Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 28 July 2013

KISAH BENAR! ANGSA JADI PENGAWAL KESELAMATAN - KURANGKAN STRESS POLIS?

Puak-puak Nepal yang jadi pengawal keselamatan tu boleh hantar balik...

Marc Silver
National Geographic
Diterbitkan 25 Julai, 2013

REKRUT ANGSA SEDANG BERBARIS

Polis di kawasan luar bandar di Wilayah Xinjiang China tidak lagi memilih anjing untuk berkawal di balai polis pada waktu malam. Mereka sebaliknya menggunakan angsa. Dan ia benar-benar berfungsi. 

Menurut laporan baru-baru ini, seorang lelaki cuba memecah masuk ke dalam balai polis untuk mengambil kembali motosikal yang dirampas oleh polis. Angsa pengawal berbunyi seperti penggera, membangkitan pegawai yang tidur.

Tetapi ... Biar betul? Angsa Pengawal?

Untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku angsa barnyard, kita borak dengan Patrick Cumins, pengarah pemuliharaan burung di Audubon Connecticut, yang telah melihat aksi angsa di parks (taman-taman) berdekatan.

Angsa akan menjadi pengawal yang baik?

Mereka mempunyai pendengaran yang menakjubkan. Dan hampir semua burung mempunyai penglihatan yang menakjubkan. Bukan sahaja mereka melihat dengan jarak lebih baik daripada manusia, mereka juga boleh melihat benda-benda dekat [lebih baik daripada yang kita lakukan].

Mata kita mempunyai tiga sensor warna yang berbeza yang digabungkan untuk membina gambar di dalam otak kita. Burung ada yang keempat- ultraungu. Mereka mempunyai rangkaian gelombang yang lebih luas yang mereka boleh lihat. Benda-benda akan kelihatan lebih tajam. Dan mereka boleh mengenalpasti benda-benda yang lebih kecil [termasuk pergerakan]. 

Dan saya rasa mereka tidak segan-silu apabila melihat penceroboh?

Dari segi menyedarkan orang ramai untuk bertindak, ya, mereka sangat berwaspada. Mereka bersifat kewilayahan. Dan spesis tertentu agak kuat suaranya, terutamanya jenis barnyard. 

INI KAWASAN GUA

Selain menjaga balai polis, ada apa-apa perkara lain yang angsa mungkin jaga?

Saya faham orang di negara ini menggunakan angsa untuk menjaga ternakan ayam kampung mereka.

Jadi mereka pengawas yang benar-benar bagus.

Itulah keindahannya: Ia adalah naluri mereka. Mereka bersikap kewilayahan. Mereka boleh terbang ke mana-mana mereka mahu, tetapi mereka berkeliaran di rumah mereka. Itu hanya cara angsa bertindak. Sesetengah daripada mereka agak terlebih waspada dalam mempertahankan wilayah mereka.

GUA SUDAH BAGI AMARAN!

Adakah sama benar dengan angsa swan?

Saya tidak pernah mendengar sesiapa menggunakan angsa swan sebagai pengawal, tetapi mereka juga boleh menjadi lebih agresif daripada angsa biasa bila mempertahankan wilayah mereka. Terdapat cerita-cerita mereka membelasah orang sehingga jatuh dari kayak, bergelut dengan orang sehingga boleh mencederakan. 

SWAN MENYERANG UNTUK MEMBUNUH

Adakah terdapat apa-apa bahaya angsa pengawal akan menyerang polis?

Saya tidak fikir begitu. Mereka seolah-olah mengenali anda sebagai sebahagian daripada kawanan burung itu. Jika seseorang yang baru datang, pakaian seragam boleh membantu angsa untuk menyesuaikan diri [kepada orang itu]. Semua orang mungkin kelihatan sama [bagi angsa] jika mereka memakai pakaian seragam.

INI MEMBER KITA KE?

Bolehkah penjenayah mengganggu angsa pengawal?

Anjing anda boleh diberikan beberapa steak dan mereka mungkin sedikit terganggu. Ia agak sukar untuk memberi angsa sesuatu yang cukup mengganggu mereka supaya mereka tidak akan membuat bunyi bising. Mereka mungkin membuat lebih bising jika anda membuang sesuatu yang sedap pada mereka. Dan apabila mereka bertindak, mereka sukar untuk ditenangkan. 

GUA DAN KAWAN-KAWAN TAK MAKAN RASUAH

KALAU SEORANG POLIS TAK BERANI...

Apa yang anda beri mereka makan?

Angsa agak mudah untuk dijaga. Agak mudah dan murah memberi makanan mereka. Terdapat [makanan] campuran untuk angsa, tetapi mereka gembira makan jagung retak dan meragut rumput. 

Adakah angsa mempunyai apa-apa ciri-ciri seperti polis yang lain?

Angsa barnyard yang tinggal di taman ini biasa dengan ramai orang. Mereka tidak takut kereta. Mereka boleh menjadi kurang ajar. Ada satu jalan utama melalui taman ini [di mana angsa tinggal]. Sekali-sekala semua trafik berhenti kerana angsa melintas di jalan raya itu.

Jadi angsa mungkin juga memohon pekerjaan sebagai pengawal lalu lintas?

Yeah. Anda akan melihat salah satu angsa yang lebih dominan berhenti dan merenung tajam ke kereta manakala yang lain melintas.

GUA NAK BAWA ANAK KE SEBERANG

********************

Soalan tambahan:

Bolehkah angsa digunakan untuk menangani penunjuk perasaan?

Tak boleh. Nanti penunjuk perasaan bawa jala dan tangkap angsa untuk buat kenduri. Wakaka.

SYY...KITA TUNGGU DIA BUKA JARING UNTUK TANGKAP SEEKOR, BARU KITA BERTINDAK


Van Keselamatan yang bawa duit boleh bawa sekali dua tiga ekor angsa dalam setiap trip....Apa macam?

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha.... idak la gua nak amik angsa jadi bodyguard.. jadi jaga... nanti tak pasai-pasai gua sendiri yang kena hambat... takut ooo...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Tapi dia takboleh dirasuah! Tak macam anjing. Dapat makanan diam. Cuma kena ajor le dia. macam binatang lain gak. Boleh diajor.

      Kalau tak boleh diajor jugak, boleh dijadikan lauk jer. Anjing mana boleh, kan? Pengawal Nepal? Lagi tak boleh harap. Berdendam pulak tu bila kena buang kerojer. Silap2 kita dirompaknya...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.