Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 12 July 2013

LAIN KALI SUKMA KENA AMBIL PEREMPUAN-PEREMPUAN HEBAT INI JADI PENGIRING

Minggu ni Yong sibuk sangat. Marking examination answer papers. Nak bagi budak-budak lulus, teruskan pengajian dan jadi manusia yang baik. Bukan macam budak-budak ini. Tak sempat masuk menara gading, dah masuk menara pagar besi.

MUSANG KE ORANG?

Sebenornya Yong langsung tak faham polisi SUKMA ni. Adake patut ambil budak perempuan umur 19 tahun untuk jaga segerombolan budak lelaki umur 19 tahun. Demer ni ada otak ke takde otak? Ini sama macam suruh ayam dara jaga musang jantan jer.

Untuk SUKMA akan datang Yong cadangkan komer ambil perempuan-perempuan ini jadi pegawai pengiring. Tengok musang-musang muda tu ada berani ke tidak.







Ada ramai lagi. Yong boleh rekomen.

Keroje marking exam papers ni memang tensyen!

10 comments:

  1. Bila buat sesuatu takde roh Islam, hanya ingat sukan itu sukan sokmo, hiburan, suka suka..ini ler jadinyer. Lagho ! Menteri, pegawai Kemen. Belia & Sukan kena le ambik serius elemen ni supaya acara Sukan Sukma tak le mengarut, lagho sangat !

    Cer deme ingat ke Allah, Tuhan, deme tau dose pahale, tau bataih agame, pergaulan, tau deme malu buat silap dose terang-2 depan oghang ramai.. tak le jadi haru, kelam kabut macam insiden kes rogol & whatnots.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Hancur masa depan bebudak dek nafsu serakah. Tak guna menyesal lagi. Salahkan pemimpin jer...

      Delete
  2. Tension marking paper.. sabo le bebanyak ye.. jangan sampai muka tuko jadi mcm dalam gambo tu udah le..selamat berbuka nanti..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam che mid

      Hahaha…rasa lega sikit bila dah letak gambor2 ni...

      Delete
  3. Salam Yong,

    Mangsa adalah chaperone untuk team wanita mnegikut laporan dan bukannya untuk team lelaki. Ini adalah kerana, sebagai perantara coach and team management yg majoritinya lelaki untuk membolehkan maklumat disampaikan kepada team wanita pabila di asrama kerana lelaki tak boleh memasuki asrama wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tukun

      Kesudahannya sama jer. Untuk team pompuan atau lelaki. Musang duduk balik tirai jer…Selamat ke?

      Delete
  4. salam yongg... ehee naper muka yg lg 1 tuh tak tersenarai yongg... kik kik kik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada Menteri sukan Malaysia untuk melantiknya.

      Delete
  5. dia orang bukan nak bersukan, dia orang nak bersuka-sukaan.......!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembara fakir

      Inilah salah satu punca kita selalu bungkus acara sukan. Niat lain…

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.