Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 9 July 2013

LAPAN DARI SEPULUH BELIA MELAYU ISLAM TIDAK SOLAT: HASIL TARBIYAH UMNO?

Satu mesyuarat telah diadakan tak berapa lama dulu antara sekumpulan penyelidik, NGO Melayu Islam, agensi Islam (diwakili pegawainya) dan polis. Isu yang dibincangkan ialah bagaimana nak menangani masalah belia Melayu yang suka lepak, berzina dan buang bayi.

KES BUANG BAYI IKUT TINGKAP FLET
Menurut penyelidik antara soalan yang ditanya kepada belia-belia Melayu yang masih bebas melepak dan yang dalam tahanan (kerana berbagai-bagai kesalahan) ialah sama ada mereka solat atau tidak. 

Jawapannya sungguh mengecewakan kerana statistiknya menunjukkan 8 dari 10 yang ditanya mengaku tidak pernah solat.

Tetapi itu bukan yang paling memeranjatkan!

Yang lebih memeranjatkan pengkaji itu ialah apabila salah seorang penjawat awam berpangkat tinggi (penyokong UMNO) memberitahu dia tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah belia Melayu kerana dia orang India!

"You tengok muka I pun you tahu, I ni bukan orang Melayu. Macam mana I nak selesaikan masalah orang Melayu?" Begitulah kata penjawat awam itu.

Penyelidik bertanya soalan cepumas pada Yong:

"Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah buang bayi dan keruntuhan moral belia Melayu jika penjawat awam tidak mengaku Melayu bila diminta menyelesaikan masalah; tapi mengaku Melayu bila nak naik pangkat?"

Terus terang. Yong tak dapat menjawab soalan itu. 

Mungkin Dr Hassan Ali dan Tok Mufti boleh jawab.

PASTINYA BUKAN BELIA-BELIA INI YANG DIMAKSUDKAN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.