Kali ini Yong cilok penulisan rakan blogger Cenangau. Apa yang ditulisnya sudah lengkap - mengandungi nada kebimbangan dan sedikit kemarahan (entahlah kalau bukan sedikit) terhadap kelompok yang mengaku memperjuangkan Islam dan menyokong kepimpinan ulama. Cenangau menulis tentang fitnah terhadap Dr Hatta.
Memang munasabah kalau penyokong PAS nak marah. Selain Dr Hatta, mangsa fitnah termasuk Khalid Samad dan Husam Musa di sini dan laini-lain di sini.
Bagi yang belum baca posting Cenangau, bacalah. Bagi yang telah baca, pergi saja ke komen Yong di hujung N3 ini:
Wednesday, August 28, 2013
Pemilihan PAS: Kalau Dr. Hatta tak boleh pakai maknanya Presiden PAS pun sama laa...
Tapi kalau la betul dakwaan mamat tu dan TG Hj Hadi pulak sebagai Presiden PAS memang tutup mata, pada aku bukan saja Dr. Hatta patut disingkirkan tapi TG Hj Hadi pun patut disingkirkan sama.
Menjelang pemilihan PAS yang dah tak lama dah, nampaknya kerja lobi melobi semakin dahsyat. Aku sebenarnya takdak masalah kalau ada yang nak melobi mana-mana pemimpin yang dia rasa layak, tapi nak melobi pun agak-agak la sama.
Kalau dah sampai tahap memfitnah pemimpin lain, itu bukan melobi tapi tu lebih sesuai dipanggik kerja HARAM JADAH.
Dalam facebook sekarang ni cukup hebat kerja HARAM JADAH ni, yang paling hebat sekali yang aku nampak buat kerja macam tu page El-Haraki.
Kalau hangpa rajin hangpa baca sendiri apa yang admin page tu tulis. Aku cuma nak salintampal sikit dari apa yang mamat tu tulis saja yang boleh menggambarkan tahap HARAM JADAH dia.
Dr Hatta pernah mengkhianati presidennya sendiri dan mempertahankan tindakan salah seorang daripada Ajk PAS Pusat yang secara terang-terangan menghina Presiden PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Kebiadaban Ajk PAS Pusat tersebut telah dianggap oleh Dr Hatta sebagai satu muhasabah untuk Presiden PAS. Seolah-olah sudah ada kesepakatan untuk membuli Presiden dan tindakan yang tidak berakhlak. - Facebook.
Tak ka haram jadah punya statement. Kalau betul memang ada tindakan yang dikatakan terang-terang 'menghina' Presiden PAS tu pasai apa takdak tindakan diambil ke atas Dr. Hatta.
Dr. Hatta tu jawatan dia adalah Pengarah Pilihanraya yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan mesyuarat AJK PAS Pusat sama macam jawatan Setiausaha dan Bendahari Agung.
Kalau betul memang ada tindakan Dr. Hatta yang secara terang-terang 'menghina' Presiden patutnya Presiden langsung takdak masalah untuk melucutkan jawatan Dr. Hatta dan lantik orang lain ganti tempat dia.
Tambah-tambah mamat tu jugak tulis:
Tambahan pula, Dr Hatta Ramli bersama beberapa orang kuatnya di Selangor juga pernah berusaha dan berjaya melepaskan kerusi-kerusi penting PAS di Selangor kepada Anwar semata-mata mendapat laba ekonomi dari Anwar yang merupakan perancang utama ekonomi Selangor. - Ibid.Kalau betul memang ada Dr. Hatta buat kerja sampai macam tu, memang tak sepatutnya Presiden PAS lepaskan Dr. Hatta macam tu saja. Dr. Hatta patut diambil tindakan tatatertip. Gila apa nak simpan pengkhianat macam tu. Paling kurang pun Dr. Hatta mesti dilucutkan dari jawatan dia sebagai Pengarah Pilihanraya.
Pasai tu aku berani kata admin page tu memang HARAM JADAH penabur fitnah. Kalau betul takkan la TG Hj Hadi nak tutup mata.
Tapi kalau la betul dakwaan mamat tu dan TG Hj Hadi pulak sebagai Presiden PAS memang tutup mata, pada aku bukan saja Dr. Hatta patut disingkirkan tapi TG Hj Hadi pun patut disingkirkan sama - Cenangau.
PEMIMPIN PROFESSIONAL |
Pemimpin PAS sering melaungkan seruan bahawa kumpulan professional dan ulama adalah saling melengkapi. Complementary to each other. Tetapi adakah yang dibuat di sebaliknya selaras dengan seruan itu, atau hanya retorik yang mahu mengambil hati penyokong PAS yang kebanyakannya adalah golongan professional?
Tahukah para ustaz dalam PAS, bahawa ramai golongan professional dalam PAS itu juga memiliki pendidikan formal dalam pengajian Islam?
Yong tak mahu sebut nama. Tapi bagi yang prihatin, boleh cari sendiri apakah latarbelakang Dr Mujahid Yusuf Rawa, Hanipa Maidin dan lain-lain.
Sedih sekali apabila telah sampai ke tahap ini, hanya kerana ingin mempertahankan jawatan.
Kawan cukup curiga bila Mamat Mamat lulusan Timur Tengah ni mula menggunakan nama Al itu El ini. Walau pun perbuatan tu tak salah, tapi ianya adalah percubaan untuk menunjukkan lebih Arab dari Pak Arab, lebih Islam dari para ulama. Pungkok hang dah hitam dan berbangsa Melayu, tak payah la pakai Al itu El Haraki...Al Pungkokki boleh la.... sebab sesuai dengan pekerjaan haram jadah.
ReplyDeleteGolongan ini menganggap dan melantik diri sendiri sebagai ulama kerana berkelulusan dari universiti-universiti Timur Tengah. Lalu golongan professional lain dianggap tidak layak memimpin PAS. Pegi mamposlah ............. Lulusan Al Azhar ka, universiti dari Mekah ka kalau perangai hawar, masuk neraka juga!!!! Kalau jenis bangang tetap bangang selamanya walaupun Bapa Mertua Presiden PAS!!!!
Salam Asrul Sani
DeleteUstaz-ustaz PAS minta kita jangan terpengaruh dengan hasutan UMNO. Tapi apayang ditulis oleh El-Haraki itu bukan hasutankah?
Bab melantik diri sebagai ulama itu Yong amat setuju dengan miker. Yong juga ada beberapa kawan yang graduate dari universiti di Mesir dalam bidang Kimia, Kejuruteraan dan lain-lain. Tapi demer langsung tak mahu dipanggil ulama, walaupun fasih berbahasa Arab. Demer merendah diri sahaja.
Yong berpendapat, yang layak memanggil seseorang itu ulama ialah ahli masyarakat yang dibimbingnya, bukan syok sendiri.
Adakah Dr Morsi pernah menyebut dan berbangga bahawa dirinya adalah seorang ulama?
Tak pasal-pasal aku pun terkena tempiasnya....! Kena tukar namakah aku ni? Kah!Kah! kah!
ReplyDeleteSalam alhusseyn
DeleteSabor Yob, sabor.
Kak yong... al tantuya tu ulama jugak ke?
ReplyDeleteHehe... jgn marah... gurau je. Aku walaupun bukan profesional atau ulama aku melihat golongan2 xtreme ni terlalu ego dah akal pendek. Memaksa masyarakat mengiktiraf mereka sebagai ulama sehingga aku pun akan dicop sebagai ahli neraka sebab benci ulama.
Padahal aku bukan pembenci ulama... cuma benci orang bangang tegar je.
Bila aku melihat foto TGNA hati aku jadi sayu je. Tapi kalau tengok foto haji hadi atau harun taib hati aku jadi meluat dan berbulu. Adakah itu bermakna aku ni pembenci ulama?
Unfair jugak sebab aku bebulu tgk foto haji hadi. Mungkin dia ok je. Tapi disebabkan dia dah melahirkan banyak macai yang ultra bengong kat rusila tu yang menyebabkan keadaan jadi begini.
Salam.
ReplyDeleteSaya pinjam ayat Pak Menteri Keselamatan Dalam Diri, "Sapa tak suka ulamak berpolitik, boleh keluar negeri, atau keluar PAS, masuk UmNo"..haha
PAS elok bubar aje la or rebranding! Transform or reform! Drastic measure ASAP!
Teman ingat nak join UmNo saja la... as we can't beat them, we must join them & ruin them from within! wohaa.