Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 30 August 2013

DATUK INI PULA TAK MENGAKU DIA SALAH SEORANG PENGARAH SYARIKAT BAS YANG TERGOLEK DALAM GAUNG DI GENTING

Mamak yang ada pangkat Datuk ini memang selalu bising memperjuangkan kepentingan operator bus di Malaysia. 

Sebab apa dia bising?

Sebab dia Presiden Persatuan Operator Bas Se Malaysia (Pan Malaysia Bus Operators Association). 

PEJUANG OPERATOR BAS SE MALAYSIA

Tup-tup The Edge keluar berita dia salah seorang daripada pengarah syarikat bas yang menonggeng dalam gaung di Genting.

PRESIDEN PUN ADA SAHAM KA?

Pemegang saham kedua terbesar ialah Noah Foundation (baca di sini). Tapi mamak ni buat-buat tak faham pulak apabila ditanya:

TAKNAK KOMEN ATAU TAKNAK MENGAKU?

Menurut Berita Harian pula, badan yang nama SPAD ini akan siasat:

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata tindakan susulan dan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian 37 orang dalam kemalangan bas di jalan Genting Highlands semalam. 

Beliau berkata tindakan akan dikenakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sekiranya terdapat bukti pelanggaran akta itu. 

"SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas bagi menyiasat secara terperinci punca kemalangan itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Diharap SPAD akan menyiasat secara telus. Presiden Persatuan Operator Bas pun telah berjanji untuk memberi kerjasama:

JANGAN JADI JANJI DICAPATI

Sengaja Yong tulis lagi hari ini walaupun tragedi sudah berlalu - untuk bagi peringat semua. Jangan lupa tragedi ini. Jangan lupa janji ini. Siasatlah syarikat sendiri. Jangan tak siasat. Jangan cari kambing hitam pulak.

SPAD jangan jadi SPENDA buruk yaaa...

1 comment:

  1. apa peliknya yong..memang tradisi siasatan kita begitu...silap-silap yang bagi maklumat tu kena lokap dulu... lebih kurang mesir ngan syria jer

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.