Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 11 May 2013

SIAPA YB PR SELANGOR YANG SELALU SENGAL-SENGAL?

TAHNIAH!

Tahniah kepada seluruh ADUN Selangor pilihan rakyat kerana bersatu menentang hasutan Syaitan. Tahniah kepada Dr Rani yang wala' dan tawaddu'. Tahniah juga kepada Azmin Ali yang licik. Selangor akan terus maju ke hadapan, InsyaAllah.

Semoga semua ADUN PR sehat wal-afiat. Takde selalu sakit sengal-sengal sehingga terpaksa buka banyak rumah urut. Wakaka.

Tapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditadbir oleh Datuk Bandar pencacai, yang selalu sakit sengal-sengal boleh pergi ke Jalan Thambypillay di Brickfields. 

Kat Selangor dah takde rumah urut yang baru sejak PR memerintah. Yang tumbuh itu rumah urut haram, katanya. Hmmm...bab ini rakyat minta Kerajaan Selangor lipatgandakan usaha untuk banteras!

Okay, bab sakit sengal-sengal badan ni memang senang jer nak ubat. Tapi yang sengal kepala otak dan hati itu yang payah. Ini bukan penyakit osteoarthritis, tapi cerebrum arthritis (sengal otak).

Penyakit cerebrum arthritis ini banyak menyerang YB-YB, kerana kerosakan yang berlaku pada thinking function (cerebrum). 



Sebelum PRU ada pemimpin yang berpenyakit ini - sanggup mengenepikan matlamat perjuangan PR untuk ke Putrajaya. Sehingga terjadi keengganan bertolak ansur and perebutan kerusi.

Lebih dahsyat bila penyakit ini diganding dengan cardiac arthritis (sengal hati). Penyakit ini bagi yang menang pilihanrraya akan melahirkan YB yang tamak dan khianat.


Tidak mungkin penyakit cerebrum arthritis dan cardiac arthritis boleh diubat dengan kaedah Allopathic medicine maupun Homeopathic treatment. Inilah yang menjadi masalah.

Kerajaan pimpinan Najib telah melancarkan banyak kaedah rawatan, wasatiyyah, maqasid syariah, tawaddu' etc..etc...Tapi semuanya tidak berkesan. Semuanya gagal kerana "tiada roh" kata bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Bin Muhd Taib.

Sebab itulah kita sokong Pakatan Rakyat.

 

Dulu Hassan Jati dijangkiti penyakit sengal ini yang dibawa katak-katak PKR. Agak-agak komer sekarang siapa YB PR yang akan dihinggapi penyakit sengal ini?

7 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Penyakit sengal otak rasanyer dihidapi oleh Zuraidah kot... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Mungkin lebih dari seorang!

      Delete
  2. Kalau masuk dalam soalan sains SPM 2014 haru nak menghafal nih! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam The Sniper

      Kalau jawab ikut perkembangan politik Selangor, boleh tak? Wakaka

      Delete
  3. Jika buat undian, saya Yong, akan pilih Tan Sri Khalid Ibrahim ,majoriti rakyat sekalipun dari PAS, mau kan Tan Sri Khalid sebab dia dah terbukti dah tu dia pakar ekonomi, rugi lah jika khidmat dia di sia sia kan, tak tau kenapa dengan Azmin? Dan YB Zuraidah, alahai Yong, macam bukan wakli rakyat, dia kena masuk kelas grooming bagaimana nak berdepan dengan pemberita, kena ada kelas cara cara berdepan dengan pemberita. Saya pun boleh cakap macam tu..! dah lah YB Zuraidah ni di perangkap dengan pemberita lepas tu jawapan kepada soalan yang di tanya, berbau kemarahan..apa lah YB Zuraidah... malu weii, ini YB PR Pakatan Rakyat.. kena kemas menjawab soalan dan skema lah sikit...

    ReplyDelete
  4. Yb zuraidah harap jangaan cepat melenting dengan komen pedas penyokong pr..pemimpin kena tabah dan sabafjr

    ReplyDelete
  5. Dalam PR, wakil rakyat kena dahulukan rakyat bukan dahulukan jawatan untuk wakli rakyat, kena ingat PR tidak sama dengan umno , YB Azmin dan the geng sila bermuhasabah diri, jangan terikut ikut budaya umno yang mana calon yang menang sibuk berkehendakan jawatan dalam kerajaan. pada PRU13 yang mana YB Azmin pilih calon banyak kalah sebab tak mahu dengar AKAR UMBI di tempat itu. Sepatutnya jangan mengada ngada nak letak kroni di setiap tempat di calonkan... akibatnya KALAH. Sila dengar AKAR UMBI...ingat rakyat suka, jika anda hanya mengikut kepala sendiri?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.