Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 9 July 2013

BUDAK PANDAI YANG JADI BANGANG KERANA TAKSUB DENGAN UMNO


SUMBER MALAYSIAKINI

Memang Idris Jusoh ni dulu budak pandai. Yong kata pandai, bukan cerdik. Tapi disebabkan dia terlalu taksub dengan UMNO, bila dah tua, kepandaiannya tidak menjelma menjadi kecerdikan. 

Pilihanraya itu ciri penting dalam sistem politik demokrasi. 
Pilihanraya perlu pertandingan. 
Takde pertandingan = takde pilihanraya. 
Takde pilihanraya = takde demokrasi. 
Takde demokrasi = takde kebebasan bersuara. 
Takde kebebasan bersuara = takde hak asasi. 
Takde hak asasi = sistem totalitarian.

Takkan prinsip mudah macam tu Idris Jusoh tak reti?
Kat USM belajar apa?
Kat Aston buat apa?
Jangan bagi malu universiti Yong.
Yong sedih tau!

Idris Jusoh jangan terlampau angkuh. Allah tak suka orang yang angkuh. UMNO kata sayang Allah. Kalau sayang Allah, jangan le buat perkara yang Allah tak suka.

Ini nasihat ikhlas dari Yong yang belajar di Universiti yang sama dengan Idris Jusoh.

4 comments:

  1. Salam, Yong.
    Yong... tak semestinya masuk universiti itu seseorang itu orang pandai dan tak semuanya orang masuk asrama penuh itu orang cerdik.Saya ada seorang kawan dulu bersekolah di sekolah asrama elite dan berakhir dengan pekerjaan sebagai posmen dan dah pencenpun.Bukan saya bertujuan menghina posmen pula tetapi kalau bersekolah berasrama penuh tu tentulah aspectation tinggi.Masuk universiti pula ada pelhagai cara.Soalan spot dan dapat soalan ramalan terutama sekolah asrama penuh sebab penggubal dan pembuat soalan ramai guru dari asrama penuh, dulula tahun tahun 60an dan 70an dan pelbagai lagi,akhirnya di universiti tak berupaya meningkatkan diri.Yong, saya teringat masa di universiti dulu, ramai kawan kawan suruh tolong buatkan assignment.Yang bawa kertas dan tulis dilengan tak usah ceritala semasa peperiksaan.Tapi bukan semua, mungkin mereka yang bermasalah sekarang ni la kot.Akhirnya kecerdikan dan kepandaian terhenti selepas keluar universiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazi kelawar

      Hmm…Apa yang miker kata tu ada betuinya - soalan spot, minta buat asignment, jadi sleeping partner etc.

      Semester 1 Yong ada tolong yang lemah datang dari luar bandar secara discussion. Lepas tu no chance bila kami ambil bidang specialise lain-lain. Yong tak popular kat universiti sebab partner belajar budak cina.

      Yong tak pernah tolong orang malas.

      Delete
  2. Cth tauladan yg sgt2 elok dr seorg wkil rkyat

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.