Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 9 July 2013

WANITA DIKURUNG PENCULIK SELAMA 10 TAHUN UCAP TERIMA KASIH (VIDEO)

Cleveland, AS: Tiga wanita yang hilang dalam tahun 2002, 2003 dan 2004 telah diselamatkan 2 bulan yang lepas. Mereka telah kehilangan 10 tahun kehidupan yang normal kerana diculik oleh Ariel Castro, seorang pemandu bas. Wanita-wanita malang itu telah dipukul, dirogol dan salah seorang daripada mereka, Berry melahirkan anak yang kini berusia 6 tahun. Ariel Castro, 52 tahun, menghadapi 329 tuduhan, termasuk pembunuhan kerana memaksa mangsa yang dirogolnya menggugurkan kandungannya.

Mahkamah kata penculik ini tak gila.

Mereka berjaya diselamatkan ketika Ariel Castro keluar dan jiran mendengar jeritan Amanda Berry. setelah membisu selama 2 bulan, kini mereka tampil mengucap terima kasih. Saksikan video mereka : (http://edition.cnn.com/2013/07/09/us/cleveland-rescued-women-video).



Michelle Knight kini berusia 31 tahun, Amanda Marie Berry, 27 tahun dan Gina Dejesus, 23 tahun. Nasihat keluarga mangsa kepada yang mendapati tersayang hilang, cubalah menghubungi jiran-jiran. Ini kerana jiran-jiran mungkin tahu dan akan membantu. 

Diharapkan begitu juga sikap jiran di Malaysia.

PENCULIK DAN RUMAH YANG DIJADIKAN KURUNGAN MANGSANYA
Pengajaran: Jangan Putus Asa.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.