Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 2 June 2013

DUA KHALID SELANGOR YANG PEMAAF

Maaf, sejak akhir-akhir ini Yong amat sibuk. Tak sempat nak tulis banyak-banyak.

Yong tabik dengan dua Khalid di Selangor. Kedua Khalid ini Yong anggap berjiwa besar. Selain berani berterus terang, juga pemaaf sungguh.

Khalid 1 ialah Khalid Samad, MP Shah Alam. 

Tak dapat nak dibayangkan apa yang blogger UMNO tak cemuh kerana mahu menjatuhkannya. Tapi akhirnya blogger tersohor yang suka memfitnah itu sendiri yang tersungkur:

BACA SETERUSNYA DI SINI

Khalid 2 ialah Khalid Ibrahim, MB Selangor

Memang ramai yang dengki pada Khalid ini. Baru jer jadi ahli PKR, sudah jadi MB. Tapi akhirnya pemfitnah meminta maaf:

BACA SETERUSNYA DI SINI

Yelah, saper blogger pro-UMNO dan bekas Pengerusi Gerak ni? Mamat kerek jer. Takde duit nak bayor kalau kena saman. Tapi kerek-kerekpun, berani minta maaf.

Betulkah? Sorry is the hardest word to say?

Hujung minggu ni Yong taknak cakap banyak. Layan ler lagu ini. One of my favourite songs:


4 comments:

  1. Ada lagi sorang Khalid,,,yang ini kalau jumpa jatuh kut tepi jalan tak perlu nak tolong,,, katuk terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Manjungmari

      Yong terpikiorkan beberapa orang Khalid lagi...

      Delete
    2. salam yong,

      teman tak terpikior ade lagi yg name nyer khalid selain dari yang miker sebut.

      Delete
    3. Salam Selly.

      Ada. Dalam politik ada Khalid Nordin dan Khalid Jaafar. KPN Khalid Abu Bakar. Pemimpin budak U Khalid Ismeth.

      Dulu ada Khalid Jeffry…

      Orang Melayu suka bagi nama anak Khalid supaya berani dan hebat berjihad macam Khalid al-Walid. Sewajarnya begitulah.

      Dua Khalid Yong sebut itu the best, paling berani.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.