Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 3 June 2013

WEY UTUSAN, SIAPA DALAM UMNO YANG TERMAKAN GULA-GULA PUAK ULTRA KIASU TU?

Kalau tak menghasut bukan Utusan namanya.

Ini demer tulis hari ini:

CINA DAP ULTRA KIASU?

Kalau komer ada masa boleh baca rencana penuh di sini.

Ini gambar perlantikan exco negeri Pulau Pinang. Dalam gambar exco DAP tak pakai songkok. Demer tu ultra kiasu, kata penulis rencana. 

Ultra kiasu sebab tak pakai songkok!

DAP PUN CARI PASAL TAK PAKAI SONGKOK

Yang ini pulak gambar exco negeri Selangor. Exco lelaki Cina tak pakai baju Melayu tapi pakai songkok. Exco perempuan pakai baju kurung dan selendang. Demer tetap ultra kiasu, Kata Utusan.

EXCO SELANGOR BERGAMBAR DENGAN SULTAN SELANGOR

GAMBAR LEBIH JELAS, ELIZABETH WONG TU TAK CINA KE?

HANNAH YEOH, SPEAKER SELANGOR

Dalam masa utusan membelasah DAP, rupanya Utusan juga membelasah pemimpin tertentu UMNO. Baca:

APA YANG TERSIRAT?

Siapa yang sebenarnya puak ultra kiasu dan sudah bercakap mahu TPM Cina? 

PARTI TOKEH CINA MAHU TPM CINA

Siapa sebenarnya yang dikenen oleh Utusan? Siapakah yang dikelilingi oleh puak ultra kiasu?

DIMANA HATI MELAYU? (CERITA SETERUSNYA)

DI MANA HATI ISLAM? (CERITA SETERUSNYA)

Penyokong UMNO sendiri sudah sedikit demi sedikit membuka pekung dan mencemuh pemimpin yang "mati hati Melayunya" (istilah Utusan). Lantas di mana kewajaran kita membuka hati kepada UMNO melalui UG demi menggalakkan lagi pemimpin yang sudah "mati hati Melayunya" ini?

Fikir-fikirlah...


2 comments:

  1. Mati hati Melayunya aku tak kisah.....jangan mati hati keIslamannya! Itu yang UTAMA!! Tanpa Melayu, Islam akan tetap maju. Tapi tanpa Islam, Melayu akan melayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam datuk

      Sangat betui. Tapi ader yang ingat sebaliknya!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.