Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 24 July 2013

INGAT YANG PERLU MENUTUP 'AURAT' ITU PEREMPUAN SAJA KAH?...


Ini baru betul-betul kes tersungkur sebelum bertanding.

Tak mengapa tersungkur di dunia. Jangan tersungkur di akhirat.

Tapi Yong heran ler…Heran sesangat. Bebudak ni tak boleh masuk pertandingan sebab haram…Tapi…tapi…tapi…

Budak-budak ni ada point jugak walaupun engkar dalam kejahilan...

Yong bukannya nak sokong budak-budak ni masuk pertandingan ratu cantik. Bagi Yong pertandingan ratu cantik tu takde faedahnya kepada negara atau bangsa. Malahan Yong anggap ia menghina kaum hawa. Penganjur menjaja pompuan macam lembu baka...

Tapi bagi budak-budak ini, takde bezanya...Kalau tak bertanding pun demer tetap menjaja diri ke hulu ke hilir tanpa menutup aurat sebagai model. So, what is the difference?

Banyak lagi kegiatan sumbang di sisi Islam yang Majlis Fatwa diam aje. Sama ada kegiatan itu dilakukan oleh pompuan, jantan atau golongan "it" (jantan tidak, pompuan pun bukan).

Contohnya, pertandingan bina badan, angkat berat, renang, gymnastics dan lain-lain acara sukan; dan ratu cantik mak nyah.

CAMNI BOLEH KE?

Apa? Komer ingat yang ikut pertandingan mendedahkan aurat tu pompuan saja ke?

Gambar-gambar lain komer cari sendirilah. Yang atas tu satu contoh jer.

DEMO MENENTANG PERTANDINGAN MISS UNIVERSE DI LONDON (2010)

DEMO MENENTANG PERTANDINGAN MISS WORLD DI LONDON (2011)

Di negara kafir United Kingdom, sebilangan penduduknya menentang pertandingan seumpama ini. Tentule pemimpin negara tu buat bodoh jer. Dah namapun negara kafir. Di Malaysia, negara Islam, kerajaan tiada initiatif untuk mengelak dari menganjurkannya. Aduuuuh!


4 comments:

  1. Yong,
    Aku amat setuju dengan tulisan anda. Di negara Malaysia Boleh land ni, semuanya dilakukan secara pilihan sahaja. Soal halal atau haram, hanya pada pandang puak atas dan mungkin sedikit berdasarkan agama tapi tak menyeluruh. Inilah Malaysia kita ni. Kadang-kadang yang HARAM jadi HALAL dan yang HALAL jadi HARAM. Yang HARAM jadi HARAM, ok le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Andre

      Terima kasih kerana menjenguk rumah Yong. Rasernya dulu pernah Malaysia tak ikut Miss World/Universe ni. Lepas tu ikut balik...

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Nak buat camana... Hahaha... nak sekat karang kena tibai dek kaum kerabat... nak benarkan plak kena tibai dek musuh... Hahaha... Lawak...

    Betul cakap Yong... banyak lagi yang bermasalah... tapi yer la... Jabatan Agama, Jabatan Mufti... semua tabley nak kata aper.... sebab Ketua Agama Islam pon buat derk jer... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Sebab tu hudud ditolak...Kononnya hudud PAS ler...Entah apa-apa lagi alasan tak masuk akal.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.