Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 17 September 2014

MAT SABU YANG BERJIWA BESAR (VIDEO)

Tak perlu ada PhD. Tak perlu fasih berbahasa Arab. Tak perlu hafaz 30 juzu' al Quran.

Untuk jadi orang yang berjiwa besar, apa yang penting adalah sifat tawaddu' dan tidak sombong.

Itulah Mat Sabu.

Walaupun diberitakan kira-kira 50 orang pemuda PAS bertindak memalukan dengan keluar dari dewan semasa dia sedang berucap, Mat Sabu tetap menutup aib PAS.


Kalaulah kejadian itu berlaku kepada kamu (yang keluar dewan itu), adakah kamu akan menerimanya?

Itulah bezanya seorang yang istiqomah dalam perjuangan, berpuluh tahun dalam PAS dan menerima berbagai-bagai tekanan dan fitnah dengan golongan pemuda setahun jagung, tetapi sombong.

Firman Allah (SWT) dalam Surah Luqman, ayat 18:

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

(Luqman:18)

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Turn not thy cheek (for pride) in scorn toward folk , nor walk in insolence through the earth for Allah loveth not any arrogant boaster .

Kelulusan akademik yang tinggi adalah anugerah Allah yang perlu disyukuri melalui tindakan-tindakan yang mencerminkan keindahan Islam itu.

Pembelajaran, naik-taraf (upgrading) dan leveraging of knowledge (peningkatan dan pemanfaatan ilmu) itu adalah proses yang berterusan dalam kehidupan.

13 comments:

  1. Yong...apa nak kita gelar golongan ini? Teman setuju komen Yong tu...setahun jagong dan sombong....kekadang tu mereka tergelincir tanpa mereka sedari tindakan mereka tu mencerminkan unsur riak dan ujub......pentarbiahan yang half-cooked.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, biar saya jawab dulu sebelum Yong jawab. Nak digelar mungkar macam tak berapa nak kena, tapi kalau disebut mangkar lebih sesuai kut....

      Delete
    2. Salam Sterling dan Seniwoman

      Hahaha...Bagi Yong gelak dulu.

      Mangkar itu buah yang jatuh sebelum masak kan? Memang sesuai!

      Seriously, tindakan pemuda itu ibarat meludah ke langit. Diri sendiri yang malu kerana tindakan terburu-buru. Sedangkan Mat Sabu orang lama yang jauh tinggi pengalamannya berpolitik berbanding dengan budak-budak hingusan itu.

      Delete
  2. Mereka rasa mereka da hafal ayat alquran dan yang sedang bercakap tak hafal ayat al quran. Kepada mereka yang berjubah dan kopiah yang keluar semasa mat sabu berucap sorry to say saya gelarkan bukan half cooked.. tapi haram jadah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mohd shahran

      Tindakan itu biadap bukan hanya kepada Mat Sabu, tetapi juga kepada Suhaizan dan yang berada di pentas ketika itu. Konon nak perjuang Islam, tetapi tindakan sebaliknya.

      Delete
  3. Dok ngaji mano tu semangat jah lebih tapi strategi tadok sebab tu payah menang kerana perangai tidak cerdik malu kan jemaah Islam sahaja.Mereka rasa hebat sangat la tu bertindak macam tu.Malu kat kanak-kanak Taski je.Pemuda Pas kurang tarbiah la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Razak Jak,

      Bukan kurang tarbiyah. Tetapi salah tarbiyah @ salah asuhan.

      Delete
  4. Betu tu riak rasa lebih pada orang lain.Tadok tarbiah ulama macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada dalang yang merancang episod memalukan itu. Dalang tak ikut keluar kerana penakut.

      Delete
    2. Tok dalangnya pasti orang yg suka sangat ... :

      # Canang merata kononnya dia & puak aje le "Mendaulatkan kepimpinan ulamak" ... hat lain yang suka kritik TGHH, ulamak tu sbg "pengkhianat@bughah" !

      # PAS keluar PR & gerak solo..kononnya kuat prinsip & berdikari ?

      # Dapat realisasikan agenda "perpaduang ummah" dgn UmNo.

      Delete
  5. Sapa yang pernah jadi 'escord' Hj Mat Sabu, tentu tahu betapa kental semangat dan perjuangan beliau...sorang yang humble, xdak protocol mcm pemimpin lain...'hemoi' kata orang utara tetapi semangat beliau adalah semangat pada anak2 muda akar umbi PAS terdiri dari pelbagai lapisan dan profesionalism....Hj Mat Sabu mula berjuang sebelum puak2 pemuda tu nampak dunia....setakat pemuda kencin pun dok bau nestum lagi, Hj Mat x heran langsung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abah Atikah

      Betul. Sangat setuju. Walaupun jadual ketat, beliau tetap berusaha untuk menerima undangan kawasan yang menjemputnya - selalunya jika nak kumpul dana.

      Delete
  6. Salam prof !

    Kita nak tengok lebih ramai Ustaz yang Pro dalam politiking ni ! Yang hat ada smart looking saje, mungkin ilmu penuh di dada (atau hanya ilmu tu penuh di buku, kitab dia ada?? hehe) TAPI langsung tak smart in action. Kena ada jiwa besar, tawadduk sama !

    Deme agaknya yang tak paham politik, rasenya !

    Kita setuju TGHH, ulamak, MSU tu leaders & advisors TAPI soal perang taktikal, teknikal politik ni nampak sangat demer yang pro-Ustaz (ulamak, MSU ni) lemah gile, lembab & KASAR.. tak cerodik le senang cakap !! Yang dah bagus, baik, teruskan perjuangan, keep up the good work .. as simple as that!

    Ada ulamak yang mesti ada buat & cakap tersilap (kut ya pun bukan dosa).. as we care enough .. tu pasal kita tegur, kritik .. just for the better of things !



    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.