Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 26 July 2013

SUBHANAULLAH! PLANET BUMI, BULAN DAN ZUHAL DI BULAN RAMADAN

SAIZ BUMI (ANAK PANAH) BERBANDING DENGAN PLANET ZUHAL (SUMBER)

PASADENA, California - Imej bumi dalam warna dan hitam - putih yang diambil oleh kedua-dua kapal angkasa NASA pada 19 Julai menunjukkan planet kita dan bulan sebagai beacon (mata arah) yang  memancar terang-benderang dari berjuta-juta batu jauhnya di angkasa.

Kapal angkasa Cassini NASA menangkap imej warna Bumi dan bulan dari kedudukannya dalam sistem Zuhal hampir 900 juta batu (1.5 bilion kilometer). MESSENGER (kapal angkasa robot NASA), dalam siasatan pertama ke orbit Utarid, mengambil gambar hitam-putih dari jarak 61 juta batu (98 juta kilometer) sebagai sebahagian daripada kempen untuk mencari satelit semulajadi planet ini.

BUMI BERWARNA BIRU MUDA (KIRI) DAN BULAN PUTIH TERANG (SUMBER)

Dalam Cassini imej Bumi dan bulan muncul sebagai titik semata-mata - Bumi biru muda dan bulan putih nyata, yang kelihatan antara lingkaran cincin Zuhal. Ini adalah kali pertama kamera tertinggi resolusi Cassini menangkap imej Bumi dan bulan sebagai dua objek yang berbeza (Baca seterusnya, klik sumber).

GAMBAR SIMULASI ZUHAL, BUMI DAN BULAN (SUMBER)

Dihiasi dengan beribu-ribu gelung jurai yang cantik, Zuhal adalah paling unik di antara planet. Kesemua empat planet gergasi gas mempunyai lingkaran cincin - diperbuat daripada ketulan ais dan batu - tetapi tidak ada yang lebih menakjubkan atau serumit Zuhal. Seperti gergasi gas yang lain, Zuhal mengandungi hidrogen dan helium.

Allah menceritakan segalanya di dalam Al-Quran!

BUMI DI BULAN RAMADAN

Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari...(Al-A'raaf 7;54, Yunus 10:3).

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (Huud 11:7). 

Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari... (Al-Furqaan 25:59).

SUBHANAULLAH! ALHAMDULILLAH! WALAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR!

5 comments:

  1. dunia yang kita diami hanya sebesar sebutir pasir di pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Begitula kerdilnya kita...

      Delete
  2. yong,

    enam hari atau enam masa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Allah yang menguasai masa. Ayat di atas hanya terjemahan. Para cendekiawan Islam membuat berbagai-bagai interpretasi...hari itu maksudnya apa?

      Jika Yong balik kampung, Yong rasa waktu pagi hingga zuhur amat panjang. Tapi di kota ia jadi amat pendik. Bagaimana nak jelaskan?

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Kalu kiter tengok citer MIB yang pertama.... diperlihatkan bahawa galaxy diletakkan dalam bekas macam guli pada tengkuk seekor kucing.... Itulah satu daripada perumpamaan betapa kecilnya semua ini dibandingkan dengan ilmu Allah Taala....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.