intelek (intellectual capital) Malaysia?

Jawapannya mudah sahaja. Tidak ada syarikat GLC atau swasta sepenuhnya yang dapat memenuhi  kriteria prestasi lapan dimensi pengetahuan untuk menerima anugerah tersebut.

Inilah yang berlaku jika kita mempolitikkan GLC.

Adakah Majlis Profesor Negara boleh menafikan kegagalan ini? Sebagaimana majlis ini memperlekeh hasil kajian UMCEDEL? Adakah Majlis Profesor Negara akan membuat anugerah sendiri untuk menilai prestasi enterprise tempatan dan pesaing di seluruh dunia?

Setakat ini MPN buat apa untuk mempertingkatkan pengetahuan (leveraging of knowledge) di kalangan cendekiawan, mastercraft dan professional di Malaysia?

Harap penjawat awam di Putrajaya memahami hakikat ini.

Sesiapa tidak faham N3 kali ini Yong sedia membantu.

JOM UBAH
ABCD

Rujukan:

http://www.knowledgebusiness.com

http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2012/snapshots/6418.html

http://www.epu.gov.my/knowledgebasedeconomy

http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/58601d8862bbc11848257115001eab8f/56eed46b7a19ded1482571150032cf05?OpenDocument

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/340/bab-05-membangunkan-malaysia-menjadi-ekonomi-berasaskan-pengetahuan

5 comments:

  1. Dunia yang ada manusia, jin dan iblis ni bukan ada satu kaedah perfect untuk diurus. Asalkan kita peka dengan prinsip buat yang terbaik, insyaAllah kejayaan milik kita. Namun kejayaan itu juga buka bukan absolute. Interim je.. sikit-sikit....

    Dunia perfect ada ditempat lain. Itu kena cari sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Berita dari gunung

      Tiada yang perfect. Tetapi kita tetap kena berusaha.

      Jangan berbohong tentang kejayaan dan peningkatan yang tidak wujud.

      Delete
  2. Tinggi benor entry Yong kali ini.. Memang teman tak berapa nak paham..

    Tapi yang teman terasa benor bila pelaburan PNB teman pun tak perge ke mana.. Tak tahu la Yong perasan ke tidak setiap kali PNB nak agihkan dividen ASB dema kena buka dulu sahamamanah baru.. Dah macam skim Pak Man Telo pulak.. Ambil pelaburan baru untuk bagi dividen pemegang lama.. Sebab itu ASN/ASB tak pernahnya lepeh 10%..

    Bebenor la Yong, mana ada kualiti CEO dalam anak-anak syarikat PNB.. Yang itu jer teman tahu..

    Kesimpulannya K-ekonomi yang digembar-gemburkan tu hapah tak paedahnya kepada dema..

    Jom ubah, jom tukar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Yong seorang penganalisis dasar. Bukan bermakna Yong tahu semua. Banyak perkara Yong tidak tahu. Kita bercakap perkara yang kita tahu sahaja.

      Masalahnya, BN meletakkan CEO berdasarkan kriteria apa? Jika kriteria itu kerana membalas budi, kroni dan nepotism, maka hasilnya sudah tentu hampeh.

      Heran betul. Kenapa dividen tak pernah lebih 10% sedangkan syarikat untung? Baik melabur dalam al-Rajhi Bank.

      Yong ada buku ASB. Tak tahu letak kat mana. Ada le dua tiga hinggit. Tunggu PR memerintah, baru nak tambah.

      K-ekonomy pun dah macam ko.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.