Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 23 July 2013

MENGAPA BANYAK SANGAT KELUAR CERITA SYIAH MALAYSIA SEJAK...

GELI HATI KEMER
Dalam perjalanan ke tanah suci Mekah dulu kami solat di dalam kapal terbang. Macam kebanyakan jemaah, Yong solat duduk atas kerusi. Bukan apa Yong ada masalah tekanan darah yang pelik. Jadi lebih selamat duduk di kerusi jer. Ada yang bangun cari tempat solat, termasuk abang Yong.

Di Jeddah kami solat jamak Maghrib-Isyak.

Entah dari mana ada sorang mamat ni…dia berleter depan orang ramai mengatakan solat duduk dalam kapal terbang tu bidaah, sebab Rasulullah tak pernah buat. Ada juga yang bantah cakap orang ni. Tapi mamat ni keras kepala. Terus jer meracau. Mujur takde yang sindir dia suruh naik unta saja pergi Mekah dari rumah dia di Malaysia.

Rasulullah kan tak pernah naik kapal terbang. Naik boraq ada, yang lebih hebat dari kapal terbang. Rasullullah naik kapal terbang Yong tak jumpa hadisnya...Setelah Islam menang, Baginda naik unta bersama pasukannya dari Madinah menuju ke Mekah.

Apa pulak kaitannya solat duduk dalam kapal terbang dengan isu syiah ni?

Ingat tak baru-baru ni keluar berita hot ini?:

SUDAH KENA SPIN

Apakah yang tersirat dalam berita itu?
  1. Berita itu keluar selepas ADUN Kuala Besut meninggal dunia. Maknanya PR terpaksa bersaing semula dengan BN bagi merebut kerusi panas milik geng Idris Jusoh.
  2. Seolah-olah Syiah sudah menjadi penyakit di dalam PAS, kerana yang pandai menular ni cuma penyakit jer…
  3. Natijah dari penyakit ini, PAS kalah di Kedah kerana isu syiah, sampai Timbalan Presiden pun kalah di Pendang yang dulunya dipegang PAS.
Tentulah kita tidak dapat mengawal siapa yang akan meninggal dunia. Tapi kita dapat mengawal apa yang nak keluar dari mulut kita, kerana kita memiliki commonsense.

Semakin lama semakin banyak cerita Syiah Melayu keluar dalam berita perdana. Mata banyak memandang PAS. Akibatnya PAS tersepit dalam kisi-kisi yang diciptanya sendiri.

Di luar kisi-kisi, tertanya-tanya:
  1. Siapa yang mula spin cerita PAS ditulari (dijangkiti) penyakit yang masquerade dalam rupa Syiah ni? UMNO atau ahli PAS sendiri?
  2. Siapa yang sanggup menikan saudara sejemaahnya dan seperjuangannya semata-mata kerana nafsu mahu menjaga kepentingan sendiri?
  3. Mengapa PAS begitu mudah terperangkap dalam jerangkap samar UMNO? 
Suka tak suka, wisdom - atau kebijaksanaan tidak datang dari segulung ijazah, walau atas nama First-Class sekalipun. Perjalanan kebijaksanaan itu merangkumi:
  • pengalaman (experience) yang panjang (pahit dan manis, jatuh dan bangun, siksa dan puja).
  • ilmu/pengetahuan yang luas (yang tidak semestinya datang dari universiti terkenal). 
  • sifat (attribute) yang inklusif, kolaboratif, perkongsian ilmu, meluaskan ruang (untuk mendengar, interaksi dan perbincangan), rendah diri tapi tegas dan peramah.
Pepatah Melayu pernah menyebut:

Mandi dengan budak, air keruh dulu.
Makan dengan budak, lauk habis dulu.
Tidur dengan budak putus tali kelambu.

Fikir-fikirlah.

YANG MENGHARAP PERUBAHAN

13 comments:

  1. Kalau ikuti cerita pil kuda dgn bernabikan karl max maka tau ler mana datangnya fitnah2 pengikut anwar, syiah, parasit etc tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Masalahnya silap meletakkan kepercyaaan.

      Delete
  2. Solat atas KERUSI dalam kapal terbang BID'AH..??? Pasal Nabi Muhammad SAW..tak pernah BUAT..??? Habis yang kamu naik KAPAL TERBANG pergi Mekah itu...adakah Nabi Muhammad pernah buat..?? Jadi kalau takut BID'AH..pergilah ke MEKAH naik PERAHU atau naik UNTA ajer...dari Malaysia nih..keh keh keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anak Mukmin

      Itule yang terjadi masa Yong pergi Mekah dulu. Mujur takde yang terpengaruh dengan mamat tu.

      Kata orang perangai buruk kita akan muncul semasa menunaikan haji. Wallahuaklam.

      Delete
  3. Hmm..sy dr dahulu mengatakan bahwa..perjuangan islam secara kepartian tidak akan memenangkan ISLAM..sebaliknya..perjuangan Islam wajib berlandaskan akar umbinya iaitu akidah dan batangnya..iaitu..ukhwah islamiyah. Sedang di dalam ikhwanul muslimin bercakaran! Marilah kita krmbali memikirkan bagaimana hendak merapatkan kembali ukhwah islamiyah sesama kita dan sambil tegas dalam bab akidah! Cumanya yg sy nampak para penganut tegar mazhab syafie malaysia terlalu cenderung dgn imam syafie sehinga seperti mengidolizedkan imam syafie itu sendiri! Hingga sanggup memperlekehkan mazhab yg lain.ingat makna assobiyah bukan sekadar kebangsaan..tetapi golongan itu sendiri..contohnya..yg sibuk sangat dgn kulaan..jawoan..perpatihan..syed'an..rawa..mandailing bagai..RASULULLAH x der plk sibuk ngn BANI HASYIM.
    yg banyak sibuk nih melayu je..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shah

      Akibatnya, media perdana mengambil kesempatan memomokkan orang biasa (macam Yong) dengan Syiah yang menyeramkan. Cthnya, baru2 ni keluar berita kununnya ketua Syiah Malaysia kata ada 1 juta Syiah Melayu di Malaysia.

      Isunya bukan apa yang ketua Syiah itu cakap. Tapi kesannya pada parti PAS sendiri. Ini kerana perangai segolongan dalam parti...

      Delete
  4. Ni sume bidalan kate pepatah sebut budak tu budak ni nak kenen sape.........

    Kalau macam tu saya nak tambah la sikit kate pepatah baru....Dengo hasut budak Din Ayam, PAS boleh jatuh tersembam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul

      Ah! siapa-siapa yang kurang matang mengambil tindakan, kesudahannya pasti merugikan

      Delete
  5. DeeDee Yong...

    I surrender.... I surrinder singh.... hahahaha..... Gua cukup rasa nak gelak pasai isu Syiah Sunni nih.... sebab geng yang kepon pertahankan Sunni dan memburukkan Syiah, solat pon belum tentu cukup rukun dan wajibnya.... hahahaha .... lawak...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ituler pasal. Macam mana nak menarik umat lain untuk memeluk Islam Sunnah wal-jamaah kalau penganutnya pun tunggangnlanggang?

      Delete
  6. Salam kak yong !

    we’re sure things are not as bad as some of the prime newspapers would want us to believe. AND always remember, that bad news sells newspapers...THE sensational news is even better albeit, very lazy journo.

    THAT's the usual suspect of BN style - they create a storyline/issue after another and ask us to deal with it??

    Ofc.. Melayu 'Utan/berpendapat rendah' would simply just buy it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      The problem is, some PAS leaders are stupid enough to fall into the UMNO traps. Not once, not twice, but many times!!! GERAM!!!

      Delete
    2. Pemimpin PAS memanjang kena belit dgn UMNOOOOO.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.