Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 26 May 2015

PUAK PROGRESIF PUN DAH BELAJAR MELABEL JUGAK KE?

Yong selalunya tidak mengambil pot kecenderungan artis nih. Tak kira diorang duduk dalam PAS atau UMNO. Tetapi apa yang disebut oleh Leman Raja Lawak ini "make sense" sejak timbulnya istilah-istilah (gelaran) baru yang disebut-sebut oleh geng yang mengaku penyokong ulama. Yang paling terkenal istilah "jebon" di samping istilah lain yang tak perlu disebutkan di sini.

Yong "cut and paste" apa kata mamat ini:

Leman Raja Lawak Serang 'Lebai Mercun'

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 2:17 PM



PETALING JAYA: Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak tidak akan 'tutup mulut', malah mahu terus mengkritik PAS dan kepimpinannya demi masa depan parti itu.

Bukan itu sahaja, Sulaiman yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat turut melabel kumpulan tertentu dalam parti itu sebagai 'lebai mercun' kerana berselindung atas nama Islam semata-mata untuk berkuasa.

"Saya masih ahli PAS yang sah dan boleh mengkritik siapa sahaja, antaranya lebai-lebai mercun yang balik dari Mesir tak cukup senawi mengaku ulama sehebat seantero Malaysia.

"Lebai-lebai mercun ni tak suka berbaik dengan orang bukan Islam sebagai medan dakwah ukhwah sebaliknya mengkafirkan mereka secara lantang tanpa menghormati sentiviti agama. Apabila diangkat menjadi pemimpin, mereka hanya pandai bercakap bab dakwah, Islam dan sebagainya tapi langsung tidak turun ke akar umbi melihat nasib rakyat bawahan," katanya pada Isnin.

Kenyataan penuh emosi itu dimuat naik di laman Facebook sebagai respon kepada laporan muka depan sebuah akhbar harian bahawa beliau akan dipecat daripada PAS kerana lantang mengkritik kepimpinan PAS.

Turut sama dikaitkan dalam laporan itu ialah pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata, beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai kedudukannya dalam PAS.

"Kami belum lagi mendapat apa-apa surat rasmi atau panggilan telefon daripada pimpinan tertinggi berhubung isu pemecatan yang menjadi viral," katanya.

Mengenai dakwaan beliau terlalu lantang mengkritik kepimpinan PAS walaupun masih baharu menyertai parti Islam itu, Sulaiman bagaimanapun menempelak golongan berkenaan.

"Kepada lebai-lebai mercun dalam PAS yang merosakkan parti dan jemaah, jangan dok buat kepala!

"Tak payah nak sembang hang orang lama dalam PAS kalau setakat tarbiyah cap ayam dok berlagak usrah sana sini tapi perangai tak seperti orang yang kena tarbiyah. Merekalah lebai-lebai mercun yang pemecahbelahkan jemaah PAS sekarang ini," katanya.

SUMBER: MYSTAR

Jangan marah kalau Leman Raja Lawak melabel. Sudah berbakul-bakul golongan progresif dalam PAS menerima berbagai-bagai label yang buruk dan menghina.

Bagi yang selalu turun padang akan bertemu "lebai mercun" ni. 

Sekian.

Nota: Jangan ingat Yong tak faham konsep "Kerajaan Tanpa Parti Pembangkang." Ingat Yong baru habis SPM ke?

6 comments:

  1. Salam yong
    Hahaha..demer tu lebai mercun masuk angin lah...kalo bunyi pn pusss pusss pusss..

    ReplyDelete
  2. Tertegak nya PAS kini ada lah di sebabkan "DERMA ORANG KAMPONG". Kebanyakan dari mereka tidak pun tahu bab "ISLAM" secara menyeluruh. Mereka berkorban kerana ingin melihat "ISLAM" maju serta dapat memberi ilmu kepada yang kurang faham. Mungkin kerana ramai ulamak yang di gelar "LEBAI MERCUN" maka sunah Nabi Muhammad S.A.W tidak mampu di jelas kan dengan sempurna. Malah ada yang mengangkat uduh pun tak sempurna. Sifat suka melafazkan Usali pun masih ramai. Mengapa jadi begini kerana para ustaz gagal mertabiah para ahli yang kekurangan fahaman agama. Contoh Solat, bukan kah Rasulullah S.Aw telah bersabda, "Solat lah kamu sapertimana aku melakukan nya". Kini Rasulullah S.A.W sudah tiada, sepatut nya Ulamak yang di katakan perwaris Nabi "SEMESTI" nya memberikan peneranggan yang jelas. Itu belum lagi, hal hal yang lain, saperti akad nikah, membaca talkin dikuburan, kenduri arwah dan sebagai nya. Mungkin kah kerana para "LEBAI MERCUM" tidak punyai ilmu tersebut maka ia nya di abaikan, malah ada dari kalangan "LEBAI MERCUN" yang mengepalai upacara ini. Bila di tanya jawapan mereka mudah sahaja, "FURUQ".

    Kalau pun ada para "LEBAI MERCUN" ini gila kan kedudukan, fikirkan lah mereka yang dahulu di mana mereka ini sanggup merempuh ranjau yang terdapat di laluan, di ISA dan pelbagai "KERJA BAIK" yang di laku kan oleh pehak polis demi untuk menyatakan kebenaran. Fikir kan lah kerana bukan semua yang berjuang mengidam kan kedudukan.

    ReplyDelete
  3. Salam kak yong !

    Leman tak patut calling names to others.. plus, demer tu ulamak, ustaz yg ilmu melangit, bijaksana, karektor lemah lembut, walau pun macho.. that's cool !! Fact !

    Provided, ustaz & ulamak tu akhlak, kerja pun bagus, turun berkhidmat susah senang bersama rakyat, senang senyum menyapa orang keliling & ahli kariah. Dia tegur orang pun elok aje & beradab, tak marah pun kalau kena difitnah, dikritik oleh orang tak gemor dia.

    TAPI kalau KPI kerja ustaz penceramah tu tak bagus mana, cakap dalam ceramah aje berdegor-degor bagai nak rak..plus byk guna lutut drp akal, beremosi aje lebih & sampai exercising PR dia menampakkan akhlak dia teruk & meragukan ... malu ler sama orang kapir lagi bagus drp dia... ustaz ape ke bendanya rupa tu?

    IF only those ulamak get it right of everything that’s been against them, it will swing full circle ! Their bewildered mindset got to change.

    Maybe just maybe TGHH & that "kepimpinan ulamak" can turn it around & perhaps not ! He’s got to run it differently this time around & do it properly & open to critics.

    The most umpteenth move is to surround himself with eligible-cum-honest people who know what feasible to do, as ”“Actions speak louder than words.”

    ReplyDelete
  4. Kalau PAS balik ke era 80an di mana kafir mengkafir, pulau memulau, maka tak heranlah kenapa PAS masih ditakuk lama dalam politik. Dulu pernah juga aku terfikir kenapa PAS yang memperjuangkan Islam tidak diberikan kemenangan oleh Allah, tetapi sekarang baru aku dapat jawapannya.

    ReplyDelete
  5. salam Yong
    errr....PAS on auto-pilot ke....ahli2 dok bertetak berkungfu....separah haram pon tak kuar get in line orders dr atas. Mamat biol Kuantan tu tak cayekan lembaga displin...
    camno nak berjihad nih...takde displin....komander lak dok melalut ntah pepe...
    hancussss

    ReplyDelete
  6. aku mula kenal thn67,mula bantu pas dlm rapat um um thn69,mula jadi ahli pas berdaftar yg ada sijil dan nombor ahli.....pada disember 1983.....aku ahli pas seumur hayat......aku dah sebati dgn sikap org2 pas ni,kadang2 sampaikan rasa meluat nak muntah.....dulu klu org2 agak2 agresif dlm pas akan di label golongan mustajilun.....betul atau tak betul,wajib wala.....dah le kadang malas aku nak layan...sebab meluat aku sekarang ni dah tahap tobat lahum....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.