Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 11 July 2013

MOONLIGHTING



Yang masa tu belum lahir, masih dalam buayan atau sekolah tadika tentu tak tahu cerita MOONLIGHTING

Moonlighting adalah satu siri televisyen Amerika yang ditayangkan di ABC dari 3 Mac 1985 - 14 Mei 1989. Rangkaian yang disiarkan sebanyak 67 episod. Drama siasatan-komedi-romantik ini dibintangi Bruce Willis dan Cybill Shepherd yang kononnya model untuk syarikat Blue Moon Shampoo yang tidak wujud.

Moonlighting bermaksud, bekerja di pekerjaan lain, selalunya pada waktu malam, di samping kerja hakiki sepenuh masa.

Apa pulak kaitannya dengan kes cikgu mati ditembak di sekolah Kelantan ni?

SUMBER BERITA HARIAN

Sekolah di Malaysia sepatutnya masuk dalam kawasan selamat. Kalau tak selamat macam mana ibu-bapa nak hantar anak-anak ke situ?

Nampaknya sekolah dah jadi kawasan hitam. Macam zaman kominis dulu - kawasan hitam kawasan yang merbahaya.

Salah siapa and apa kaitan dengan moonlghting?

Cuba baca kenyataan polis pada perenggan terakhir petikan akhbar Berita Harian di atas. Bukan bab hutang itu. Bab itu telah dinafikan sedara si mangsa. Tapi Yong concern bab perniagaan si mangsa yang disebut polis yang katanya masih dalam siasatan.

Di Malaysia penjawat awam yang berniaga sambil buat kerja hakiki (moonlighting) ini amat ramai. Macam-macam jenis perniagaan - MLM, kain batik, alat solek, kereta terpakai, etc. Ada niaga waktu lepas pejabat. Tapi ada niaga dalam pejabat.

Salahkah penjawat awam berniaga?

Yong teringat kisah yang Ustaz cerita tentang Saidina Umar (RA).

Pada suatu malam anak Saidina Umar masuk ke bilik beliau untuk berbincang hal peribadi. Pada ketika itu Saidina Umar sedang membuat kerje rasmi. 

Apabila mendengar anaknya hendak bercakap urusan peribadi, Saidina Umar segera memadamkan lampunya. 

Anaknya yang kehairanan bertanya kenapa padamkan lampu tu?

Saidina Umar menjawab; bahawa lampu itu dinyalakan dengan minyak dari peruntukan duit kerajaan, dan beliau tidak mahu disoal oleh Allah kerana menyalahgunakan harta kerajaan demi urusan peribadi.

Lupakan sekejap apa yang tertulis dalam Perintah Am, Bab D. Kita tengok realitinya...

Penjawat awam berniaga kerana ingin memenuhi keperluan hidup yang semakin mendesak. Manusia selalunya materialistik. Ramai yang ingin hidup diluar kemampuan pendapatan hakiki. Sebab itu penjawat awam berniaga dan buat moonlighting.

Jika pendapatan penjawat awam telah mencukupi untuk keperluan harian, tak perlu lagi moonlighting...

Jika penjawat awam amanah, tiada lagi moonlighting…

Jika penjawat awam tidak dikenakan cukai pendapatan yang tinggi, tiada keperluan moonlighting untuk menambahnya...

Mungkin ada yang kata, "Aku buat kerja moonlighting lepas waktu pejabat."

Okaylah, asalkan tidak kepenatan sehingga esoknya tidak boleh menumpukan perhatian kepada tugas hakiki kerana letih.

Okaylah, asalkan membayar zakat sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Salah siapa sebenarnya? 

11 comments:

  1. Hati MANUSIA...hanya SATU..kalau nak buat DUA KERJA...boleh...tak SALAH...tetapi...KERJA no SATU (cikgu) itu...selesaikan 100%..lebih dahulu...dan kerja no DUA itu...tidak MENGACAU ke tahap lebih 50%..kerja CIKGU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tok Janggut

      Setuju. Yong selalu nasihat kekawan yang buat moonlighting ni...

      Delete
    2. Salam Prof.

      arrggh..somehow i miss out this 1 piece of a brilliant insight. Moonlighting.. betul tak salah buat part-time @cari side income masa kita dah diberi tugas@ amanah buat 1 kerja yg bergaji? Cerita teladan Sy. Umar Al-Khattab ra. tu 1 contoh baik..betapa amanah perlu dijaga, kena tahu beza mana hak kerajaan, mana hak peribadi/famili.

      But who am i to tell ..Alahai Kak Yong, orang sekarang dah tak ambik kisah hal amanah ni.. deme pun tak tau beze hadiah & rasuah? Kerajaan dgn UmN0-BN? Serupe same aje pade deme. Tu ler payahnyer oghang kite yg 'berpendapat rendah'. They must have a grip in life.

      TAPI..mmm.. on soft spot, teman apprehend & setuju bagi pelepasan kat staf, albeit, deme berpendapatan sederhana apatah lagi staf berpendapatan rendah nak buat moonlighting ni asalkan kerja halal & tak membahayakan prestasi kerja utama, atau menjejaskan kesihatan hingga mengantuk, lalok masa buat kerja utama & the most important thing JANGAN sampai menyakitki orang lain hingga membahayakan diri & famili di negara kite yg 'aman damai sentosa' ni.

      Delete
    3. Salam Hanz

      Yong ada sorang kawan. Dia penjawat awan pangkat rendah jer. Sangat gigih buat kerojer moonlighting ni. Dia pandai masak. Jadi dia buka kedai kopi tepi jalan. Bangun setiap hari sebelum subuh untuk masak nasi lemak, gulai etc. Semua dihantar ke kedai sebelum pejabat dibuka. Sayur dan goreng ikan tukang masak dia buat. Lunch hour dia di kedai. Lepas kerja ada di kedai sampai malam. Tak tahu bila masa dia rehat.

      Anak2 balik sekolah semua tolong. Buat kerja sekolah di kedai. Sambil-sambil, kata orang Perak. Takde yang lepak sana sini. Anak semua jadi orang. Takde jadi setan.

      Sekarang kawan Yong dah pencen awal. Tapi masih ada kedai di R n R. Suami kalau senang datang tolong supervise pekerje jer.

      Kerajaan patut buat polisi flexi hours pada staf pendapatan rendah. Ini kan zaman knowledge economy. Kerja boleh diselesaikan dengan menggunakan hujung jari sahaja. Not so much hired hand, rather hired mind.

      Delete
  2. Moonlighting memang fav teman masa budak2 dulu. Lebih kurang umor 12-13 tahun gamaknya.

    Budak2 lain heran, apa la syok sgt dgn moonlighting?

    Teman jawab, suara husky Cybil Sheperd! Itu je yg teman gemor, dialog haram tak paham.

    (teman jenis audio kah ka kah kah) Tak dapat stereo, mono pun ok.

    T/kasih atas flashback Moonlighting.

    Ohhh Cybil.... kah kah kah kah!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Libang Libu

    Yong sekali sekala tengok. Yong menyampah kat Bruce Willis yang berlakon gater tu..Nampaknya dia berjaya memainkan watak tu...

    ReplyDelete
  4. Ada satu mini-series (4 episod kalau tak silap) sekitar 84-'88, The Long Hot Summer. Title ni melekat dlm kepala sampai sekarang.

    Hero Don Johnson, miker ingat tak sapa heroinenye?

    Tapi teman ingat matanya biru bebenor! kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Oi, masa tu miker dah baligh ke belum? Hahaha…Yong tak ingat. Sebab Yong bukan kaki TV. Miker tanya pakcik google jer...

      Delete
    2. Satu lagi.
      kah kah kah!!!

      time nak ending, heroine kasi tau kat hero,
      "change your name, the color of your hair, but i will find you"

      ha ha ha!

      Time tu tahun '85. Apak teman baru tukor tv kaler. Gambor lawa. Tak macam sekarang, nak gambor lawa kena pasang astro.

      Delete
  5. aishhhhh.. udah baligh weh. Itu yg gemor bebenor nengok cerita roper itu. Kah ka kah kah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Yong tahu dah. Makcik Sybil pun ader dalam citer tu. Agak popular gak di AS. Ader citer guna nama sama tahun 50an.

      Taknak astro, guna unifi. Adik Yong baru ambik unifi. Selama ni gambor kat TVnya hampeh. Demer taknak astro. Katanya membazir.Tapi sebab gila gebang di fesbuk, ambik unifi. streamix tutup.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.