Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 14 July 2013

PERKHIDMATAN BAS FREE DI SELANGOR, JOM BERI CADANGAN NAK BAS MACAM MANA!

Yong menyambut baik cadangan mengadakan perkhidmatan bas free atau bas tambang murah yang bergerak di tengah bandar-bandar Selangor. Yong sokong 110%.

Kat Selangor ni kot takde kereta atau motorsikal memang payah nak bergerak ke sana sini. Bayangkan jika komer shopping kat SACC Shah Alam (Seksyen 14) kemudian nak pergi ke Masalam (Seksyen 9). Komer kena naik teksi atau pandu kereta sendiri. Takde bas!

Sebenornya tak jauh. Tapi nak jalan kaki tak larat sebab panas.

Bila nak pergi KL kena naik bas di Seksyen 2 Shah Alam. Nak pergi Seksyen dua naik apa pulak?

Bas dari Stesyen Kommuter Seksyen 19 amat berkurangan. Teksi pulak penipu. Demer sumbat penuh orang dan hantar ke sana-sini di destinasi berlainan. Setiap orang dikenakan tambang ke tempat berkenaan. Bukanke teksi hanya boleh ambil penumpang untuk pergi ke tempat yang sama bagi setiap trip? 

Tolong bagi tahu ada bas srvis pergi-balik Stesyen Kommuter Padang Jawa tak?

Jom kita ramai-ramai beri cadangan Kerajaan Selangor patut beli bas macam mana?

Mula-mula bilangan bas dan jadual perkhidmatan mesti munasabah:

JANGAN JADI CAMNI SUDAHLAH

Yong cadang bas macam ini. Bas ini boleh bawa penumpang biasa dan pelancong. Sambil naik bas, boleh tengok sana sini. Baguskan?

BAS SERAMPANG DUA MATA

Bas lawa inipun boleh jugak. Boleh bawa penjawat awam pergi balik kerja. Tak payah bawa kereta lagi. Kurangkan carbon footprints. Letak tanda destinasi besar-besar di hadapan, takde orang tersesat naik bas yang salah. Kalau pelancong nak naikpun takpe. Tapi turun di pejabat le. 

BILA LAGI NAK BODEK PENJAWAT AWAM?

Taknak bas double-decker, boleh guna bas single-decker. Warna mesti terang. Kuning amat sesuai. Dah tertulis SA pun. Hahaha…Jangan salah faham. Ini bas di South Afrika. Apa? Macam bas sekolah?

BAS WARNA BERSIH

Mungkin juga boleh guna bas hebat ini. Tengok rupapun kita dah tahu mesti mahal punya. Takpe, orang Selangor kan kaya. Hahaha...

DICADANGKAN BAS INI UNTUK PENUMPANG POMPUAN SAJA, BOLEH?

SELAMAT MEMBERI CADANGAN!

4 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Cadangan ditutup.... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Dengki le tu. Saper suruh duduk di negeri Darul runtuh! Kahkahkah

      Delete
  2. Salam Ramadhan buat kak yong sekeluarga.

    Teman cadangkan, cadangan ditutup! hehe..gurau!

    Teman cadangkan bas-ikal free aje la buat warga kota mak pak bebudak miskin nak ke skolah. Jimat belanja pun ya.

    Bas free ni idea yg besor...bagus kalau leh implement. Cuba 1, 2 route yg ada keperluan orang ramai dulu. Nak cover semua route, rasanya payah nak buat tu.

    Kita leh beli berapa ratus bijik bas taraf eksekutif, canggih, apa pun kalau takda perancangan sistem pengangkutan yang efisien, dgn route coverage, servis maintenance yg cekap, time roster dia yg betul tepat.. its gonna be pojek gajah putih, sekerat jalan saja la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kat Itali ada trem free. Ada bas tambang murah. Italy bukan negara kayapun. Kat Curitiba, Brazil pun ada skim pengangkutan jalan yang bagus. Brazil pun bukan negara kaya.

      Nak seribu daya. Taknak seribu dalih.

      Yong macam penduduk Selangor yang lain (walaupun lahir di Perak), ingin sangat Selangor mengamalkan konsep negara Berkebajikan ni.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.