Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 14 June 2013

MC DONALD DIDAHULUKAN - DATUK BANDAR KANTOI?

Siapa yang bohong? Siapa yang bercakap benar?

Sila lihat apa yang tertulis pada blog dan facebook berikut:

ADA SEBUT PADANG MERBUK? ( MCDONALDS)

Majlis Oympic Malaysia pun ada war-warkan program tersebut:


ADA SEBUT PADANG MERBUK? ( MOM)

Ini pula keratan berita dari Institut Sukan Negara:

ADA SEBUT PADANG MERBUK? (ISN)

Tapi apa kata Datuk Bandar KL?

PADANG MERBUK 23 JUN 2013 TELAH DITEMPAH! (MALAYSIAKINI)

Kenapa jadi kalut ni? 

Salah McDonalds? Tidak. Syarikat ini nak buat CSR. Bukan kali ni saja buat.

Salah Majlis Olympic Malaysia? Tak juga. Demer nak promote sukan. Dah lama dirancang.

Institut Sukan Negara pun dapat maklumat tentang lokasi yang salah juga?

Atau...

Datuk Bandar KL sedang mengalami masalah memahami Bahasa Inggeris?

Bukankah nama Padang Merbuk dan Dataran Merdeka ditulis dalam Bahasa Melayu?

Adakah McDonalds buat program larian bersama Majlis Olympic Malaysia di Padang Merbuk, tapi letak iklan di Dataran Merdeka?

Kenapa payah sangat nak melaksanakan hak rakyat untuk berhimpun ni?

6 comments:

  1. Datuk Bandar yang POYO! Takpayahlah susahkan diri dengan cara 'madah berhelah' kerana 'Sebaik muzik berbunyi, dah tahu ziana zain atau anuar zain'. Kepada Datuk Bandar, hentikan sifat bodek dan ampu dan takde telo... Laksanakan tugas dengan berani dan ikut lunas undang-undang!Jangan cuba menipu...ini zaman orang celik maklumat dan semua maklumat dihujung jari. Bukan zaman 'flinstone'! Ker Datuk bandar ni memang 'sengal' jenisnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      You bet, kat bahagian tubuh mana yang sengal tu?

      Delete
  2. Alaa,.. kite berbaik sangka je la dgn dia. Padang Merbok dan Dataran kan ke sebelah menyebelah, manalah tahu, dekat padang merbok dema nak buat bende lain, contohnya, main ragbi sebelum berlari esok nya,... ha, ha, ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazwandi

      Sebeb kita bersangka le kita check dalam website/facebook yang pihak yang disebut datuk bandar. Kita tak tuduh melulu.

      Saper nak main ragby tu?

      Delete
    2. siakap senohomg gelama ikan duri... selalu bercakap bohong lama-lama jadi pencuri...

      Delete
  3. kalau dia nak perbodohkan diri...biarlah dia jadi bodoh betul..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.