Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 15 May 2013

KISAH PANGGILAN TELEFON DARI PEJABAT NAJIB


Sempena perlantikan menteri-menteri BN yang baru hasil dari PRU yang penuh tipu muslihat, Yong nak hiburkan komer semua dengan sebuah kisah.

Seorang rakan, Suria (bukan nama sebenar) yang mengaku ahli UMNO menceritakan kisahnya yang lucu dan bizzare (amat pelik). Kisahnya begini:

Suria ialah seorang profesor di sebuah universiti. Oleh kerana Suria seorang yang rajin, dia berpeluang naik pangkat sampai ke tahap Naib Canselor.

Hari-hari yang ditunggu pun tiba. Naib Canselor pun bersara.

Isy! Takkan cepat sangat? Kat mana pulak silapnya skrip ni? Tunggu!

Naib Canselor ini sebenarnya tak mahu melepaskan jawatannya. Dia nak jawatan itu walaupun telah bersara - sebagai Naib-Canselor kontrak.

Nasibnya baik kerana dapat peluang menyambung tugas sebagai Naib Canselor kontrak. Tetapi dia amat bimbang jawatannya akan direbut oleh Suria. Ini kerana kononnya Suria mempunyai hubungan yang rapat dengan menteri-menteri, khususnya Najib.

Apa yang Naib Canselor kontrak ni buat untuk menghalang Suria dari merebut jawatannya?

Mula-mula dia pindahkan Suria ke jabatan lain. Dalam jabatan baru ini kedudukan Suria lebih rendah dari jawatan dulu, walaupun tahap skel tidak berubah - Jadi pensyarah biasa sahaja.

Kemudian dia berkempen memburuk-burukkan Suria demi merosakkan kredibiliti nemesisnya. Tapi semua kerja memburukkan Suria itu kantoi sebab Suria memiliki ramai "pengintip" tidak rasmi dalam Pejabat Naib Canselor.

Kesian! Makin lama makin desperate si Naib Canselor. 

Suatu hari ketika sedang mesyuarat, tiba-tiba Naib Canselor mendapat panggilan melalui HPnya. Dalam mesyuarat semua HP ditutup kecuali milik Naib Canselor.

Ketika bercakap, dia bersuara agak kuat seperti mahu semua ahli mesyuarat mendengar perbualannya. Dari buah butir perbualan itu seolah-olah Naib Canselor itu mendapat panggilan dari pejabat Najib.

Siapa Najib. Huh? Takkan itupun nak tanya?

Dalam perbualan itu kononnya Suria sedang berada di pejabat Najib. Antara perbualan macam ni:

"Oh iyeke? Suria ada di Pejabat PM?"

Suria berada di Pejabat Najib untuk membodek jawatan Naib Canselor!

Maka terperanjatlah semua ahli mesyuarat.

Sah, Suria memang tamak dan jahat!

Tetapi dua orang ahli mesyuarat (pengintip tak rasmi) rasa tak puas hati, terus minta diri keluar dari mesyuarat. Nak pergi toilet.

Di luar, mereka menalipun Suria bertanya kedudukannya.

Suria menyatakan dia berada di tempat kerjanya. Kedengaran suara bising-bising menandakan dia benar-benar sedang memberi kuliah.

Bagaimana Suria boleh berada di dua tempat pada waktu yang sama?

Siapa yang menalipon Naib Canselor?

Benarkah ada panggilan datang dari Pejabat Najib?

Kalau ada, takkan si pemanggil akan memberitahu dia, Suria sedang berada di pejabat Najib, sedangkan Suria berada jauh di tempat lain. Tiada kena mengena dengan PM. Apa perlunya pemanggil menipu Naib Canselor?

Hahaha…Sebenarnya tiada siapa dari Pejabat PM yang menalipon Naib Canselor.

Menteri-menteri baru dilantik. Kita tengok siapa penjawat awam yang akan ditendang - Naib Canselor, Ketua Pengarah, CEO GLC. Komer tunggu bahagian masing-masing. Kekal atau kena cantas?

Masing-masing yang kelihatan tak pro somebody-somebody sudah tentu tengah menggeletor!!!

Siapa yang akan jadi bahan lawak yang tragis?

Begitule dunia yang penuh kepura-puraan.

3 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Pening aaa... citer tue dah tamat ker... kat mana penamatnyer.... hahaha... sori gua memang tertinggal bas nih...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Hahaha...Macam tau2 jer. Citer memang belum tamat! Kita tunggu saper pencacai yang kena tendang dulu!

      Delete
  2. Masalahnya mentaliti org2 kampung ulu yg menerima berita bulat2 dari media. Terutama orang2 perempuan nih...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.